Sejak aku bekerja kat Mint, istilah Monday blues tu memang jarang sangat-sangat aku alami. Kebiasaannya, aku bekerja hujung minggu dan hari Isnin adalah hari untuk buat test semula kalau ada apa-apa yang failed hujung minggu tu. Dan selalunya hari Isnin adalah hari yang terkejar-kejar untuk aku.
Macam hari nie la.
Belum letak beg, dah ada yang memanggil. Kelam kabut buat kerja. Data failed lagi pagi nie dan disebabkan tu kena buat unidose untuk dihantar ke hospital. Empat kali buat pun failed juga. Tekanan pun bertambah.
Tiga syarikat yang nak ambil nie, semuanya dah datang. Sepatutnya boleh selesai awal tapi disebabkan dah failed memanjang, memang masa pun kena extend juga la (T_T)
Masa buat unidose untuk kali ketiga, perut aku dah berkeroncong dondang sayang. Lapar sangat-sangat tapi sabar juga la. Kena habiskan kerja dulu sebab semua orang pun dah tunggu.
Akhirnya, selesai juga dalam pukul 1pm tadi dan cuma dua daripada tiga syarikat je yang boleh dapat. Kasihan juga tapi tak boleh nak buat apa sebab benda yang diluar kawalan kita.
Nie nak rest kejap, lepas tu boleh pergi makan. Huhuhuhu~ (T____________________T)
Post a Comment