Sejak dua minggu lepas, mood aku untuk bekerja tersangatlah lemau. Seriously. Persekitaran kerja yang sangat down sebenarnya.
Jadi, minggu nie, setelah penat gila bekerja hujung minggu CNY, aku nekad - aku mesti bersemangat macam dulu-dulu. Yeah, aku mesti. Sampai bila nak selemau tu, aku sendiripun penat berkeadaan begitu.
Secara auto, status aku dalam YM - " Bersemangat~ (^_^)V " sampai adalah yang menegur tanya kenapa aku bersemangat sangat. Hehe XD
Aku letih mahu berkeadaan begini, jadi aku sendiri yang patut menanam semangat sendiri. Takde siapa yang nak menggalakkan aku supaya bersemangat kecuali Kak Wan ku sayang tu, jadi silalah menggalakkan diri sendiri. Hoho XD
Aku mahu bersemangat macam mula aku kerja dulu, aku mahu jadi sepolos itu.
Berkatalah seorang teman - " Baguslah, akhirnya awak faham apa yang saya maksudkan selama nie. Asyik down je, tak baguslah gitu "
Ya, sila bersemangat mulai hari ini. Gambatte~! (^_^)V
Post a Comment