Sekarang nie, semua orang macam suka sangat bagi soalan cepumas - " Engkau bila nak kahwin? "
Nak jawapan?
Jawapan paling popular aku dengar so far nie dari kawan yang tak kahwin lagi - " Aku kahwin bulan 12, tahun je tak tahu lagi "
Jujurnya, aku tak memikirkan perkara nie sekarang. Jujur. Aku tahu, semua orang ada target umur untuk kahwin bila. Dulu, masa sekolah, ada yang dah gatal-gatal target nak kahwin selepas SPM (-_-") Aku? Aku fikir nak kahwin lepas ada kerja, sekurang-kurangnya umur dalam 24 tahun macam tu.
Tapi lama kelamaan aku rasa aku tak memikirkan perkara tu lagi. Mula-mula dulu dengki juga la pergi kenduri kawan sekolah la apa la tapi lama-lama aku tak rasa apa-apa.
Memang, umur bukan makin muda. Tapi aku tak tahu kenapa otak aku tak boleh nak memikirkan perkara nie. Pelik.
Semua orang yang dah kahwin berubah. Dah tak macam dulu. Semua berubah - dari segi pergaulan, dari segi percakapan.
Yelah... hidup dah berubah, mesti la orang pun berubah kan?
Rase kehilangan pula.
Tak nak kahwin boleh tak? Happy dengan life aku sekarang.
Pernah seorang tu cakap - " Tak layak pun "- menyatakan betapa aku tak layak untuk kahwin.
Cuih... macam aku nak kahwin dengan dia. Hahahahahaha~
Post a Comment