Write without regret by Devil Inc. at 9:38:00 AM, Wednesday, October 20, 2010
Kebiasaannya orang akan menghitung pemergian seseorang dalam angka - empat puluh hari, enam puluh hari dan seratus hari. Kenapa ye? *Pelik*

Hari nie genap empat puluh hari abah pergi. Empat puluh hari yang berlalu dengan penuh kesunyian. Dalam tempoh nie, aku sempat dua kali balik dan dua kali nie la yang rasa kekok sangat. Sunyi.

Selama nie, rutin kehidupan aku cuma lebih banyak berlegar tentang abah. Balik sebab nak uruskan hal-hal dia, balik sebab nak bawa dia jumpa doktor, balik sebab nak belikan dia barang makan, etc. Semuanya tentang dia. Bila dia dah takde, secara automatiknya aku dah takde kerja nak dibuat. Bukan aku mengabaikan mak dan kakak aku tapi mereka tak banyak halnya nak diuruskan berbanding dengan abah.

Rasa macam orang bodoh pun ada bila balik rumah sebab takde benda nak dibuat. Menung je.

Kebiasaannya aku balik, memang aku menuju kepada abah dulu. Peluk cium dia. Kali terakhir aku balik sebelum dia meninggal, dia dah terbaring atas katil. Aku masih peluk cium dia.

Bila balik kali nie, rasa sunyi. Nak peluk cium dia pun dah takde. Balik hari tu entah kenapa laju je aku menuju ke katil dia dan cium bantal dia. Masih ada bau dia di situ. Sungguh, aku rindukan dia sangat-sangat-sangat.

Hari Isnin lepas aku melawat kubur abah. Lama dah tak buat macam tu. Yelah, aku bukan hari-hari ada di sana. Kalau tak, mahu hari-hari aku melawat untuk melepaskan rindu.

Aku bermonolog sendirian di tepi kubur abah. Bercerita tentang kehidupan terkini aku, hal-hal mak, etc. seolah-olah dia masih ada di sisi.

Aku terfikir - " Abah boleh mendengar ke apa yang aku katakan? "

Rasa macam orang bodoh pun ada - bercakap sendirian macam orang gila tapi aku rasa macam tu la terapi untuk aku. Di situ aku rasa ketenangan, di situ aku rasa kelegaan sehinggakan sekarang aku rasa tempat yang paling menenangkan aku adalah kubur abah. Rasa nak duduk situ lama-lama. Berat je kaki nak melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan tu.

Esok aku akan berada di kampung untuk uruskan hal mak. Lepas tu bercadang nak berbincang pasal kenduri tahlil empat puluh hari abah. Insyallah kalau takde apa-apa aral melintang, berkemungkinan hujung minggu nie akan dilaksanakan kendurinya. Insyallah.

Diam tak diam, dan empat puluh hari.

Dan aku... terus menghitung hari.
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment