Write without regret by Devil Inc. at 12:15:00 PM, Wednesday, August 18, 2010

Semua orangpun ada kawan. Aku, kamu, semua orang.

Macam seorang kawan aku kata - " Kawan senang je nak dapat, kat mana-mana pun ada "

Tapi soalnya - boleh pakai ke kawan tu? Betul ke kawan tu boleh dipakai untuk jangka masa panjang, masa susah senang nanti?

Ada seorang kawan, dia publish dekat wall Facebook aku - " Dulu ramai yg menjauhiku. Kata mereka aku gemuk. Tak kacak. Bukan 'taste'. Aku pasrah, aku redha. Tp sekarang, antara 2 samada mereka sendiri semakin gemuk atau pn mereka memilih pasangan yang seperti aku.

Tula, org tua2 da pesan, jgn kata tak nak. nt itulah juga yg kita perolehi. itu jugalah yg kita sayangi. btul x? "

Aku kenal dia dah lama, sangat lama - dari zaman sekolah rendah lagi. Memang dari zaman sekolah rendah, dia dah membesar bagai johan. Masa tu, dia tak memiliki paras rupa yang boleh dikategori sebagai comel gila - yang boleh membuatkan orang datang nak cubit-cubit pipi.

Aku takde la rapat sangatpun dengan dia masa sekolah rendah sebab aku kelas depan, dia kelas belakang. Aku cuma pernah sekelas dengan dia masa Darjah Dua hingga Tiga kalau tak silap. Lepas tu dah kelas lain-lain. Sampai naik Tingkatan Empat, baru aku sekelas dengan dia balik. Masa tu aku mula rapat balik dengan dia sampai sekarang nie :')

Okey, aku faham. Dia bukan seorang yang menarik, dia bukan anak orang kaya, dia bukan mempunyai kebijaksanaan yang hebat, dia bukan siapa-siapapun. Dia cuma kadang-kadang poyo sikit [ okey, aku tau aku bakal dibelasah oleh dia lepas dia baca nie :P ], jiwang karat dan kadang-kadang hampir semua perempuan pun dia suka. Semua, tu termasuk aku. Haha.

Ingat lagi masa Tingkatan Tiga, disebabkan aku selalu berjumpa dengan kawan-kawan aku kat blok lain, yang kebetulan seorang tu ada sekelas dengan dia. Boleh dikatakan hari-hari dia nampak aku la kiranya. Satu hari dia datang dekat dan cakap - " Aku suka kat kau "

Mau tak terperanjat aku dibuatnya. Tapi dengan nada gurau yang agak kasar - " Tak nak aku orang macam kau, mati hidup balik sepuluh kalipun aku tak nak kat kau "

Kasar bunyinya kan? Tapi nada aku takde la keras sangat sampai memalukan dia, takde la cakap melaung-laung sampai satu koridor boleh dengar (-____-") Tapi aku ingat, kerana insiden tu la aku lagi rapat dengan dia. Sangat rapat. Kami boleh bercerita apa saja, boleh kongsi apa saja.

Aku bersekolah sama dengan dia. Aku ikut perkembangan dia - dari zaman sekolah rendah sampai menengah. Aku kadang-kadang perhatikan macam mana layanan orang terhadap dia. Aku sedar ada perempuan-perempuan yang menjauhi dia, seolah-olah jijik dengan dia. Okey, dia suka kamu tapi kamu tak suka dia. Apa salahnya kamu berterus terang dan berkawan macam biasa je. Ya, aku tau tak semua orang boleh buat macam tu tapi kamu tak perlu meminggirkan dia macam tu sekali.

Pernah aku pergi beraya dekat rumah seorang kawan perempuan masa sekolah dulu. Dia kata - " Tak payah la jemput budak tu, aku geli dengan dia "

Sampai ke tahap tu. Dan dia, yang sedar kehadiran dia tak diundang, cuma menunggu aku dengan kawan-kawan lain depan rumah je. Yelah, dah orang tak sudi, takkan nak menonong-nonong masuk dalam rumah orang kan?

Aku rasa dia sendiripun puas dah dengan penolakan orang terhadap diri dia, dah sampai ke tahap lali dah.

Bila dia publish ayat tu kat wall aku, aku teringat balik kisah-kisah zaman sekolah dulu dengan dia yang macam aku ceritakan tadi. Kadang-kadang aku fikir, kriteria apakah yang kamu mahu sekiranya seseorang tu mahu jadi kawan kamu?

Kacak macam Farid Kamil?
Kaya macam Donald Trump?
Bijak macam Bill Gates?
Popular macam Anuar Zain?

Itu ke kriteria yang kamu mahukan? Kalau dia gemuk, pendek, busuk, tak pandai, takde kerja hebat-hebat, dia tak boleh jadi kawan kamu?

Dan macam yang kawan aku kata, dulu orang ketepikan dia dan sekarang, orang-orang tu la yang dapat paku buah keras - semua yang dijijikkan dulu, datang balik ke diri sendiri. Kalau tak datang lagi, tunggu masa je. Mungkin bukan datang pada kamu, bukan pada pasangan kamu, mungkin pada anak-anak kamu kemudian hari. Siapa tau?

Tu la, mak aku kata - " Jangan ejek orang, nanti kena diri sendiri. Biar apa orang nak kata, nanti Tuhan akan balas "

Nanti Tuhan akan balas. Aku ingat setiap patah ayat tu.

Kawan tak perlu hadir dalam pakej yang lengkap kerana kamu akan saling melengkapi, sama macam pasangan kamu nanti. Sebab tu orang kata, pasangan kamu tu boleh jadi kawan baik kamu.

Kadang-kadang, yang tak lengkap tu la sebenarnya lebih baik untuk kamu.

Tak perlu nak besar kepala hanya kerana kamu dah kerja bagus-bagus sekarang walaupun status kamu cuma cikgu sekolah rendah, kenal orang-orang besar yang berpolitik bagai, ada pendidikan tahap PHD, kahwin dengan orang-orang hebat, etc. sehingga kamu mula menolak seorang kawan yang tak seberapa nie sedangkan kamu dulu pun asalnya setaraf macam dia.

Dan aku bangga dengan kawan aku tu, dari tak punya apa-apa, akhirnya dia sekarang menginjak ke kehidupan yang lebih baik daripada kawan-kawan yang meminggirkan dia. Sungguh aku bangga.

Macam yang aku selalu pesan kat kawan-kawan aku - " Takpe kalau tak ramai kawan, asalkan yang ada tu kau tau boleh dipakai kemudian hari "

Takpe la kalau takde kawan ramai sekalipun, yang penting, yang tinggal tu kamu tau kamu boleh bergantung harap dengan dia semasa kamu susah senang kemudian hari nanti.

Kawan-kawan, kita janji, kita kawan sampai mati ya? :)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment