Write without regret by Devil Inc. at 2:55:00 PM, Friday, July 30, 2010
Ya, aku tau aku dah lama tak menaip apa-apa kat blog nie dan sepanjang bulan Julai nie aku tengok entry aku kebanyakan berkenaan dengan tag, tag dan tag. Hahaha. Yelah, terpaksa jawab tag juga sebab dah lama yang bertangguh nak dijawab. Niepun ada lagi tag yang tak berjawab, tunggu bulan depan la jawabnya baru nak dipost. Haha.

Okey, kali nie kita akan bincangkan situasi bekerja. Ewah, macam rancangan pakar motivasi pula. Haha.

Serius, aku memang susah nak memahami orang-orang yang rajin merungut dia kebosanan di pejabat. Siap nak tayang kat wall Facebook - " Wei, aku bosannnnnn " - semata-mata nak menyatakan betapa dia bosan dengan kerja di pejabat.

Ya, aku sangat memahami perasaan tu tapi dalam masa yang sama aku tak faham juga. Macam mana tu (-___-")

Aku faham kamu bosan di pejabat.
Aku tak faham kenapa bosan?

Yelah, bukan semua orang tersangat sibuk di pejabat kan. Akupun bukan selalu sibuk. Kalau tiba masa aku tak sibuk, memang melengung juga dibuatnya. Dan sekarangpun aku hampir-hampir meniti titian melengung tu. Haha. Kronik. Tu gara-gara aku dah hampir mencapai dedahan dos tahunan.

Dedahan dos tahunan yang dibenarkan = 20 mSv
Dedahan dos aku sampai Jun 2010 = 17 mSv

Dah patut kena kuarantin. Karang sia-sia jadi mutan. Haha. Baru je dalam minggu lepas aku dan team Production pergi ambil darah, untuk diperiksa sel kromosom. Yelah, takut dah bertukar jadi Wolverine ke. Kata seorang teman -

" Kalau jadi Wolverine takpe, karang jadi Woljerine "

Miahaha XD

P/s : Tukar nama jadik Wolverina nak? :P

Main-main pula. Hehe. Okey serius. Disebabkan tugas-tugas rutin aku yang dah disekat, jadi kebanyakan masa aku sekarang memang melengung.

Aku bukan pekerja yang rajin tahap dewa-dewa. Ada masa aku akan pergi mengulor, ada masa aku akan tidur kat pejabat, ada masa aku akan merayau-rayau kat department orang lain sampai sejam dua, ada masa aku akan mengada-ngada memangku tugas orang lain pergi ambil surat, etc.

Tapi sungguh, kalau kamu berdekatan dengan aku, kamu memang tersangat susah nak mendengar aku kata aku bosan.

Katanya seorang teman memerangkap kembar siam aku - " Akak sangat menikmati hidup kot? "

Haha. Yelah tu kot. Sangat menikmati kehidupan.

Aku suka pergi ke pejabat. Yeah, mungkin sedikit bosan dengan rutin yang sama setiap hari. Bangun pagi - bersiap pergi kerja - pergi ke pejabat - kerja - ngulor - balik kerja. Dan rutin tu akan berpusing untuk keesokan harinya. Sama saja. Tapi aku suka pergi ke pejabat. Sama macam sekolah dulu. Seronok.

Dan mungkin kerana keseronokan itulah aku tak merasa bosan di pejabat. Sebab tu aku tak faham kenapa ada yang merungut bosan. Okey, memang kamu takde kerja tapi kamu punya internet kan? Siap boleh menjerit kat wall kebosanan tu di waktu pejabat, maknanya kamu boleh surf net dengan kelajuan yang sangat membanggakan berbanding dengan aku yang nak surf pun fikir lapan puluh lapan kali. Tu belum lagi masa surf Facebook yang dibuka pada masa-masa tertentu je.

Dah takde kerja, pandai-pandai cari kerja.
Dah ada internet, pandai-pandai cari web dan surf.
Dah ada pc, pandai-pandai cari game dan main.

Sekurang-kurangnya, kebosanan kamu tu dibayar tau tak? Bersyukur la sikit. Nie tak, merungut bosan je. Takde kerja karang baru tau...~
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment