Write without regret by Devil Inc. at 3:26:00 PM, Thursday, June 3, 2010
Kalau kamu perasan, header blog nie aku tulis :

- Ini bukan cerita kamu, Ini cerita aku. Ini bukan kisahnya pasal kamu, Ini kisahnya pasal aku. Ini bukan soalnya kamu, Ini Soalnya Aku -

Dah jenuh aku mendengar, dah jenuh aku tengok gelagat orang-orang yang macam nie. Orang yang macam mana?

Orang yang fikir hidupnya sudah cukup perfect dan boleh merendah-rendahkan kehidupan orang lain. Dipendekkan ayat - macam bagus.

Haha XD

Boleh faham orang yang macam mana aku maksudkan tu? Okey, sekarang kita berbalik kepada topik asal. Macam aku pernah cakap panjang soal kesempurnaan di mata orang lain, yang nie pun berkait juga dengan perkara tu.

Aku cukup-cukup tak faham kenapa ada orang yang suka membanding-bandingkan apa yang dia ada dengan orang lain. Contohnya :

" Aku dah beli rumah, kamu pun dah beli tapi aku punya rumah banglo tiga tingkat, kamu rumah flat je "

" Aku baru beli kereta. Caldina. Kamu pakai kereta apa? Ha, Viva je? "

" Anak aku baju semua McLaren punya, tak boleh pakai yang biasa-biasa macam baby lain. Nanti allergic. Kamu beli cap apa? Anakku? Eew...~ "

Memang kadang-kadang komen di belakang tu tak terkeluar di mulut kamu tapi aku tau mesti ada keluar dalam hati sekurang-kurangnya. Contoh :

Si A : Aku baru beli rumah
Si B : Owh ye? Kat mana?
Si A : Area Klang Valley je
Si B : Rumah flat ke?
Si A : Apartment

Dalam hati si B - " Apartment je, aku rumah teres dua tingkat lagi "

Nampak? Secara sedar atau tak, kadang-kadang kamu membanding-bandingkan kelebihan kamu dengan orang lain.

Okey, kamu dapat calon suami atau isteri yang ada paras rupa, apa masalahnya? Itu jodoh kamu. Rupa nie masa muda je nampaknya, bila tua belum tentu.

Kamu kahwin awal tapi aku tak kahwin lagi? Itu suratan takdir kamu. Kahwin cepat tak bermakna jodoh panjang, kahwin lambat tak semestinya dapat yang tak elok.

Kamu dah beli rumah tiga tingkat tapi aku cuma rumah flat tiga bilik sempit? Itu rezeki kamu. Fungsinya tetap sama - untuk dijadikan tempat berlindung.

Kamu pakai kereta Honda Civic terbaru tapi aku cuma ada kenderaan awam? Honda Civic kamu maintainance berapa? Roadtax berapa? Tren LRT takde roadtax tau :P

Kamu tengah menyusun anak tapi aku takde lagi? Kamu confident ke anak kamu boleh dipakai sampai ke tua nanti berbanding dengan aku yang lambat dapat anak nie?

Allah tu punya setiap perancangan untuk kamu dan percayalah, setiap perancangan Dia adalah yang terbaik untuk kamu. Ingat, hari nie kamu senang, esok lusa belum tentu.

Kadang-kadang segala kelebihan tu tak perlu nak ditunjukkan, itu namanya riak. Biar kelebihan tu hanya kamu saja yang tau, tak perlu nak disebarkan untuk orang lain tau.

Kamu punya suami atau isteri yang menawan, kamu cepat sampai jodoh, kamu cepat dapat zuriat, kamu ada rumah besar, kamu ada kereta besar dan mungkin kamu merancang untuk memiliki aset lain. Itu rezeki kamu, itu jodoh kamu. Rezeki untuk aku tu hanya aku yang tau.

Tilam aku je dah bernilai dua bulan installment kereta Toyota kamu la. Haih, kan dah riak namanya tu XD
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment