Write without regret by Devil Inc. at 9:50:00 AM, Monday, March 15, 2010
Jujurnya, aku tak punya mood yang baik untuk bekerja minggu nie disebabkan hal minggu lepas. Dan kerana mood yang tiba-tiba merundum tu la aku duduk memerap kat rumah hujung minggu lepas. Dua hari aku berlingkar depan tv, tak pergi ke mana pun. Selesa menghabiskan masa di rumah, tak mahu berjumpa sesiapa.

Ada yang bertanya - " Tak nak kerja hari Sabtu dengan Ahad ke? "

Aku cuma menggeleng. Tak punya mood untuk tu.

Semalam, bila mengenangkan kena bekerja hari Isnin, secara auto aku menghela nafas panjang. Berat. Aku tak nak kerja boleh tak? (T_T)

Berat je nak bangun pagi nie. Berat masa nak bersiap. Berat semuanya.

Aku sarung baju kurung yang aku dah gosok malam tadi. Ya, baju kurung. Selalunya aku akan pakai seluar slack tapi entah kenapa semalam aku niat nak pakai baju kurung. Selalunya aku cuma akan pakai baju kurung bila aku tak payah kerja kat belakang. Yelah, tak sanggup baju lawa-lawa lepas tu tau-tau dah berbunyi kat meter contamination tu. Huhu~

Hari nie aku pakai baju kurung bukan disebabkan aku tak payah kerja kat belakang tapi disebabkan aku nak menyatakan bahawa - AKU TAK NAK BUAT SATU PUN KERJA HARI NIE~!

Serius, aku malas nak kerja.

Aku cuba ceriakan diri sekarang nie. Ya, ceriakan diri.

Gambatte~~~~ [ rasa macam ekspresi ketika nie adalah : badan Shin Chan yang bergoyang-goyang. Haha XD ]
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment