Terus terang, aku memang seorang yang mudah berasa rendah diri. Aku kurang keyakinan diri. Tersangatlah kurang. Really.
Aku kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang, untuk communicate dengan orang. Sebab tu la masa sekolah dulu aku reti panjat pagar je, tak reti nak berpidato depan orang (-_-")
Bagi yang mengenali rapat, personally memang aku seorang yang banyak cakap. Kata member, aku cakap macam bullet train, tak tau bila nak stop. Haha. Mak aku pun cakap macam tu. Mak kata, aku ikut mulut orang yang membelah mulut aku masa kecil dulu. Ye ke? (-___-")
Lepas sekolah, aku macam membina satu tembok besar antara aku dengan orang lain. Aku tak berapa rapat dengan orang lain masa tu. Pelik. Perkara pertama yang aku sedar, bila ada seorang kawan bertanya - " Eh, apasal aku tak pernah dengar kau bahasakan diri aku? Kenapa bahasakan diri kita? "
Aku cuma akan berbahasa diri sebagai aku bila bercakap dengan kawan sekolah sahaja. Diulangi - SAHAJA. Selain dari tu, jangan harap nak dengar aku bahasakan diri aku sebagai AKU. Yang keluar dari mulut - kite. Yurp, aku selesa bahasakan diri aku sebagai kite.
" Kite tak tau pun "
" Kite jarang buat macam tu "
" Kite tak suka pun "
Kite.
Aku selesa gunakan ganti diri tu. Bermula dari chatting sampai la aku dah masuk alam pekerjaan sekarang. Kite.
Teringat masa sekolah dulu, masa sembang dengan cikgu kaunseling. Dia kata - " Kamu tahu tak apa bezanya kalau kamu gunakan aku, saya, kami sebagai ganti diri kamu? "
Aku dengan confidentnya menjawab - " Bezanya dengan siapa kita bercakap. Kalau dengan cikgu, takkan saya nak bahasakan diri aku pula? Lagipun aku tu kasar bunyinya "
Cikgu tu balas - " Memang aku tu kasar bunyinya tapi tu dari segi penggunaan bahasa je. Tapi kalau dari terms psikologi, kalau kita bahasakan aku dengan orang lain, itu menyatakan kamu dah sangat selesa dengan orang tu. Kalau kamu gunakan saya, kamu masih lagi menjarakkan diri dengan orang tu, kamu masih tak terbuka untuk bercerita apapun dengan dia "
Aku terdiam sekejap.
Cikgu tu kata lagi - " Cuba kamu tengok kalau kamu bersembang dengan kawan kamu dan bandingkan kamu bercakap dengan pelajar kaum Cina, India. Bila dengan kawan kamu, kamu boleh berbahasa aku. Itu sebab kamu dah selesa dengan dia, kamu menyatakan yang kamu tak kisah berkongsi cerita dengan dia. Tapi kalau kamu dengan pelajar Cina, India, kamu berbahasa saya. Itu menunjukkan kamu masih ada jarak dengan dia, kamu tak rapat dengan dia "
Hu... betul ke? Cuba korang check macam mana korang membahasakan diri dengan orang lain?
Tapi sungguh, aku tak pernah membahasakan diri sebagai aku kepada orang selain dari kawan sekolah aku. Bila kamu mendengar aku membahasakan diri sebagai aku, kamu tahu dengan siapa aku bercakap masa tu.
Berbalik pada cerita tembok besar tadi. Aku mula merasakan ada jarak antara aku dengan orang lain masa tu. Walaupun aku sekelas, sebilik dengan orang tu tapi aku tetap rasa tak rapat. Lepas tu, aku jadi rendah diri. Aku tak rasa diri aku menarik, aku tak rasa aku cantik, aku tak rasa aku dikenali sesiapa. Aku lebih tenang menyendiri, hidup dalam dunia aku sendiri.
Sekarang pun macam tu. Dengan situasi kerja aku yang sibuk di kala orang lain seronok bercuti, memang membuatkan aku susah nak bergaul dengan orang. Tambah kalau ada function ke, alahai... terasa sunyi. Aku tak reti nak bergaul dengan orang, aku tak reti nak melawa macam orang lain, aku tak reti nak bergurau senda macam orang lain.
Lepas tu, sekarang nie pula aku tengah konflik dengan seseorang tu. Bukan sesiapa, jauh sekali yang istimewa. Cuma seorang teman yang dekat di hati, melekat di fikiran. Hahaha. Dia menjauhkan diri secara tiba-tiba, akupun tak tau apa sebabnya. Pelik. Kalau bagitau awal-awal kan senang. Contoh ayat yang boleh digunakan :
" Saya tak boleh nak rapat dengan awak sebab nanti saya ada feeling kat awak "
Takpun,
" Saya takut nak rapat dengan awak sebab
Sekurang-kurangnya aku tau kenapa dia menjauhkan diri. Tapi sekarang nie aku terpinga-pinga. Dia menjauhkan diri, tak mengendahkan aku.
Dan yang pasti... dia berjaya membuatkan aku berasa tersangatlah rendah diri sebab aku fikir, mungkin aku tak cukup menarik untuk dia dekati, mungkin aku tak seindah yang dibayangkan, mungkin aku ada menyakitkan hati dia, mungkin aku buatkan dia takut nak dekat dengan aku lagi, mungkin -
Segalanya mungkin.
Dan segala kemungkinan itulah yang membuatkan aku makin rendah diri, makin rasa tak menarik, makin rasa kecil di mata orang lain.
Hari tu, masa dengar radio, aku terdengar Dr Fadzilah Kamsah kata - " Tak salah merendahkan diri tapi jangan sampai merendah-rendahkan diri "
Tapi sekarang nie aku rasa aku merendah-rendahkan diri. Macam mana aku nak built up keyakinan aku? Tolongggg~
Post a Comment