Write without regret by Devil Inc. at 12:34:00 PM, Thursday, December 24, 2009
1. Bekas kekasih saya :
- Erkkk... boleh cerita pasal kekasih separuh masa tak? (-_-")

2. Saya sedang mendengar :
- Cuba : Faizal Tahir

3. Mungkin saya patut :
- Keluar berpoya-poya kat luar sekarang sebab tengah takde kerja XD

4. Saya suka :
- Kesunyian sebab ia membuatkan saya tenang

5. Sahabat-sahabat baik saya :
- Kak Wan santek [ aku confirm dia sengih kalau baca ], Aie, Aja, kekasih separuh masa, Astro, DVD player, mp3 player dan akan datang PSP dan PS2 [ sahabat baik tak penting bernyawa kan? =P ]

6. Saya tak faham :
- Kenapa orang mesti bertanya - " Kau bila nak kahwin? " setiap kali jumpa. Kalau sponsor takpe juga (-_-")

7. Saya kehilangan :
- Handphone Nokia 6600 dekat Hospital Ipoh semasa tidur di koridor

8. Ramai yg berkata :
- Saya nie sombong

9. Makna nama saya :
- Erk... tak nak bagitau. Nanti tau pula apa namanya. Hahaha XD

10. Cinta itu adalah :
- Indah. Cinta boleh membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

11. Di satu tempat seseorang sedang :
- Belek Facebook?

12. Saya akan cuba :
- Mengurangkan sejumlah kg dari berat sekarang. Gambatte~ (^_^)V

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- Mengarut

14. Telefon bimbit saya :
- Blackberry Nokia E72

15. Bila saya terjaga dari tidur :
- Saya akan sambung tidur balik

16. Saya paling meluat bila :
- Orang makan berdenting sudu dan garfu, berdenting bunyi gigit sudu, minum pun berbunyi (-_-")

17. Pesta/parti adalah :
- Sesuatu yang sangat bising. Tak sesuai untuk saya.

18. Haiwan paling comel yg pernah saya jumpa :
- Teddy bear saya yang bernama Hazriq. Sangat comel. Erk... teddy bear = beruang kan? Haiwan juga kan? =D

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- Masa baby. Tak kenal apa, takde dosa.

20. Hari ini :
- 24th of December 2009 bersamaan hari Khamis

21. Malam ini saya akan :
- Membelek guide info Astro dan tengok cerita apa yang best untuk ditengok

22. Esok pula saya akan :
- Kerja walaupun sebenarnya esok public holiday (T__T)

23. Saya betul2 inginkan :
- Set bilik tidur yang mewah lagi cantik untuk saya bergolek-golek masa nie

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi tadi :
- Saya suka tengok cermin mata baru saya XD

25. Pusat membeli belah atau arked permainan :
- Bukit Bintang dan Low Yatt yang akan diserang awal minggu depan sebab nak beli PSP =D

26. Makanan barat atau jepun :
- Erk... dua-dua boleh? Barat saya suka chicken chop. Jepun pula sushiiii~

27. Bilik yang terang atau gelap :
- Gelap. Lebih mendamaikan.

28. Makanan segera adalah :
- Makanan kegemaran saya. Nak kurus macam mana kalau meleleh air liur tengok benda-benda macam nie (T_T)

29. Ayat terakhir yang anda kata pada seseorang :
- " Eh, bukan cuti ke hari nie? " - kepada seorang RO yang secara tiba-tiba terjah bilik nie =D

30. Siapa yang anda mahu tag :
- Ada sesiapa rajin nak jawab?
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment