Write without regret by Devil Inc. at 10:18:00 AM, Thursday, December 30, 2010
Semalam, balik je dari pejabat dan sampai ke rumah dalam sekitar pukul tujuh lima puluh petang, aku terus meletakkan beg dan berteleku duduk di depan tv. Semalam kan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

Owh, jangan risau. Aku tak mahu mengulas apa-apa tentang tu sebab aku bukan pakar dalam bidang tu. Hehe :)

Menonton seorang diri je tapi bunyi rumah aku dah macam untuk tengok lebih dari lima orang. Hehehe. Berdentum-dentum bunyi tv.

Owh, yang hebatnya :

* Sambil mengemop, sambil tu jenguk-jenguk tengok perlawanan bola. Hehe.


Aku berjaya mengemas rumah dengan hebatnya sambil menonton perlawanan bola. Haha. Mengemas yang bukan calang-calang, siap mop satu rumah dan lap semua kabinet dalam rumah tau. Heh.

Okey, lepas habis mengemas, sambung tengok tv balik sampai habis.

Masa baru nak bergolek atas incik V, satu persatu msg dari Facebook masuk. Ramai betul yang kemaskini status.

" Dengar cerita Jumaat ni cuti umum, betul ke? "
" PERHATIAN... JUMAAT PUBLIC HOLIDAY... YIP² HOOORAAAYY "
" Announcement : Jumaat nie public holiday "
" Yeah, tahniah skuad Harimau Malaya yang membaham Garuda laser. Malaysia boleh. Jumaat pun cuti... "
" Yeah, esok cuti!! "
" Salam percutian pada hari Jumaat "
" Esok cuti yes!! esok cuti yes!! "

Owh sangat terpinga-pinga masa tu. Cuti ke? Aku tengok cerita bersiri cina sampai tengah malam, tak perasan pula kalau ada pengumuman cuti masa tu. Hehe.

Tengah malam si teman menelefon - " Woi, Jumaat cuti. Hahahahaha "

Gelak besar lagi jahat kedengaran. Hehe.

Dan pagi nie bila datang ke pejabat, kedengaran ada yang sibuk bercerita tentang perlawanan semalam.

Kata seorang teman - " Ha, tu baru menang Piala Suzuki je dah boleh cuti sehari. Kalau menang World Cup, gamaknya boleh cuti seminggu kot? "

Hahaha :P

Jadi, hari Jumaat cuti. Bagus kumpul waktu kerja lebih masa la macam nie. Muehehe :D


P/s : Aku benci betul pengulas kedua bercakap - yang selain Hasbullah tu. Apa nama dia? Aku rasa dia tu patut bersara jadi pengulas la. Teruk betul cara ulasan. Mematikan mood nak tengok je. Hoh.

P/s/s : Owh, walaupun tak berapa lancar sangat skuad Malaysia main tapi penjaga gol sangat bagus. Tahniah :)

P/s/s/s : Eh, bukan aku kata aku tak nak ulas ke tadi? Kehkehkeh :D

* Selamat bercuti panjang semua :)
 
Write without regret by Devil Inc. at 7:09:00 PM, Wednesday, December 29, 2010
* Antara meja yang dah terang benderang semalam :P

Owh... perut sedang kenyang, hatipun berlagu senang. Hehe :)

* Dr Pengurus yang belanja kami semua makan. Orang sebelah tak berkenaan, jadi tak penting untuk jadi tumpuan :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:27:00 PM,

Oh oh oh, peningnya nak mencari nama anak.

Anak?!
.
.
.
Bukan anak aku. Anak orang. Kehkehkeh. Ada teman meminta jasa baik aku untuk mencarikan nama untuk anak yang dikandungnya. Anak yang bakal lahir pada bulan Februari tahun depan.

Katanya mungkin anak yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki. Kalau anak perempuan, dia punya banyak nama untuk dipilih. Cuma mengalami kesukaran kalau nama anak lelaki.

Aku cadangkan kepada dia untuk mencari nama-nama yang sedap di majalah sekolah, terutamanya sekolah berasrama, takpun cari dekat senarai nama konvokesyen [ BACA : convocation ] atau peserta PLKN. Haha.

Eh betul la. Teori aku dari zaman sekolah dulu. Lubuk mencari nama-nama yang sedap lagi berbunyi hebat dengan banyaknya adalah di majalah sekolah berasrama, senarai nama konvokesyen dan yang terbaru nama peserta PLKN. Banyak woah nama yang menarik dekat situ.

Kalau sekolah biasa, nampak nama Nur Anis. Kalau sekolah berasrama, boleh nampak nama Zafirah Amalia Shina. Tu dia nama. Haha. Sekolah biasa-biasa susah nak nampak nama ganjil [ BACA : rare name ]

Katanya, incik suami dia mahukan makna. Lorh, nak ada makna baru nak cari nama susah la. Kena la cari nama dulu baru tau apa maknanya. Kan? :)

Aku? Lebih sukakan nama dengan ejaan unik. Contohnya, kalau kebiasaan nama Rafiq, aku lebih sukakan ejaan Rafique. Kalau nama Shah, aku lebih sukakan ejaan Syah.

Alah, macam ejaan Nur-Noor-Nor-Nour-Nurul-Noorul. Ejaan lain-lain tapi membawa satu makna : Cahaya.

Owh, berbalik pada cerita mencari nama anak tadi. Akupun dengan gigihnya mencari nama untuk si teman. Setakat yang aku dah simpan semalam, dah mencecah lapan muka surat. Haha.

Dan pagi nie dah sampai sepuluh muka surat. Takut mata si teman juling akibat tengok terlalu banyak nama, akupun berhenti mencari dan mula menghantar senarai tersebut kepada dia.

Selamat mencari nama anak ya teman? :)
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:09:00 AM,
Aku tau dah banyak blog yang buat topik nie dan aku tak berminatpun nak menyertai kumpulan yang seronok berbincang tentang topik nie. Topik nie tiba-tiba je muncul dalam otak. Jadi, tanganpun laju je menaip. Spontan.

Selalu ayat yang aku dengar :

" Kamu anak nombor berapa? "
" Bongsu "
" Eh, seronoknya anak bongsu. Mesti manja kan? "

Bongsu sinonim dengan manja. Ye ke? Eh, mana ada. Kena juga pukul kalau buat salah, sama macam anak yang lain. Kena juga marah kalau buat tak betul.

Ini perspektif aku tentang jadi anak bongsu.

Kebaikan

1. Manja
- Oh, sebenarnya memang anak bongsu tu penuh dengan kemanjaan. Mana ada anak sulung dipanggil dengan panggilan " Manja ". Haha. Di rumah, aku lebih manja dengan abah. Anak abah. Semua orang tau.

2. Aku yang punya
- Yurp, sikap membolot segalanya memang menebal dalam diri anak bongsu. Semua itu aku yang punya. Hahaha. Gelak jahat :P Tak boleh tengok orang lain lebih, diapun nak juga. Eh, bukan aku. Anak bongsu lain :P

3. Berdikari
- Aku tak dimanjakan abah sepenuhnya. Kalau mahukan sesuatu, aku kena berusaha mendapatkannya sendiri. Aku jarang-jarang-jarang sangat meminta benda yang bukan-bukan daripada abah sebab aku tahu kemampuan abah di tahap mana. Jadi, aku sendiri akan berusaha mendapatkan apa yang aku nak.

Contohnya masa Tingkatan Dua. Masa tu kumpulan Backstreet Boys [ Ya, aku peminat BSB dulu. Hoh~ ] tengah popular. Sebagai peminat tegar masa tu, wajib kena ada kaset terbaru. Aku berusaha mengikat perut dari makan masa rehat semata-mata nak kumpul duit beli kaset tu. Sebulan dowh. Rasa terharu gila bila dapat beli pakai duit sendiri :')

4. Tiada paksaan melampau
- Owh, jadi anak bongsu tak ada tekanan melampau sangat. Lebih kepada - " Ikut la apa kamu nak buat "

Tak dapat markah bagus?
" Tak apa. Nantikan ada peperiksaan lain "

Tak boleh nak buat kerja?
" Tak apa. Belajar perlahan-lahan. Nanti pandai la tu "

Tak pandai mengemas?
" Tak apa. Mak, kakak ada "

Situasi aku :

Tak nak makan sayur
" Dah budak tu tak nak, jangan paksa. Biar dia makan apa dia nak "

Disebabkan tu, aku susah nak menelan sayur sekarang - cuma ada sayur-sayur tertentu je aku makan :P


Keburukan

1. Duit habis
- Owh, tak semua benda boleh dapat sesenang tu je. Akan ada alasan kamu dengar - " Abah tak ada duit. Dah habis sebab beli buku kak long kamu " (T___T)

2. Kongkongan bersifat melindungi
- Jadi anak bongsu bukan bermakna tiket kebebasan kamu. Kebanyakan benda kamu tak boleh buat - keluar suka-suka hati, tidur di rumah orang, balik lewat.

3. Kesunyian
- Tak ada orang yang lebih kecil untuk bermain dengan kamu. Macam aku, membesar tanpa ada adik beradik di sekeliling. Cuma ada aku seorang. Huhu. Disebabkan dah terbiasa berseorangan tu la, aku sekarang rasa selesa kalau cuma ada aku seorang dalam rumah. Dah terbiasa dengan kesunyian, jadi tak ada la rasa sunyi sangat. Okey, ayat dah berbelit-belit :P

4. Banyak lagi baik dari buruk
- Nie la keburukan terbesar jadi anak bongsu. Kehkehkeh :P

Ini perspektif aku.
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:29:00 AM,
Kelakar gila tajuk entri. Rasa macam zaman sekolah pula :P Tapi sungguh, tu la tajuk email yang dihantar kepada kami semua semalam [ BACA : satu kumpulan Production ]

Dah lama merancang nak buat macam nie sebenarnya. Kami memang suka kumpul ramai-ramai dan pergi makan. Rasanya kali terakhir kami pergi makan ramai-makan masa bulan lepas, buat juga sebelum raya - itupun sebab Dr Zul nak pergi bercuti-cuti ke Paris selepas raya.

Seronok kumpul ramai-ramai dan bersembang yang bukan-bukan. Dengar Dr Zul kutuk sana, kutuk sini. Hehe :P

Dan untuk penutup tahun nie, setelah merancang, akhirnya kami akan pergi makan beramai-ramai tengah hari nie. Yeay~ (^___^)V

Kami akan datang menyerang sini.
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:35:00 AM, Friday, December 24, 2010
Kepelikan aku adalah suka memberi nama kepada setiap barang-barang aku. Ya, setiap barang kepunyaan aku mempunyai nama yang tersendiri XD

* Macam Yui dengan Giita ;)

Bila difikirkan, kelakar juga. Aku punya nama untuk ini -

Ini -


Ini -



Dan ini juga (-___-") -



Teringat dulu, masa budak bilik beli patung beruang kecil untuk meneman dia tidur, entah kenapa aku terus bagi nama - " Meon " pada beruang tu. Haha. Sampai hujung semester melekat nama tu (-___-")

Lepas tu masa incik teman lelaki dia bagi patung burung kasawari warna merah jambu, aku dah ligat fikir nama pula untuk tu.

Aku : Okey, disebabkan dia warna pink, kita bagi nama Meah
Dia : Apa nie kak, nama teruk sangat
Aku : Okey la tu, yang tu nama Meon. Yang nie Meah. Meon Meah. Kan com3l.
Dia : muncung tanda protes :P

Selalunya, nama yang terlintas pertama kali dalam otak aku, itulah nama yang akan aku bagi. Walau macam mana orang lain tukar nama tu sekalipun, aku tetap akan panggil dia dengan nama pertama aku bagi. Contohnya macam nie -


Ikan kaloi yang besar nie dulu bahagian aku bela dalam akuarium tapi dah mati bulan Julai lepas. Pertama kali aku masuk ke sini, aku nampak dia dulu. Secara automatik otak aku terlintas nama Donny. Entah kenapa. Terus nama ikan kaloi nie jadi Donny. Haha.

" Morning Donny "
" Dah makan hari nie Donny? "

Cakap dengan ikan tu macam la ikan tu boleh bercakap balik dengan kita (-___-")

Tapi orang di tempat aku kata namanya Zubir. Jauh betul beza nama Donny - Zubir tu. Tapi tu la, walau macam mana orang panggil dia Zubir, pada aku dia tetap Donny :P

Walaupun incik Z [ sila rujuk entri sebelum ] belum sampai lagi ke rumah tapi dah bagi nama awal-awal supaya senang berkasih sayang bila dia dah sampai nanti.

Kehkehkeh :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:28:00 AM,
* Lain saiz, lain divan

Oh oh oh, datanglah kepadaku wahai kesayangan. Tolak ketepi incik V, sila datang incik Z. Miahaha.

Saya akan menyambut kamu dengan penuh kasih sayang minggu depan dan kita akan sama-sama sambut tahun baru berduaan. Kehkehkeh :D
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:32:00 AM,

Masa baru sampai pejabat, makcik pencuci dah tegur aku - " Ada kunci bilik nie tak? Budak-budak nie makcik tengok tak ada pula "

Akupun mencari la gugusan kunci aku dalam beg.

Eh, tak ada?

Cari lagi.

Eh, tak ada?

Cari lagi.

Tak ada?!

Aku dah kalut mencari kunci aku. Aduhai, dah la tu nyawa aku kat pejabat nie. Semua kunci ada kat situ. Kunci bilik aku, kunci bilik asap, kunci bilik tidur [ setiap bilik dalam pejabat nie ada gelaran :D ], kunci loker dan yang paling berharga - kunci almari kuarantin barang-barang Production. Kalau tu hilang, aku nak kena menjawab dengan Pengurus aku (T___T)

Melilau-lilau aku mencari sekeliling pejabat. Dari bilik asap sampai ke bahagian kuarantin, stor, pejabat am sampai ke hotcell dekat belakang sana pun tak jumpa (T____T)

Muka aku jangan ceritalah. Penuh dengan tekanan pagi-pagi nie sampai ada yang menegur kenapa macam tertekan je. Adhoi~ (T___T)

Nak tak nak memang aku terpaksa buat kunci pendua lain. Tapi sebelum tu, fikir nak balik ke rumah dan cari walaupun memang hati rasa kunci tu takkan ada di rumah sebab semalam masa baru balikpun, tak nampak macam ada kelibat kunci tu atas meja. Penuh dengan keyakinan tu. Huh.

Melilau cari dalam rumah pula. Rupa-rupanya ada dalam beg sandang aku. Aduhai, rasa legaaaaaaa sangat-sangat masa tu :')

Baru teringat, hari Selasa lepas sebelum balik ke kampung, aku tukar beg. Mungkin masa tu aku tak sedar aku tak masukkan kunci tu sekali ke beg yang aku pakai. Lepas nie, tak nak tukar beg dah (T___________T)

Kunci punya pasal, pagi aku jadi kelam kabut. Huhu.
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:53:00 PM, Saturday, December 18, 2010
Hai, nama saya Asiah. Nama awak apa? XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 6:16:00 PM,
* Sistem yang membuatkan aku boleh keguguran rambut (T___T)

Sekarang, apapun nak dalam talian [ BACA : online ]. Dah moden la katakan. Kalau tak ada email, konon sangat ketinggalan zaman.

Bila dah masuk zaman multimedia, hampir semua kakitangan kerajaan diberi email rasmi. Tapi soalnya - semua orang gunakan ke?

