Write without regret by Devil Inc. at 10:11:00 AM, Wednesday, October 20, 2010
Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya maut tetap akan mendatangi setiap makhluk yang bernyawa tanpa diduga waktu
ketibaannya.

Wallahu'alam.
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:38:00 AM,
Kebiasaannya orang akan menghitung pemergian seseorang dalam angka - empat puluh hari, enam puluh hari dan seratus hari. Kenapa ye? *Pelik*

Hari nie genap empat puluh hari abah pergi. Empat puluh hari yang berlalu dengan penuh kesunyian. Dalam tempoh nie, aku sempat dua kali balik dan dua kali nie la yang rasa kekok sangat. Sunyi.

Selama nie, rutin kehidupan aku cuma lebih banyak berlegar tentang abah. Balik sebab nak uruskan hal-hal dia, balik sebab nak bawa dia jumpa doktor, balik sebab nak belikan dia barang makan, etc. Semuanya tentang dia. Bila dia dah takde, secara automatiknya aku dah takde kerja nak dibuat. Bukan aku mengabaikan mak dan kakak aku tapi mereka tak banyak halnya nak diuruskan berbanding dengan abah.

Rasa macam orang bodoh pun ada bila balik rumah sebab takde benda nak dibuat. Menung je.

Kebiasaannya aku balik, memang aku menuju kepada abah dulu. Peluk cium dia. Kali terakhir aku balik sebelum dia meninggal, dia dah terbaring atas katil. Aku masih peluk cium dia.

Bila balik kali nie, rasa sunyi. Nak peluk cium dia pun dah takde. Balik hari tu entah kenapa laju je aku menuju ke katil dia dan cium bantal dia. Masih ada bau dia di situ. Sungguh, aku rindukan dia sangat-sangat-sangat.

Hari Isnin lepas aku melawat kubur abah. Lama dah tak buat macam tu. Yelah, aku bukan hari-hari ada di sana. Kalau tak, mahu hari-hari aku melawat untuk melepaskan rindu.

Aku bermonolog sendirian di tepi kubur abah. Bercerita tentang kehidupan terkini aku, hal-hal mak, etc. seolah-olah dia masih ada di sisi.

Aku terfikir - " Abah boleh mendengar ke apa yang aku katakan? "

Rasa macam orang bodoh pun ada - bercakap sendirian macam orang gila tapi aku rasa macam tu la terapi untuk aku. Di situ aku rasa ketenangan, di situ aku rasa kelegaan sehinggakan sekarang aku rasa tempat yang paling menenangkan aku adalah kubur abah. Rasa nak duduk situ lama-lama. Berat je kaki nak melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan tu.

Esok aku akan berada di kampung untuk uruskan hal mak. Lepas tu bercadang nak berbincang pasal kenduri tahlil empat puluh hari abah. Insyallah kalau takde apa-apa aral melintang, berkemungkinan hujung minggu nie akan dilaksanakan kendurinya. Insyallah.

Diam tak diam, dan empat puluh hari.

Dan aku... terus menghitung hari.
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:56:00 AM, Wednesday, October 13, 2010
Sejak abah dah takde, hidup aku berubah tiga ratus enam puluh darjah sama sekali. Makan minum tidur makin tak terjaga. Rutin kebiasaan makin ditinggal jauh. Aku banyak menghabiskan masa dengan menungan yang tak berpenghujung.

Aduhai :'(

Sejak akhir-akhir nie aku banyak menghabiskan masa di pejabat dengan tengok Naruto. Biar la apa yang orang nak kata - janji aku ada dekat pejabat. Hehe (^___^)V Memang tu je rutin aku sekarang lepas selesaikan kerja-kerja aku. Kalau takde kerja, lagi hebat la bunyi cerita Naruto kat speaker aku tu.

Aku memang tak buat apa-apa selain tu.

Kebiasaannya aku kadang-kadang menjenguk blog teman-teman, paling tidakpun melayari internet tanpa hala tuju. Tapi sekarang, kebiasaan tu dah hilang. Datang pagi-pagi, login email rasmi, buka aplikasi chat dan buka fail Naruto. Dah takde nak klik mana-mana halaman lain.

Disebabkan tu la aku buat entry kali nie. Maaf kalau aku tak memberi perhatian sepatutnya terhadap kamu seperti dulu. Maaf kalau aku dah tak menjenguk blog kamu sekerap dulu. Maaf kalau aku memberikan reaksi dingin terhadap apa saja yang kamu perkatakan.

Maaf atas setiap satunya :'(

Doakan aku kembali pulih seperti sediakala. Doakan semangat aku jadi kuat macam mula-mula dulu. Doakan yang baik-baik untuk aku.
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:28:00 PM, Tuesday, October 12, 2010

Tiga puluh dua hari.

Itu hitungan hari abah pergi meninggalkan kami. Sekejap je rasanya kan? Keadaan aku? Alhamdulillah semakin pulih - dah tak macam mula-mula dulu.

Katanya seorang kawan - " Only time will heal "

Ya, hanya masa akan jadi pengubat terbaik. Ramai yang kata - lama kelamaan semua rasa tu akan semakin menghilang dan hidup akan kembali ke rutin kebiasaan. Memang, aku tak terasa sangat seperti mula-mula dulu tapi perasaan tu masih di situ. Kadang-kadang aku rasa makin teruk sejak akhir-akhir nie.

Sungguh, sekarang nie aku rasa macam ada satu lompong dalam hati. Satu ruang kosong. Satu bahagian yang sunyi - yang tak terubat walau aku berbelanja enam tujuh ribu ringgit dalam satu hari. Satu kekosongan yang aku sendiri rasa takkan ada sesiapa dapat mengisinya.

Sunyi sangat.

Sekarang, rindu aku makin menebal. Aku memang stok yang akan telefon abah setiap hari - sekurang-kurangnya sekali sehari. Boleh jatuh tahap wajib. Selalunya aku akan telefon malam - dalam pukul lapan malam. Perbualan aku selalunya tak lama, ambil masa dalam tiga hingga empat minit je. Perbualan biasa-biasa, macam bagi laporan harian kepada abah dan mak.

Kebiasaannya soalan-soalan aku :

" Abah sihat? "
" Abah dah makan? "
" Abah dah makan ubat? "
" Abah dah cucuk ubat kencing manis? "
" Hari nie makan apa? "
" Mak masak apa hari nie? "
" Tak tengok tv ke? "
" Buat apa hari nie? "

Soalan yang sama akan berulang-ulang untuk keesokan hari dan hari yang seterusnya tanpa jemu.

Kadang-kadang aku tak suka cakap dengan abah dalam telefon sebab abah suka buat lawak bodoh.

Aku : Tadi lambat sebab ada jem kat jalan
Abah : Bawa roti la sekali, dah ada jem tu

Hehe :)

Tapi setiap kali nak habis perbualan, abah takkan lupa 'cium' aku dalam telefon. Mak pun sama.

Kalau dalam pukul sembilan tengok aku tak telefon lagi [ itupun kalau aku masuk Production ke atau memang aku ada kerja ], secara autonya nama " Abah Kite " akan keluar dekat skrin aku - bertanyakan kenapa aku tak telefon.

Dan sekarang, rutin yang sama masih berterusan. Cuma yang berbeza, kurang seorang untuk bercakap, dah takde lawak-lawak bodoh.

Sungguh, aku rindukan perbualan-perbualan tu.

Aku rindukan gelak tawa abah, perbualan dia dalam telefon, suara dia :'(

Dan rindu tu makin menebal sejak akhir-akhir nie.
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:08:00 AM, Monday, October 4, 2010
Subuh hari Ahad, 2/10 - aku tersentak dari tidur sebab mimpikan abah.

Dalam mimpi tu, aku tengok ramai je orang yang nak angkat pengusung jenazah. Pelik, sebab masa tu aku rasa dah seminggu abah meninggal. Pelik kenapa orang ramai, ada bawa pengusung.

Terpandang abah yang duduk bersila dekat dengan pintu. Berbaju t-shirt biru muda kesukaan dia dengan berkain pelikat. Muka dia bersih je. Aku gambarkan seolah-olah aku baru lepas mandikan dia - sebersih tu.

Aku tanya - " Kenapa abah? "
Abah jawab - " Abah dah tak rasa sakit dah, semua sakit dah hilang. Yang sakit-sakit badan semua hilang. Yang urut-urut dulu tu, semua dah tak sakit "

Lepas tu aku terjaga.

Menung sekejap. Lepas tu aku duduk di tepi katil abah. Menung.

Mimpi tu untuk apa?

Abah dah sejahtera ke di sana? Abah berkeadaan baik ke?

Bingung.

Yang nyata, kerinduan nie tak pernah luput walau seinci.