Write without regret by Devil Inc. at 5:32:00 PM, Tuesday, January 19, 2010
Tengah bosan tak buat apa tadi, aku surf net dan cuba mengisi masa dengan membelek blog orang. Aku dapat nie dari satu blog tu tapi aku tak ingat dah blog yang mana sebab dah banyak sangat yang aku tengok - takkan aku nak buka balik satu persatu semata-mata untuk tengok balik post yang aku copy dan paste nie. Huhu. Maaf la empunya blog kalau terbaca. In case kamu terbaca post ini, terima kasih atas info yang sangat berguna nie - kamu tahu siapa kamu yang aku maksudkan.

Dia bagi info pasal jerawat dan sistem tubuh badan. Apa maknanya jerawat kalau tumbuh dekat :

Dahi
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Nasihat, pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.

Hidung
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

Dagu
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Pipi kiri
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Pipi kanan
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

Pada badan ( belakang atau depan )
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Hurm...? Aku rajin kena dekat hidung dengan badan. Tapi lately memang dekat badan agak kronik. Wuah... sistem perkumuhan aku ada masalah ke? Aiyarkkkk~ (T__T)

Aku sebenarnya baru berazam nak minum air dengan hebatnya. Dulu, aku minum sekurang-kurangnya dua liter sehari. Sekurang-kurangnya. Tapi lately, memang aku dah jarang consume air - aku cuma minum masa aku makan je. Kalau tak makan, nak habiskan sebotol air mineral kecil tu pun payah sebenarnya.

Pernah baca tak artikel apa akibatnya kalau badan kekurangan air? Bagi aku, minum air banyak nie berfungsi untuk singkirkan toksin. Tak payah membazir duit nak beli yang mahal-mahal untuk buangkan toksin tu. Minum je air, minima dua liter sehari, Insyallah toksin akan keluar dari badan. Sangat menjimatkan. Try la.

Pernah sehari aku minum sampai lapan liter. Sangat hebat walaupun aku terpaksa ke toilet lima belas minit sekali (-_-")

Memang terbukti ada baiknya minum air kosong sebaik saja bangun dari tidur tapi aku tak boleh nak buat la. Aku mesti pastikan aku gosok gigi dulu baru boleh minum. Yeah, satu kerugian tapi aku betul-betul tak boleh masukkan apa-apa di dalam mulut selagi aku tak gosok gigi dan mandi pagi. Macam mana tu? (T_T)

* Tapi aku terfikir, macam mana ada orang boleh makan terus lepas bangun dari tidur tanpa gosok gigi. Tak geli ke? Eew~ O_O

Lepas baca artikel tu tadi, aku fikir - " Ya, mungkin sistem perkumuhan aku ada masalah sekarang sebab memang aku kurang minum air " dan aku fikir, artikel tu macam wake up call untuk aku - mengingatkan diri aku yang aku kena minum air sebanyak yang mungkin mulai sekarang untuk buang segala toksin yang ada dan membersihkan sistem dalaman aku.

Sebenarnya bukan susah sangat nak minum air tapi aku rasa kalau kamu bukan seorang yang suka minum air, memang itu merupakan satu tugas yang tersangat susah untuk kamu.

Sehingga artikel nie ditulis, keseluruhan air yang aku minum hari nie lebih kurang tiga liter. Wuah, satu kejayaan hari nie memandangkan semalam aku cuma minum tak sampai satu liter pun. Aku rasa aku kena tingkatkan usaha lagi esok.

Gambatte~! (^_^)V

P/s : Tahukah kamu satu petua untuk kuruskan badan adalah dengan minum air? Bagi aku, banyak minum air = kenyang. Bila kenyang = kurang makan. Bila kurang makan = kurussss. Yeah, mari minum banyak air~ XD
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment