Write without regret by Devil Inc. at 2:14:00 PM, Thursday, February 11, 2010
Hari Isnin lepas, aku baru balik dari Kursus Kenegaraan, yang semua orang panggil BTN - Biro Tatanegara. Start dari hari Khamis, 4th sampai 8th lepas.

Keadaan aku? Lemau. Hahaha.
Macam luahan dalam entry yang lepas, aku kan malas nak mengemas. Malamnya tu, aku mengemas la juga dalam keadaan terpaksa - lebih kurang pukul 11pm dan masa tu juga la aku nak contact dua tiga orang kawan - semata-mata nak tanya apa sebenarnya yang aku bawa, cukup ke tak perkiraan aku. Gila betul. Aku tawakkal je bawa cukup-cukup kali nie. Kalau la tak cukup, memang aku terpaksa recycle dengan cara membasuh je (T_T)

Aku malas nak pergi sebenarnya tapi mengenangkan mood aku yang lemau di pejabat, adalah lebih baik aku pergi untuk menenangkan fikiran.
Di sana, aku jumpa kawan-kawan lama aku masa induksi. Rindu sangat sebab lepas induksi hari tu, aku lost contact dengan diorang semua sebab aku takde email rasmi lagi masa tu. Ada la contact lagi dua tiga orang tapi yang lain semuanya lost. Nasib baik dapat jumpa masa BTN nie. Precious :')

Seronok sebenarnya bila ada kat sana. Boleh lupakan segala masalah, boleh bersuka ria, etc - walaupunnnn badan tersangatlah tak cukup rest masa tu. Hehe. Terkejar sana sini dengan baju sekolah - baju kurung putih, kain hitam.

Teringat zaman sekolah dulu. Aish, rindunya (T_T)
Seronok ke hulu ke hilir dengan baju sekolah tu sebenarnya. Masa tu, takde orang nak complaint pun yang baju kamu tu berbasuh ke tidak sebab semua orang pun recycle baju - siap ada yang pakai sepasang baju sekolah tu empat hari tau. Tapi semuapun faham mengenai masalah tu. Hehe.

Masa untuk tidur takkan cukup sebab kamu cuma punya lebih kurang lima jam saja untuk tidur pada malam hari sebelum meneruskan aktiviti sepanjang hari berikutnya. Kalau dalam dewan tu boleh juga tersengguk-sengguk nak tidur, tapi dah dalam LDK, memang jangan harap la. Kalau kamu terlelap walaupun satu saat, memang boleh perasan sebab dalam LDK lebih kurang sepuluh ke dua belas orang je dalam satu kumpulan. Huhu. Jadi, nak tak nak, terpaksalah kamu jegilkan mata tu sedaya yang mampu.


Dah la dalam dewan ceramahnya bosan, masuk dalam LDK, team aku dapat pulak fasilitator tua. Aish, dalam mengantuk dirabankannya pasal dia pergi Bosnia bagai, bayangkan keadaan mata aku masa tu macam mana. Yang jadi mangsa, orang sebelah aku la, si Mastura. Haha. Kejap-kejap tarik bangku dia, kejap-kejap conteng fail dia, kejap-kejap usik dia Habis semua aku buat sebab nak menghilangkan boring. Haha.


Kan baru-baru nie havoc pasal BTN diharamkan di Selangor gara-gara kata mempengaruhi minda orang ramai.
Secara peribadi, aku tak rasapun dipengaruhi mengenai politik ke apa ke. Aku rasa dalam BTN nie banyak berkisar tentang sejarah kemerdekaan - tayang filem Hati Malaya 1957 lagi. Klasik betul.

Aku rasa lepas kursus nie, pengetahuan aku pasal kemerdekaan tu makin jelas. Betapa bersusah payahnya orang dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan. Tiba-tiba aku teringat pada abah.
Biar berulangkali dia bercerita tentang kisah perjuangan dia dengan skuad SC - yang kadang-kadang buatkan orang naik jemu - tapi lepas kursus nie, aku hargai setiap perkataan yang dia ungkapkan. Betul... betapa payahnya nak dapatkan kemerdekaan nie. Sangat terharu sebenarnya (T___T) - terharu masa babak Tunku Abdul Rahman dapat derma daripada orang ramai masa nak pergi London. Aishhhh :') Lepas tu ada tayangan visual yang memberikan kesan - " Silalah sayangi negara anda " Aku ada cakap dengan kawan nie ha - " Kalaulah dia tayang visual macam nie hari-hari, tak payah ada ceramah satupun, confirm balik nie memang terus jadi Pak Guard kat depan tu. Siap cakap lagi kat yang dah lama kerja nie - takpe makcik, makcik boleh pencen awal, saya tengah bersemangat patriotik sekarang nie " Haha XD

Kebanyakan orang menangis masa tayang visual malam terakhir. Aku? Tak nangis pun. Elelele. Nak nangis tapi dah keliling penuh orang, segan pula. Hahaha.


Hari terakhir dihabiskan dengan exam. Aku memang tak bersedia dari awal. Mana taknya. Malam terakhir aku habiskan dengan mengemas beg dan bersembang sampai budak sebelah katil aku dah terlelap. Haha.

Sayu sebenarnya nak meninggalkan semua orang masa hari terakhir, nak-nak bila teringat nak kena kerja balik (T_T)

Dan esoknya aku balik ke Perak - menunaikan tanggungjawab aku. Hoho. Skema gila ayat XD Tapi tengah hari Rabu aku dah bergegas balik ke Bangi - semata-mata kerana dah janji dengan Kak Wan. Takpe, demi kawan~

There you have it - my BTN's story. Penuh gelak ketawa sampai ke akhirnya. Hehe =)

 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment