Write without regret by Devil Inc. at 9:32:00 AM, Monday, November 8, 2010
Okey, sambung ke babak yang seterusnya. Mula-mula duduk di sini, teringin juga nak masukkan Astru di rumah sewa yang dikongsi dengan tiga orang teman yang lain masa tu tapi faham-faham je la, dah duduk ramai-ramai, tak semua satu kepala. Lagipun semuapun bujang, masing-masing tak nak bayar lebih. Tambahan pula, seorang teman masa tu dah bertunang, nak kumpul duit kahwin, mesti la nak potong belanja bagai kan.

Bertahan juga dengan arial kecil yang letak atas tv tu. Mujur siaran okey, tak la kalut sangat.

Berpindah ke rumah baru, masih menggunakan arial yang sama tapi hampeh, siaran teruk gila. Jangan katakan nak tengok 8tv, siaran Tv1 dengan Tv2 pun tak boleh nak dapat. Apa kes...~ (-____-")

Jenuh menggodek tv, mencari frekuensi tapi malangnya memang takde. Aiyah...~ (T___T)

Dah la arial apartment pula rosak. Aduhai...~ (T____T)

Bertahan tak sampai seminggu berkeadaan macam tu. Layan dvd je bila balik dari kerja. Nasib baik stok dvd yang tak tengok tu banyak lagi :) Akhirnya, aku putuskan aku kena pasang Astru juga. Kalau tak, jenuh aku kena pusing dvd yang sama hari-hari (-___-")

Mujur tengah ada promosi dekat Warta masa tu. Warta adalah pusat membeli belah di Bangi - ala-ala macam Giant la. Nanti kemudian la aku ceritakan pasal tu.

Bayaran pemasangan cuma RM30 (O____O) Mula-mula tak percaya juga sebab bila bertanyakan di kedai sebelum tu, bayaran pemasangan RM80. Siap telefon Astru lagi, tanya betul ke ada promosi macam tu dekat Warta. Katanya, memang ada tapi kalau was-was, boleh ambil nombor pada pas pekerja Astru tu dan telefon balik untuk mengesahkan betul ke orang tu bekerja dengan Astru.

Masa tu rasa macam yakin. Tambah pula seorang teman dah mengesahkan perkara tu betul sebab diapun dah mendaftar di situ dan memang takde masalah, takde bayaran lebih. Risau tu bukannya pasal apa. Kalau pasang dekat kedai, sekurang-kurangnya kalau Astru aku ada masalah, aku boleh serang kedai je. Dah tentu boleh dibaiki hari yang sama juga. Kalau pasang dekat kaunter macam nie, kalau la ada masalah, aku kena telefon operator. Nak tunggu tu minima empat puluh lapan jam. Perghhhhh, azab tu.

Aku nekad pergi daftar juga lepas dah termakan cakap si teman yang dah ada pengalaman tu.

Bayaran pemasangan cuma RM30. Pakej paling rendah RM37.95. Nasib baik. Kenapa aku kata nasib baik? Sebab dekat kampung, bayaran paling minima aku kena bayar RM54.95. Huhu (T___T)

Orang tu kata kena tunggu dalam masa seminggu, nanti Astru akan telefon dan berikan nama juruteknik, nanti juruteknik akan telefon untuk temujanji. Ewah, macam nak keluar berduaan pula :P

Remeh betul protokol tu.

Tiga empat hari kemudian, Astru telefon dan sehari selepas tu, jurutekniknya pula telefon. Malangnya masa yang dia pilih tu tak kena dengan masa aku. Aku ada kerja masa tu. Jadi, nak tak nak terpaksa tunggu juruteknik lain pula (T___T)

Dekat tiga empat hari juga menunggu. Akhirnya dia telefon juga. Juruteknik tu datang kalau tak silap hari Sabtu.

Rasa nak menangis terharu bila dapat tengok siaran jelas. Haha. Melampau.

Dan bermulalah perchentaan antara aku dengan incik Mitzuyu *wink*
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment