Write without regret by Devil Inc. at 9:06:00 AM, Thursday, December 31, 2009
Semua orang akan cuba menulis bila menjelangnya hujung tahun. Entah apa signifikannya di situ. Pelik. Tapi sendiri pun menulis juga (-_-")

Aku gagal mencari diary baru untuk ditulis awal tahun nanti. Entah kenapa. Mesti mencari buku baru bagi menggantikan yang lama.


Tahun ini tidak membawa apa-apa makna yang besar untuk aku. Semuanya agak statik. Cuma bebanan kerja terasa bertambah. Yang lainnya... entah, aku rasa biasa-biasa.
Awal tahun ini, aku berazam untuk :

1. Turunkan berat badan
- Yeah, I do accomplished it but have gaining weight back (T__T)

2. Beli perabot baru untuk mak
- Sigh, this one memang teruk betul. Sampai ke sudah aku tak beli. Teruknyaaaa~

3. Kurangkan baran aku
- Aku rasa aku boleh control kot. Boleh kot? Hehehe XD

Haih, apa lagi azam aku ya? Boleh pula aku lupakan (-_-")

Tahun ini aku melonjak dari seorang yang agak diketepikan dalam hal kerja sehingga jadi sepenting-penting
[ agak penting juga la - takde le penting sangat pun XD ] staff dalam team Production. Sangat membanggakan. Terharu (T_T) Pengurus sangat memandang kebolehan aku sekarang. Haih, hebat pula rasanya. Hehe XD

Tahun ini aku berjaya pindah rumah.


Tahun ini aku berjaya habiskan bayaran untuk motor - lebih awal dari yang sepatutnya.


Tahun ini aku berjaya beli handphone baru XD


Tahun ini aku berjaya JV business dengan seorang teman [ dan harap-harapnya ada pulangan ]


Tahun ini aku berjaya menjadi ahlong tak bertauliah lagi.


Tahun ini aku berjaya accomplished semua kursus untuk pengesahan jawatan aku dan sedang tunggu masa untuk disahkan sahaja walaupun sebenarnya lambat betul nak sahkan tu (-_-")


Haih, tahun yang sungguh bermakna la kalau nak diikutkan sebenarnya.

Tahun depan aku nak apa pula ye?

Kahwin dengan kekasih separuh masa Stabilkan hidup.

Aku tak mahu menyimpan apa-apa azam untuk tahun depan. Cukup sekadar stabilkan hidup.

Sama macam wish aku masa hari lahir aku yang lepas - Cuma mahu menjalani hidup yang tenang. Cukup.

Selamat tahun baru semua~
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment