Write without regret by Devil Inc. at 2:02:00 PM, Sunday, May 30, 2010
Sekarang nie cuaca dah tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Dulu, masa mula-mula aku masuk rumah nie, nak pasang kipas walaupun dekat no satu tu pun payah. Punya la nak menyatakan betapa rumah aku sangat sejuk. Rumah beriman la katakan XD

Tapi sekarang nie, kalau takde kipas, rasa tak boleh nak duduk dalam rumahpun. Punya la panas. Dah habis full pun panas lagi (T___T)

Rumah aku cuma ada kipas kat ruang tamu je. Ada tiga bilik, satupun takde kipas. Memang apartment kat sini macam tu. Kipas kat ruang tamupun kira macam belas ihsan daripada tuan rumah la walaupun aku rasa macam dah membela kelawar dalam rumah. Punya la bising. Haha :P

Mujur dari rumah lama dulu, aku dah membeli kipas meja. Masa dekat rumah lama, aku beli yang bilah 14" je. Aku fikir untuk apa bilah besar-besar sebab aku pakai masa aku tidur je, kipas tu menghadap muka aku seorang. Lagipun masa tu, dalam bilik ada kipas siling. Jadi kipas berbilah besar amatlah tidak diperlukan ketika itu.

Bila tiba masa kepanasan menggila macam nie, tiba-tiba rasa menyesal kenapa tak beli kipas bilah 16" masa tu (T___T)

Kalau tiba tang panas tu, jangan cerita la. Memang aku rasa aku rapatkan kipas tu macam kipas tu boleh membelit rambut aku je. Punya la rapat macam tu sekali. Haha XD

Pernah terfikir nak pasang aircond tapi dengan rumah sekarang nie, aku tak rasa nak pakai sangat. Yelah, rumah sewa. Kalau rumah sendiri, senang pula nak tebuk sana sini nak pasang apapun. Nie rumah sewa. Nak pindah karang, jenuh nak memanjat tanggalkan balik. Perabot yang ada niepun aku dah tak tau macammana nak angkut kalau pindah nanti (*________*)

Lagipun kalau pasang aircond, bil mesti melambung punya walaupun kamu pakai Panasonic Inverter sekalipun. Hoho. Jadi, untuk ekonomi dan kesejahteraan tidur malam aku, silalah membeli kipas biasa sahaja.

Dan pilihan aku, aku nak beli kipas dinding. Hari tu dah tengok kipas yang pakai remote, macam best. Tak dapat aircond, feeling tekan remote kipas pun jadilah. Kira sama macam feeling tekan remote aircond la kiranya tu (-___-")

Mari membeli kipas~
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment