Write without regret by Devil Inc. at 10:57:00 PM, Sunday, November 29, 2009
Ingat tak aku nak sangat dengan handphone baru? Boleh baca kat sini - sila klik.

Dengan penuh gumbiranya, aku pakai handphone baru. Hari tu, masa hari raya yang aku pergi KL tu, aku survey handphone. Meleleh je tengok Blackberry. Tapi mahal lagi (T___T) Setiapkali aku tanyakan pasal Blackberry, soalan yang aku akan dengar - " You nak pakai lama ke atau you nie jenis suka tukar-tukar handset? " Ini untuk menyatakan sekiranya aku nie jenis yang suka bertukar-tukar handphone, sila jangan pakai Blackberry kerana harga nak tolak balik kat kedai tu tersangatlah rendah. Lebih pakai pakai yang cap Nokia, Sony Ericsson yang mana lebih berbaloi harga bila trade-in.

Aku minat Blackberry sebab dia nampak elegant, nampak hebat la bila pakai. Macam eksekutif gitu. Tapi harga dia pun eksekutif jugak la. Haha. Aku survey model Bold 9k hari tu dah RM1.9k. Perghhhh...~ Kebetulan masa aku survey, handphone Blackberry yang aku target - Bold 9700 dah keluar. Ades...~ Bila tanya harga, nak terbeliak biji mata bila dengar yang jual tu kata harganya RM2.9k. Perghhhhhhh~ Mahal betul~ (T___T)

Nak beli iPhone, lagi la tak mampu. RM3.5k. Haihhhhh (T____T)

Bukan tak mampu, duitnya memang ada tapi kalau duit nak dilaburkan ke situ je, benda lain aku dah tak boleh beli. Hoho.

Bila difikirkan balik, aku rasa Blackberry macam tak berbaloi sebab tak boleh buat video call. Memang seronok tapi entah, rasa tak berbaloi. Tapi rasa nak beli (T____T)

Aku mula mencari handphone lain. E71 choice last dalam kategori handphone keypad QWERTY yang boleh aku beli. Dah pasrah dah sebab tak boleh nak beli Blackberry tu (T__T)

Tup-tup aku disogokkan dengan E72 - version latest. Tiba-tiba rasa berminat. Tiba-tiba. Harga masih dalam kemampuan aku. RM1.3k dengan 4GB memory. Apa lagi yang aku mahukan? Terus order je la. Hehehe.

Tapi aku teringat-ingat kat Blackberry lagi (T___T)

Sehari lepas aku order E72, aku survey lagi kat tempat lain. tup-tup nampak Blackberry Bold 9k second hand RM1k. Hampeh. Tapi ramai yang tak suggest aku beli yang second hand tu sebab takut dari China ke apa ke kat dalamnya. Pasrah je la dengan E72 (T____T)

Dan dengan rasa hebatnya, aku sebenarnya post entry nie dari handphone aku. Kagum betul. Walaupun bersusah payah struggle dengan skrin, dengan keypad [ nak sangat pakai keypad QWERTY kannnn... ambik kau~ ] tapi aku berjaya post dari handphone. Kagumnya (^__^)V

Akhirnya aku berjaya mendapatkan handphone baru walaupunnnn bukan yang diimpikan. Takpelah, takde rezeki lagi. Cuba lagi lain kali (T___T)

P/s : Boleh kira berapa icon (T___T) dalam post kali nie? Nampak tak aku tengah sedih sebab tak boleh nak pakai Blackberry?
(T__________________________________________________________________________T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:27:00 PM,
Sebelum memulakan apa-apa, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.

Okey, mari teruskan pembacaan kamu. Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari raya kali nie akan terpahat dalam otak aku sampai bila-bila sebab aku bekerja hari Jumaat lepas. Huhuhu (T_T)

Memang betul-betul macam perantau. Ada seorang kawan lain department, siap send lagu Dendang Perantau masa hari Khamis lepas. Hantu betul. Nie betul-betul perli nie. Huhuhu. Hari Khamis pun dah sunyi betul, semua orang pakat balik awal.

Pagi raya tu aku bangun pukul 7am. Menung sambil bergolek-golek atas katil. Ambil phone, call mak abah. Berjurai-jurai air mata mak masa cakap tu. Yelah, anak bongsu musyuk sorang nie ha tak balik, mau tak nangis. Sebak dibuatnya. Lama juga bersembang, minta maaf bagai. Perghhhh... rasa macam duduk luar negara pun ada. Huhuhu.

Lepas call, duduk menung tepi katil. Dalam 7.30am buka tv, dengar orang bertakbir. Rasa sunyi je. Dengar surau flat depan tu bertakbir pun rasa jiwa tu kosong. Sedih (T___T)

Aku mandi pun dah pukul 10am. Kalaulah mak ada masa tu, confirm pedih telinga kena bebel. Hahaha. Pukul 10.30am dah gerak pergi tempat kerja. Memang sunyi habis la. Siapa yang ada kerja time macam nie kan. Haihhhh (-_-")

Habis kerja, petang tu aku pergi KL. Nak pergi rumah saudara, bukan takde saudara kat KL tapi aku memang tak rapat, tak kenal dan tak pernah beramah musra dengan diorang. Jadi, melepak di shopping complex dekat KL adalah jalan terakhir aku sebab aku tak mahu mati kebosanan dalam rumah. Bila sampai di KL, perghhhh, memang tak nampak dah orang Melayu ke, Cina ke, India ke. Yang ada Bangla mari, Indon mari, etc. Macam dah kat negara orang, bukan macam kat Malaysia dah. Perghhhh~ O.O

Hari Sabtu, dari pagi sampai ke petang aku kerja. Balik macam aku balik time aku kerja la - dalam pukul 7pm. Dan hari nie pun aku kerja. Straight tiga hari. Letih sungguh.

Aku dah lalok nie, esok nak kerja lagik. Larat ke tak aku nak pergi nie? (-__-")
 
Write without regret by Devil Inc. at 12:37:00 PM, Thursday, November 26, 2009
Hari nie birthday aku. Hari lahir. Bukan hari jadi. Mula-mula tu pernah juga la bertekak kenapa kena sebut hari lahir? Lagu pun Selamat Hari Jadi. Tapi bila difikirkan balik, memang patut hari lahir pun, hari jadi tu sembilan bulan sebelum tu kan? (-_-")

Orang Cina pun suka tambahkan setahun pada umur anak diorang. Ex : Budak tu umur dua tahun tapi pada mak bapanya, budak tu umurnya tiga tahun sebab kata diorang, budak tu dah wujud setahun lepas.

Jadi, kita gunakan terms - Hari Lahir.

Rasa sekejap je masa tu berlalu. Rasanya macam baru semalam terkejar-kejar dengan kawan-kawan sekolah, ponteng sekolah, panjat pagar sekolah. Hehehe. Kawan-kawan dulu pun dah ramai yang kahwin, dah ramai yang menghitung anak. Aku? Belum terbuka pintu hati lagi. Orang kata, belum sampai seru. Kehkehkeh XD

Apa yang aku mahu dalam hidup? Aku cuma mahu kehidupan yang tersusun lagi tenang. Itu sahaja yang aku doakan. Cukup. Noktah.

Aku bukan di tahap umur kanak-kanak lagi [ walaupun fikiran aku yang masih kanak-kanak (-_-") ] - yang mahukan kebendaan, yang mahukan hadiah setiapkali tibanya hari lahir. Kebelakangan nie, aku mula berfikiran rasional. Meminta satu hajat sama yang aku rasa dah hampir tiga tahun aku minta.

Aku cuma mahu kehidupan yang tersusun lagi tenang.

Itu sahaja.

Aku letih dengan hiruk pikuk, aku letih berhadapan dengan manusia-manusia yang tak mengenal erti sabar, aku letih dengan segala kekalutan yang berlaku dalam hidup aku sebelum-sebelum nie.

Tak keterlaluan kan aku meminta untuk menjalani kehidupan sebegitu?

Happy birthday to me~ =D
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:42:00 AM, Tuesday, November 24, 2009
Sekarang nie musim hujan. Kan aku dah mentioned kat post yang lepas. Pagi nie... perghhhhh~ Hujan lebat betul. Tak pasal-pasal lambat. Pastu nak bagi panas hati lagi, boleh pulak kat simpang tu kena simbah air lopak, gara-gara satu kereta tu main laju je. Harammmm...~

Nasib baik tak teruk, kalau tak, memang aku lepak balik dalam rumah la. Hehehe. Alasan tak nak pergi kerja memang macam tu =P

Dalam bilik nie, aku suka betul kemas meja Pakya. Lepas tu minta upah daripada dia. Tak ikhlas betul kerja (-__-") Meja dia nie bersepah sikit banyak. Jadi aku kadang-kadang kalau tengah tak buat apa dan terlebih rajin, aku akan kemas meja dia tu. Lepas tu minta upah lagi. Hahaha.

Dia suka tengok aku menaip. Katanya laju. Berkat bertapa dalam cc time sekolah dulu la nie. Hehehe.

" Saya menaip lambat sangat. Awak taip untuk saya, nanti saya bagi upah "

Dia hulur buku nota First Responder Paramedic dia. Aku menaip tak sampai tiga hari pun untuk siapkan. Complete.

Kata dia - " Eh, baru je bagi kan? Dah siap dah? "

Tengok orang la sikit. Hummppps... [ bunyi nafas ala-ala beruang keluar dari hidung XD ]

Dah dapat RM10. Alah, bukannya banyakpun tapi dapat juga kan?

Jadi sekarang aku suka kemas meja dia pula. Hari tu dah dapat RM10. Kemas tak sampai lima minit. Kalau aku kemas meja semua orang, aku boleh minta upah tak? (-_-")

Kalau dia bagi upah RM50 tiap-tiap minggu, aku sanggup kemas meja dia, siap kelaskan setiap dokumen yang ada. Serius. Tapi dia pula tak nak. Hahaha.

Aku rindu nak ambil upah menaip. Dulu aku pernah dapat RM250 untuk menaip full assignment orang. Menaip sahaja. Kalau suruh aku mereka ayat, confirm aku charge lagi. Haha. Tapi aku boleh buat dengan cepat lagi kemas. Okey pe.

Aku nak ambil upah menaip la, ada sesiapa nak upah aku tak?
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:39:00 PM, Monday, November 23, 2009
Entry kali nie serius. Serius. Jangan gelak la wei~ (T_T)

Aku chubby juga orangnya. Sedaya upaya tak nak mengaku gemuk sebenarnya. Hahaha (-_-") Aku bukan seorang yang ada metabolism tinggi - yang makan apa saja tapi esoknya engkau kurus. Aku sangat membenci orang yang bermetabolism tinggi nie.

Metabolism aku rendah. Jadi, kalau diikutkan secara faktanya, aku tak boleh nak makan banyak sebab kalau over makan sikit, confirm boleh menggebu la badan aku. Tapi aku suka makan. Macam mana tu (T___T)

Standard orang Melayu [ aku tak tau la kalau ada India dengan Cina tu ke ] cakap bila nampak budak-budak makan dengan banyaknya - " Biarlah, budak tengah mau makan. Karang dah tak lalu makan kang susah pula "

Aku rasa semua orang kena didik anak-anak dari awal supaya makan dengan teratur. Tapi kalau semua orang makan teratur, takde la cerita The Biggest Loser ek? (-_-")

Berbalik pada cerita aku. Sistem badan aku nie pelik. Bila time bulan puasa, time semua orang boleh jadi kurus dengan hebatnya, badan aku confirm naik. Tapi bila dah raya, semua orang akan balik ke saiz asal tapi aku boleh turun berat badan. Adakah sistem pemakanan aku masa puasa sangat hebat? Hohoho~

Hari tu aku dah berjaya turun dekat 6kg tapi lepas tu aku pergi kursus. Balik dari kursus tu, selang dalam dua minggu aku pergi kursus lagi. Lepas tu dengan meeting bagai, tau je la makan time meeting macam mana. Aku rasa turun 6kg tu sia-sia je (T__T)

Aku rasa nak diet la. Serius. Nak kurangkan dalam 10kg je. Boleh tak aku masuk Biggest Loser Asia tu? (-___-")
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:32:00 PM,
Mula-mula aku kerja kat sini, bila detector tu berbunyi, aku jadi takut. Yelah, tiba-tiba contaminate. Mau tak takut dibuatnya. Nak-nak bila berbunyi sampai ada lampu merah, pergh... memang menakutkan.

Radioaktif nie dah la tak berbau, takde warna, takde apapun yang boleh menunjukkan adanya radioaktif kat situ.
Tapi lama kelamaan rasa dah biasa dengan keadaan tu. Aku dah tak takut sebab dah tau cara kerja, dah tau kalau contaminate nak buat apa, dah tau apa yang menyebabkan contaminate tu. Kadang-kadang rasa eksen sikit bila detector tu berbunyi dan ada orang lain lalu. Mesti muka orang tu cuak gila. Aku sukakan ekspresi muka tu. Tau takut. Hahaha (-_-")

Tapi sekarang dah lain. Aku dah menyampah sebenarnya bila detector tu berbunyi. Kadang-kadang rasa nak hempuk je pun ada. Menyakitkan hati. Entah apa yang dibuat sampai boleh contaminate walhal tau dah kerjanya macam mana. Geram betul.

Nie, lagi sekali contaminate. Kat koridor utama pula tu. Haih... (-_-")

Aku bosan nak dengar semua orang menuding jari ke team Production, aku bosan nak dengar semua orang menuduh yang bukan-bukan.

Senang cerita la ye, korang je yang buat kerja kitorang nie boleh tak? Anyone?
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:39:00 AM, Sunday, November 22, 2009
Bila orang tu dekat, kita rasa benci tapi bila orang tu jauh, kita rasa rindu.

Kenapa ye?

Aku rasa benci dengan dia sebab dia meminggirkan aku tapi aku rindu kat dia.

Aku takde apa-apa perhubungan dengan dia. Aku tau siapa aku. Aku juga tau siapa dia.

Aku tahu dia menjauhi aku.

Aku juga mahu menjauhkan diri tapi aku sengaja mencari dia, cuba mendekati dia walhal sebelum tu aku nekad tak mahu dekat lagi dengan dia.

Kenapa dengan aku nie? (T___T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:28:00 PM, Saturday, November 21, 2009
Dengan siapa? Bukan yang istimewa pun. Dengan seorang teman.

Aku bukan teman rapat dia, jauh sekali yang selalu bersembang dengan dia. Cuma lately dia rajin bersembang dengan aku.

Aku tengok dia cuma mencari aku bila ada sesuatu atau lebih tepat lagi, apabila dia memerlukan aku. Kalau dah tak perlukan aku, memang aku dipinggirkan.

Sedih (T__T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:25:00 PM,
* YM - singkatan untuk Yahoo Messenger okey?

Aku jarang main YM dulu, lebih kepada mIRC [ sila search sendiri apa maksudnya ya? ]. Tapi lepas sekolah, semua orang main YM dan aku jadikan YM nie sebagai tempat untuk aku berhubung dengan kawan-kawan sekolah dulu. Keep in touch la.

Dulu, aku rajin betul masuk channel Terengganu. Mungkin dipengaruhi oleh ex pakwe aku yang merupakan orang sana kot? Haha. Takdelah. Aku memang suka masuk. Bukan nak sembang pun tapi saja parking nama dalam tu dan tengok apa yang diorang bualkan. Tu je.

Tapi sejak 2006, aku mula slow down dengan YM, cuma lately je aku mula active balik dan senang nak nampak icon aku online.

Aku suka berekspresi dengan status YM aku. Percayalah jika kamu add aku dan tengok aku online setiap hari, status aku akan bertukar sepanjang masa - silap-silap sehari dua kali pun ada. Bagi aku, status YM tu menggambarkan apa yang aku lalui masa tu.

Contoh-contoh poyo :

" Hisyk... time-time macam nie takde pula. Gigit tangan kang~ " - Aku tengah cari orang yang sepatutnya online time tu tapi takde pula. Mau tak geram?

