Write without regret by Devil Inc. at 6:16:00 PM, Saturday, December 18, 2010
* Sistem yang membuatkan aku boleh keguguran rambut (T___T)

Sekarang, apapun nak dalam talian [ BACA : online ]. Dah moden la katakan. Kalau tak ada email, konon sangat ketinggalan zaman.

Bila dah masuk zaman multimedia, hampir semua kakitangan kerajaan diberi email rasmi. Tapi soalnya - semua orang gunakan ke?

Masa dulu, sebelum bekerja nie, aku pernah je hantar email dekat email rasmi tu tapi sampai ke sudah tak dibalas. Haih~ (-___-")
Tapi nasib baik dekat tempat kerja aku, semua orang sangat efektif dalam penggunaan email rasmi. Semua kakitangan ada alamat email sendiri. Segala arahan, gosip datang dalam email. Kalau tak buka email satu hari, alamatnya ada la kerja yang disuruh tak dibuat, dipanggil bermesyuarat pun tak datang :P

Sekarang, serba serbi nak dalam talian. Mula-mula dulu nak minta cuti. Punya la payah. Seksa nak masuk muka depan tu mengalahkan empat lima jam beratur menunggu giliran nak jumpa doktor. Haha. Tekanan. Akhirnya, kebanyakan orang masih lagi hantar cuti pakai sistem lama
[ BACA : termasuk aku ] - tulis atas borang je :D

Lepas tu, slip gaji pula. Dah tak ada slip gaji dicetak atas kertas, yang tiap-tiap bulan syok nak mengoyak keratan tepi slip tu. Kena tengok dalam halaman sesawang. Chez, apa ke buruk panggil halaman sesawang :P Nak tengok slip gaji waktu kerja? Jangan harap. Nak buka halaman depan tu pun belum tentu dapat.
Refresh banyak kalipun diiringi sumpahan entah beribu kali gamaknya :P Penyudahnya, buka selepas waktu kerja - lebih afdal selepas pukul enam petang. Tapi ramai ke yang nak duduk di pejabat selepas waktu tu? /:)

Terbaru, nak kena muat naik
[ BACA : upload ] Sasaran Kerja Tahunan [ SKT ] dalam talian HRMIS. Seksa nak masuk muka depan macam tu juga, tak pernah berubah pun. Hish...~ Aku rasa ramai yang merungut pasal nie. Kalau dah berjaya buka halaman depan, nak log masuk tu pun satu cabaran juga. Aku rasa pihak berkenaan nie patut buat peraduan. Siapa dapat tembus masuk, akan menang sebuah motosikal. Baru boleh cakap - " Yeay, saya menang motor~ " Adhoi~ (-____-")

Nak berjaya masuk ke halaman tu dah macam peraduan memburu harta karun walhal nak muat naik SKT sendiri je. Pergh~ (T___T)
Tapi situasi nie lagi teruk. Kalau nak buka halaman slip gaji tu, selepas pukul enam baru syok, halaman HRMIS nie kena tunggu hujung minggu baru syok nak tengok. Waktu kerja, selepas waktu kerja memang haram nak dapat tembus masuk.

Aku rasa siapa yang buat sistem HRMIS nie mesti dapat banyak pahala sebab setiap orang yang nak masuk halaman tu, mesti ada kata sumpah walaupun sekadar -
" Cis~ " Kalau satu perkataan Cis tu boleh dapat seringgit, kamu boleh bayangkan tak berapa juta ringgit orang tu boleh dapat dalam sehari? Haha :P

* Memang Kementerian Kesihatan Malaysia [ KKM ] paling ramai pengguna tapi rasanya ramai juga yang menyumpah seranah sebelum berjaya masuk tu :P

Aku kena masukkan SKT aku sebelum tiga puluh satu hari bulan nanti. Dengan talian yang macam nie, aku harap sangat ada keajaiban berlaku dan *Pling* - SKT aku dapat disiapkan dengan jayanya dan boleh dimuat naik dengan kelajuan tahap beruang di dalam sistem :D

Buat semua yang belum berjaya menembusi halaman tu, selamat berjaya la ye?(^___^)V * Ucapan tu untuk aku juga :P

P/s : Dah elok boleh masuk dengan hebatnya, aku baru sedar - nak muat naik SKT macam mana nie kalau incik Pengurus kesayangan aku tu asyik pergi kursus je dari hujung bulan lepas. Aku tak boleh nak bincang SKT dengan dia lagi. Adhoi~ (T___T)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment