Write without regret by Devil Inc. at 3:40:00 PM, Wednesday, February 3, 2010
Aku tak punya mood yang baik minggu lepas, jadi aku rasa malas nak update. Minggu nie cadang nak update tapi hari nie aku mengantuk la pula. Seriously, mata aku tengah separuh je nie. Haha.

Nie semua gara-gara aku tak boleh nak tidur malam tadi. Entah kenapa. Aku tertidur dah masa tengok Supernatural semalam, lebih kurang dalam pukul 11.30pm. Dalam pukul 2.30am aku terjaga. Konon nak sambung tidur dalam bilik la, sebab aku tertidur depan tv je malam tadi. Puas aku bergolek atas katil tapi mata tak boleh lelap. Chis. Huhuhu~

Penyudahnya aku bangun balik dalam pukul 4am - lebih kurang sejam lebih aku bergolek tapi tak boleh tidur - dan pasang tv dengan harapan aku boleh terlelap balik.

Siap boleh tengok movie Headless Horseman kat Starmovies. Boleh lagi berjoget tai chi masa tengok Tv2. Sambung tengok gosip kat E!. Pergi mandi dulu, lepas tu sambung tengok Bleach kat Animax (-_-")

Tadi biji mata cerah lagi tapi nie dah masuk pukul 3pm tadi, secara auto mata aku jadi separuh je. Perghhhh...~ Nie tengah tahan mengantuk yang teramat sangat. Rasa mau balik dan terus tidur je.

Tapi malam nie tak boleh nak terus tidur. Kena kemas baju untuk dibawa ke kem BTN.

Ya, BTN - Biro Tatanegara atau Kursus Kenegaraan.

Baru je hari Khamis lepas dapat tau aku antara yang kena pergi. Reaksi pertama aku?

" Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ Malasnya nak kemas bajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~ "

Ya, ketahuilah bahawa aku bukan seorang yang reti mengemas baju untuk disumbatkan di dalam beg. Aku selalunya akan menjadi orang yang paling banyak bawa barang pergi ke kursus. Haha. Tak pandai budget betul.

Dulu, member sebilik aku masa kat hostel la yang jadi pengemas beg aku kalau aku ada nak pergi ke mana-mana. Dia pandai mengemas. Barang banyak macam mana pun, kalau dia susun, rasa macam sikit je. Dah la tu, boleh ada space lagi dalam beg tu. Hebat betul :')

Aku? Jangan harap. Masa induksi umum dulu, orang lain bawa satu beg roda, aku dua beg roda. Belum tambah dengan beg plastik kecil taruk kasut, dengan beg Deuter kat belakang lagi (T_T)

Masa induksi khusus tahun lepas, aku bawa satu beg besar - lebih besar daripada orang lain. Besar punya~ Haih... (T___T)

Aku selalu kena perli dengan ayat - " Aik, takde beg besar lagi? ", takpun - " Macam nak pindah terus je " Chis, berasa hati~ (T_____T)

Malam nie kena kemas beg. Aku tak budget lagi berapa yang aku kena bawa sepanjang lima hari kat sana. Yang pasti, tekad aku kali nie adalah tak mahu digelakkan oleh sesiapa lagi.

Haih, kalaulah seluar kecil tu boleh dipakai sehelai je dalam lima hari tu kan bagus...~ (-_-")
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment