Aku rasa, masa aku terbitkan entri nie [ BACA : published entry ], aku akan terbitkan segala entri yang duduk berkepam dalam simpanan aku. Jadi, kamu akan punya dua ke tiga entri untuk dibaca :P
Lama rasanya dah tak menaip dalam blog. Beku minda mungkin :D
Buat kesekian kalinya, hari minggu aku dihabiskan di tempat kerja. Bila kerja di sini, aku dah tak mengenal erti berpoya-poya di hujung minggu. Keseluruhan hujung minggu aku cuma ada di tempat kerja.
Ada yang kata aku gila kerja. Ini bukan soal gila kerja tapi soal tanggungjawab. Tanggungjawab aku untuk bekerja. Dah memang situasinya kena bekerja hari minggu, takkan aku buat tak tahu pula? *Sigh*
Aku rindu nak pergi berjalan-jalan ke mana-mana, melapangkan fikiran, meleretkan kad di kedai-kedai :D
Aku rindu nak tengok wayang yang serasanya kali terakhir aku memijak panggung wayang adalah bulan Jun yang lepas, itupun masa Hotcell tutup untuk penyelenggaraan (-___-")
Dah terbiasa bekerja hujung minggu, kalau sekali tak kerja, memang aku agak mati kutu. Tak tahu nak buat apa di rumah. Penyudahnya memang aku akan terbongkang depan tv dengan tahap kebisingan melampau. Hahaha :P
Disebabkan hari minggu aku kena bekerja, jadi segala kenduri kendara kawan ke jiran ke saudara mara ke, aku tak boleh nak pergi. Kawan-kawan sakitpun aku tak boleh menjengah :'(
Sungguh, bukan aku tak mahu nak pergi tapi keadaan tak mengizinkan. Aku harapppp sangat kamu boleh memahami situasi aku :'(
Bermula dua puluh tujuh hari bulan nie, Hotcell tutup untuk penyelenggaraan selama dua minggu. Apa ya nak buat dua minggu nanti? /:)
Post a Comment