Masa dulu, sebelum bekerja nie, aku pernah je hantar email dekat email rasmi tu tapi sampai ke sudah tak dibalas. Haih~ (-___-")
Tapi nasib baik dekat tempat kerja aku, semua orang sangat efektif dalam penggunaan email rasmi. Semua kakitangan ada alamat email sendiri. Segala arahan, gosip datang dalam email. Kalau tak buka email satu hari, alamatnya ada la kerja yang disuruh tak dibuat, dipanggil bermesyuarat pun tak datang :P

Sekarang, serba serbi nak dalam talian. Mula-mula dulu nak minta cuti. Punya la payah. Seksa nak masuk muka depan tu mengalahkan empat lima jam beratur menunggu giliran nak jumpa doktor. Haha. Tekanan. Akhirnya, kebanyakan orang masih lagi hantar cuti pakai sistem lama
[ BACA : termasuk aku ] - tulis atas borang je :D

Lepas tu, slip gaji pula. Dah tak ada slip gaji dicetak atas kertas, yang tiap-tiap bulan syok nak mengoyak keratan tepi slip tu. Kena tengok dalam halaman sesawang. Chez, apa ke buruk panggil halaman sesawang :P Nak tengok slip gaji waktu kerja? Jangan harap. Nak buka halaman depan tu pun belum tentu dapat.
Refresh banyak kalipun diiringi sumpahan entah beribu kali gamaknya :P Penyudahnya, buka selepas waktu kerja - lebih afdal selepas pukul enam petang. Tapi ramai ke yang nak duduk di pejabat selepas waktu tu? /:)

Terbaru, nak kena muat naik
[ BACA : upload ] Sasaran Kerja Tahunan [ SKT ] dalam talian HRMIS. Seksa nak masuk muka depan macam tu juga, tak pernah berubah pun. Hish...~ Aku rasa ramai yang merungut pasal nie. Kalau dah berjaya buka halaman depan, nak log masuk tu pun satu cabaran juga. Aku rasa pihak berkenaan nie patut buat peraduan. Siapa dapat tembus masuk, akan menang sebuah motosikal. Baru boleh cakap - " Yeay, saya menang motor~ " Adhoi~ (-____-")

Nak berjaya masuk ke halaman tu dah macam peraduan memburu harta karun walhal nak muat naik SKT sendiri je. Pergh~ (T___T)
Tapi situasi nie lagi teruk. Kalau nak buka halaman slip gaji tu, selepas pukul enam baru syok, halaman HRMIS nie kena tunggu hujung minggu baru syok nak tengok. Waktu kerja, selepas waktu kerja memang haram nak dapat tembus masuk.

Aku rasa siapa yang buat sistem HRMIS nie mesti dapat banyak pahala sebab setiap orang yang nak masuk halaman tu, mesti ada kata sumpah walaupun sekadar -
" Cis~ " Kalau satu perkataan Cis tu boleh dapat seringgit, kamu boleh bayangkan tak berapa juta ringgit orang tu boleh dapat dalam sehari? Haha :P

* Memang Kementerian Kesihatan Malaysia [ KKM ] paling ramai pengguna tapi rasanya ramai juga yang menyumpah seranah sebelum berjaya masuk tu :P

Aku kena masukkan SKT aku sebelum tiga puluh satu hari bulan nanti. Dengan talian yang macam nie, aku harap sangat ada keajaiban berlaku dan *Pling* - SKT aku dapat disiapkan dengan jayanya dan boleh dimuat naik dengan kelajuan tahap beruang di dalam sistem :D

Buat semua yang belum berjaya menembusi halaman tu, selamat berjaya la ye?(^___^)V * Ucapan tu untuk aku juga :P

P/s : Dah elok boleh masuk dengan hebatnya, aku baru sedar - nak muat naik SKT macam mana nie kalau incik Pengurus kesayangan aku tu asyik pergi kursus je dari hujung bulan lepas. Aku tak boleh nak bincang SKT dengan dia lagi. Adhoi~ (T___T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:17:00 AM, Friday, December 17, 2010

Oh oh oh... awal bulan macam nie segala bil akan datang menyerang. Cakap je apa yang takde, semua ada. Astru, elektrik, air, sewa rumah. Mujur tak pakai kredit kad je, kalau tu pun gamaknya dah sampai bil :P

Kebiasaannya, aku akan mengurut kepala bila sampai awal bulan. Macam-macam nak diselesaikan. Gaji yang sebulan makan gaji buta susah payah nak dapat tu, dalam masa lima minit lesap lepas bayar semua tu. Sungguh la tak berbaloi kerja keras sebulan tu. Huhu (-___-") *Kerja keras ke? :P

Nie tengah pening kepala la nie tengok segala bil-bil yang ada. Adhoi~ (T______________T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:00:00 AM,
Gara-gara tak tidur malam tadi, awal gila datang pejabat hari nie. Dan nie la hasilnya bila nak ke petang nanti. Sekarang nie kira gagah lagi mata nak bertahan. Petang nanti tak tau la macam mana (=____=)
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:25:00 AM, Friday, December 10, 2010
Aku rasa macam nak beli tilam baru je sekarang. Soalnya - tilam lama aku nak campak mana? (T___T)

Walhal tidurnya keseorangan juga, mengada lebih nak beli yang besar-besar. Saiz Raja [ BACA : King Kong] pula tu :P

Boleh pula semalam aku menyukat ruangan dalam rumah, membayangkan kalau la aku beli tilam baru, nak diletakkan di mana, macam mana kedudukannya (-___-")

Payah kalau otak dah tetap pemikirannya ke arah tu :P

* Aku nak yang tu (T____T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 2:50:00 PM, Sunday, December 5, 2010
* Serius, terngiang-ngiang lagi dekat telinga aku sampai sekarang - talkin yang dibaca selepas abah diturunkan ke liang lahad :'(


Bismillahhirrahmannirrahim...

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati

Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran

Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai

Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum

Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala



Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah

Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah

Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah

Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu

Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut

Janganlah kamu berdukacita dan risau

Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut



Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA

Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,

Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,

Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:



Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?



Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka

Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak

Dan janganlah bergopoh-gapah

Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:



Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku,

Malahan solah lima waktu,

Puasa di bulan Ramadhan,

Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

Bahkan dari masa hidup hingga aku mati

Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.



Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu

Inilah dia suatu dugaan yang paling besar

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh

Sehingga sampai satu masa kelak,

Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar



Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Bahawasanya mati ini adalah benar

Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar

Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar

Minum di kolam air nabi adalah benar

Ada syurga dan neraka adalah benar

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya

Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa

Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur



Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah

Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

Tuhan jua yang menetapkan hati kamu

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala

Menjinakkan hati kamu yang liar

Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu

Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak

diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.



Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.



Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:50:00 PM,
Aku rasa, masa aku terbitkan entri nie [ BACA : published entry ], aku akan terbitkan segala entri yang duduk berkepam dalam simpanan aku. Jadi, kamu akan punya dua ke tiga entri untuk dibaca :P

Lama rasanya dah tak menaip dalam blog. Beku minda mungkin :D


Buat kesekian kalinya, hari minggu aku dihabiskan di tempat kerja. Bila kerja di sini, aku dah tak mengenal erti berpoya-poya di hujung minggu. Keseluruhan hujung minggu aku cuma ada di tempat kerja.

Ada yang kata aku gila kerja. Ini bukan soal gila kerja tapi soal tanggungjawab. Tanggungjawab aku untuk bekerja. Dah memang situasinya kena bekerja hari minggu, takkan aku buat tak tahu pula? *Sigh*


Aku rindu nak pergi berjalan-jalan ke mana-mana, melapangkan fikiran, meleretkan kad di kedai-kedai :D
Aku rindu nak tengok wayang yang serasanya kali terakhir aku memijak panggung wayang adalah bulan Jun yang lepas, itupun masa Hotcell tutup untuk penyelenggaraan (-___-")


Dah terbiasa bekerja hujung minggu, kalau sekali tak kerja, memang aku agak mati kutu. Tak tahu nak buat apa di rumah. Penyudahnya memang aku akan terbongkang depan tv dengan tahap kebisingan melampau. Hahaha :P


Disebabkan hari minggu aku kena bekerja, jadi segala kenduri kendara kawan ke jiran ke saudara mara ke, aku tak boleh nak pergi. Kawan-kawan sakitpun aku tak boleh menjengah :'(


Sungguh, bukan aku tak mahu nak pergi tapi keadaan tak mengizinkan. Aku harapppp sangat kamu boleh memahami situasi aku :'(


Bermula dua puluh tujuh hari bulan nie, Hotcell tutup untuk penyelenggaraan selama dua minggu. Apa ya nak buat dua minggu nanti? /:)