" Aku tau aku tak cantik. Pergi jauh dari aku. Tsk " - Aku kecil hati dengan seseorang. Aku tau dia tak mahu dekat dengan aku.

" Aku nak tukar perfume baru. Any suggestions? " - Nie status aku masa aku nak dapatkan pendapat pasal perfume. Thanx pada yang mencadang.

" Hari nie mood romantik aku sangat bagus. Marilah berkasih sayang dengan aku " - Seriously aku rasa nak beromantika dengan orang masa tu tapi semua takut nak datang dekat sebab ingat aku tak sihat (-_-")

Etc.

Aku tak tahu apa pendapat orang tentang penggunaan status YM tu tapi bagi aku, itulah ekspresi pendek tentang apa yang berlaku di sekeliling aku setiap hari.

Kamu pula macam mana?
 
Write without regret by Devil Inc. at 7:01:00 PM, Friday, November 20, 2009
Aku sebenarnya bukan seorang yang sukakan perfume. Seriously. Aku tak boleh tahan dengan bau perfume. Secara automatik aku akan rasa hidung aku pedih, tekak aku sakit dan aku boleh tiba-tiba bersin. Hidung aku nie cukup sensitif bila orang pakai perfume. Jadi adalah normal untuk tengok aku bersin kalau lalu tepi orang yang pakai perfume. Nak-nak yang bau sengit tu (-_-")

Yang kelakarnya tu, aku boleh bersin kalau aku sendiri yang pakai perfume. Macam mana tu? (-_-")

1st perfume aku? Brand Faconnable. Tak pernah dengar? Cari kat kedai perfume, bukan kaunter perfume ye? Kedai perfume. Bau dia macam vanilla sikit.

Ya, seperti yang dijangka, memang aku akan bersin setiapkali aku sembur perfume tu ke badan sendiri. Huhuhu. Pelik kan?

Start dari Faconnable, aku mula mengumpul perfume botol besar. Next Sarah Jessica Parker [ SJP ] Lovely 100ml. Aku tiba-tiba berminat nak beli lepas aku cium bau tester kat kaunter perfume. Tak teragak-agak aku nak beli 100ml terus. Bau dia memang sedap. Tapi ada lagi tinggal separuh dalam botol tu (-_-")

Aku mula beli Borsalino pour elle, CK Euphoria, DKNY Delicious Night, Benetton Hot [ nie aku dapat free XD ].

Aku sebenarnya tengah mencari bau-bauan baru. Nak tukar selera sebab duit dah banyak sangat tak tau nak buat apa dah jemu dengan bau yang ada tu. Saja nak membazir memang macam tu kan? Hehehe.

Jenuh la pergi survey kat kaunter perfume dan aku rasa aku tau apa yang aku nak beli nanti. Nantikan. Jeng jeng jeng =D
 
Write without regret by Devil Inc. at 3:12:00 PM, Thursday, November 19, 2009
Masuk-masuk je kerja pagi nie, tak rasa lagi. Tapi dah dua jam, dah naik matahari tu, baru la terasa.

Hari nie takde aircond ke? (-_-")

Kalau satu hari takde aircond, mampus. Panas la wei. Huhuhu. Aku lebih rela menggigil-gigil sejuk dari duduk dalam panas. Alahai~

Pukul berapa nak ada aircond balik nie wei. Huwaaa~ (T_________T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 5:58:00 PM, Monday, November 16, 2009
Ada seorang budak dalam team Production update status Facebook dia semalam - " Sab2 ahad kija. kebebasan aku tlh disekat "

Haha. Betul. Sabtu Ahad kena kerja bermakna kebebasan tu tersekat. Orang lain Sabtu Ahad boleh terkinja-kinja nak plan pergi mana, nak buat apa tapi kitorang terpaksa kerja. Memang takkan ada masa untuk terkinja-kinja macam yang lain.

Semalam aku kerja. Hari Ahad. Hujan pula tu. Sekarang kan dah masuk musim hujan. Untuk yang merempit macam aku nie, memang susah la nak merempuh hujan untuk pergi kerja. Kalau hujan petang, boleh juga nak diredah sebab dah confirm balik ke rumah. Basah pun takpe sebab lepas tu boleh mandi kan. Tapi kalau baru nak pergi kerja dah basah kuyup, apa kes. Hehe.

Bukan kata tak sukakan hujan. Hujan tu kan rahmat. Tapi kalau hujan pagi tu menyukarkan sikit untuk orang-orang macam aku nie ha nak pergi kerja. Tak pasal-pasal lewat, dalam punch kad dah kena bagi alasan.

Time sejuk-sejuk macam nie, syok sambung tidur je. Ngantuk la pula (-_-")
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:11:00 PM, Wednesday, November 4, 2009
* Aku menaip live dari Bilik Tanau kat hotel nie - baru lepas makan =D

Kalau pergi ke kursus, tu maknanya makan. Makan je sepanjang hari sampai perut kembung. Hahaha. Overdose makan. Tak sedap pun sumbat juga sebab fikir bila lagi nak makan sehebat tu kalau kat luar. Kehkehkeh =D

Kali nie dah masuk tiga kali dah datang kat sini. Hotel Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Tiga kali. Nak jugak mentioned berapa banyak kali datang ke sini hanya untuk kursus nie walhal dah mentioned dalam post semalam. Hehehe.

Setiapkali kursus mesti ada makan. Memang tak dinafikanlah kan? Kalau kursus setakat dalam Mint tu, makannya apalah sangat. Tambah lagi sekarang dah tukar catering baru, budget pula dah habis dekat-dekat hujung tahun nie menyebabkan setiapkali meeting, kena makan kuih dua jenis dengan air (-_-")

Jadi, bila dah dapat kursus kat luar, nak-nak dekat hotel mewah macam nie, silalah menikmati makanan yang disediakan tanpa sebarang rungutan.

Aku? Ikutkan hati memang nak bertapa lama dalam dining room diorang nie tapi tak boleh pula (-_-") Aku nak cuba juga semua dishes yang ada sebab nanti bila lagi nak makan macam nie. Hahaha. Aku paling suka kalau ada kek coklat atau apa-apa yang berunsur coklat. Sedap. Tapi kali nie, aku tak jumpapun. Maybe sebab kali nie kitorang kursus serentak dengan budak-budak student sekolah antarabangsa, yang sekolah rendah pulak tu, maybe pihak hotel kata tak payah buat yang berunsur coklat sebab nanti confirm bebudak tu berebut nak makan dan tak tinggalkan untuk orang lain (-_-")

Kalaulah tiap-tiap tahun kursus kat tempat macam nie kan bagus...~
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:59:00 AM, Tuesday, November 3, 2009
Di dalam Sasaran Kerja Tahunan [ SKT ], seorang pegawai kerajaan mestilah menghadiri sebarang kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.

7 hari dalam setahun.

7 hari tu bukan masalah untuk department aku sebab kitorang memang ada kursus tertentu yang dirangka setiap tahun. Contohnya tahun lepas, sebulan dua kali kitorang kursus. Setahun dah berapa hari tu?


Tahun nie
pula kitorang merancang adakan kursus kat Awana Genting. Awana Genting tu. Tahun nie pergi tiga sesi, satu sesi 3 hari 2 malam, pergi bulan April, Ogos dan November. Syok~ (^___^)V

Tapi hakikat sebenarnya, aku tak suka pergi kursus - tak kisahlah kursus apa. Aku lebih suka duduk dalam pejabat, chatting YM, check email, surf blog buat kerja. Aku kurang suka mendengar ceramah kat depan sebab aku selalu jadi mengantuk. Bukan sekarang je, dari sekolah lagi. Kalau aku ada masalah tidur, tak boleh nak tidur dua tiga hari, letakkan je aku dalam dewan ceramah tu, confirm dalam masa tak sampai 15 minit aku boleh tidur.

Aku memang takde jodoh dengan ceramah (-__-")

Lagi satu aku tak suka pergi kursus sebab aku kena pack up things sebelum pergi tu. Aku memang tak pandai nak menyusun barang masuk dalam beg. Dan setiap kali aku kemas, beg aku mesti nampak pack walhal barang bukannya banyak. Dulu masa pergi induksi, orang lain bawak satu beg je tapi aku boleh dua walhal barangnya sama je, siap ada yang bawak iron lagi masuk dalam beg tu. Haih (-_-")

Nie esok nak kena pergi kursus lagi. Barang tak kemas lagi. Ada sesiapa volunteer nak kemaskan barang aku tak?
 
Write without regret by Devil Inc. at 1:30:00 PM, Monday, November 2, 2009
Aku rasa orang yang paling menakutkan aku selain abah aku sendiri adalah doktor gigi. Serius. Aku takut nak jumpa doktor gigi. Disebabkan gigi aku tak lawa sangat, jadi aku terpaksa merajinkan diri aku jumpa doktor gigi (-_-")

Aku ingat lagi masa tu aku dalam Darjah 2 atau 3, aku tak ingat yang mana satu. Masa tu aku tengah tunggu Q nak jumpa doktor gigi. Elok je sampai turn aku, dah masuk dan duduk atas bangku dia tu, aku bangun balik dan terus lari keluar. Memang kena kejar la dengan abah (-_-")

Tahap takutnya aku nak jumpa doktor gigi tu sampai aku sanggup ponteng kelas masa sekolah menengah dulu setiap kali doktor gigi datang melawat sekolah. Bila orang tanya aku kat mana, memang automatik aku akan hilang. Aku macam ada sensor - macam tau-tau je doktor gigi nak datang sekolah. Hehehe.

Aku paling ngilu nak dengar bunyi mesin gerudi gigi tu. Pedihhhh je dengar. Huhuhu~

Lagi satu, aku benci doktor gigi sebab sepanjang yang aku tau, sepanjang pengalaman aku, kebanyakan doktor gigi semuanya jenis yang kasar, jenis yang tak reti bahasa pesakit nie sakit gigi.

Tahukah anda fakta yang semua orang persetujui adalah lebih baik kena sakit lain dari sakit gigi? Sakit gigi teruk. Nak tidur tak boleh, dengan berdenyut-denyut lagi. Pergh, tak boleh nak dikenang sungguh.

Jadi, bagi aku doktor gigi tu seharusnya seorang yang lemah lembut. Walaupun banyak patient yang beratur, sila bekerja dengan penuh lemah lembut dan tertib. Sakit gigi nie bukan sakit yang simple, silap-silap boleh terajang orang dibuatnya.

Dan pagi tadi, untuk kesekian kalinya, aku pergi ke klinik gigi - gara-gara tampalan gigi aku tercabut malam semalam. Tak selesa langsung jadi aku decide nak pergi klinik gigi pagi nie. Dan kebiasaannya, aku akan berasa peluh sejuk mengalir. Haih, aku benci doktor gigi (-_-")

Aku dah menunggu dekat 3 jam dan aku cuma masuk dalam tu tak sampai 5 minit. Nak tau apa dia buat? Dia cuma korek tampalan lama dan cakap - " Owh, yang nie kalau nak tampal kena ambil masa lama. Nanti ambil appointment. Tak boleh buat hari nie sebab orang ramai sangat. Saya masuk awak nie dah 30 lebih patient yang datang "

WTF.

Esok aku nak pergi kursus kat Genting dan aku pergi dengan gigi yang berlubang? WTF.

Aku paksa doktor tu untuk tampal. Banyak cekadak dia.

Tu pun tampal macam tak ikhlas. Taruk macam tu je lepas tu terus keluar. Kena bayar RM1 untuk tampalan yang macam lahanat tu dan kena kesat sisa-sisa tampalan putih yang melekat kat bibir aku. Haram.

Setakat letak je plaster dan suruh keluar, aku rasa akupun boleh jadi doktor gigi. Gaji banyak tapi kerja macam tak ikhlas. Kalau merungut pasal patient ramai, itukan kerja kau, kenapa nak merungut. Tak nak menghadap patient, sila berhenti kerja dan duduk di rumah melayan anak. Itupun kalau anak kau tak bersepah macam patient la (-_-")

Seriously, aku benci doktor gigi. Seriously.