Nasib baik tak teruk, kalau tak, memang aku lepak balik dalam rumah la. Hehehe. Alasan tak nak pergi kerja memang macam tu =P
Dalam bilik nie, aku suka betul kemas meja Pakya. Lepas tu minta upah daripada dia. Tak ikhlas betul kerja (-__-") Meja dia nie bersepah
Dia suka tengok aku menaip. Katanya laju. Berkat bertapa dalam cc time sekolah dulu la nie. Hehehe.
" Saya menaip lambat sangat. Awak taip untuk saya, nanti saya bagi upah "
Dia hulur buku nota First Responder Paramedic dia. Aku menaip tak sampai tiga hari pun untuk siapkan. Complete.
Kata dia - " Eh, baru je bagi kan? Dah siap dah? "
Tengok orang la sikit. Hummppps... [ bunyi nafas ala-ala beruang keluar dari hidung XD ]
Dah dapat RM10. Alah, bukannya banyakpun tapi dapat juga kan?
Jadi sekarang aku suka kemas meja dia pula. Hari tu dah dapat RM10. Kemas tak sampai lima minit. Kalau aku kemas meja semua orang, aku boleh minta upah tak? (-_-")
Kalau dia bagi upah RM50 tiap-tiap minggu, aku sanggup kemas meja dia, siap kelaskan setiap dokumen yang ada. Serius. Tapi dia pula tak nak. Hahaha.
Aku rindu nak ambil upah menaip. Dulu aku pernah dapat RM250 untuk menaip full assignment orang. Menaip sahaja. Kalau suruh aku mereka ayat, confirm aku charge lagi. Haha. Tapi aku boleh buat dengan cepat lagi kemas. Okey pe.
Aku nak ambil upah menaip la, ada sesiapa nak upah aku tak?
Post a Comment