Write without regret by Devil Inc. at 3:09:00 PM, Tuesday, January 25, 2011
Sebulan dua ini, aku sangat merajinkan diri untuk tengok siaran televisyen [ BACA : terpaksa merajinkan diri ]. Astru dah naik enam peratus cukai kerajaan, jadi adalah tersangat-sangat-sangat rugi kalau aku tak tengok. Dan sejak akhir-akhir ini, aku tersangat rajin melayan cerita drama bersiri Hong Kong dan Taiwan. Haha :P

Aku sudah layan cerita ini -

* Gloomy Salad Days - siaran SHX


Cerita ini -

* Make Your Move - AOD


Ini -

* The Gifts - SHX


Ini -


* Gun Metal Grey - AOD

Ini -

* Links To Temptation - AOD


Dan sekarang aku tengah layan cerita ini -

* Wu Yen - siaran SHX 324


Ini -

* 7 Days In Life - AOD 901 - 907



* Who's The Hero - AOD 921 - 930
P/s : Cheung Chi Lam sangat hebat dalam cerita ini :')



Sinopsis cerita Who's The Hero :

上世紀70年代,澳門,某一個多事的夜晚。賭檯上,天才橫溢的職業賭徒王道以奇幻本領,勝出漂亮一仗,可惜不到一刻鐘後,他便面對了家破人亡,從此妻離子散…。

夜半街頭,十七歲的沈鳳鳴正處窮途末路,上天忽然賜予機會,當全澳門最顯赫人物的豪華轎車正徐徐在她身邊停低,她的命運亦從此改寫…。

一個牙牙學語的嬰兒,被興奮熱烈的喧嘩聲所吸引,從陰暗的角落中,他一直在爬行,終於爬進了一個五光十色的賭場之內,這是他第一次未成年踏足賭場。這名不速之客終於被一名荷官符小波(波叔)所發現,因為波叔與太太李秋霞多年來一直未有所出,能夠遇上這個被遺棄的嬰孩,就如上天賜給他們的黃金珠寶,所以他們決定將他收養為兒子,取名符金寶,因為是「拾」回來的「仔」,所以亦叫十仔。在波叔懷中的十仔聽著骰子的轉動聲、輪盤上鐵珠的滾動聲、賭客的歡呼聲,他不禁著迷地笑。想不到擁有這個天真瀾漫笑容的主人,將來竟會成為賭壇新的一代王者!

童年的十仔,每天最期待的就是跟隨波叔往賭場上班,因為他覺得賭場就像遊樂場,每次都會偷偷躲在賭檯下,視賭搏如遊戲。因為波叔見過太多亡命賭徒的慘淡收場,深怕十仔他朝有日也會失控地沉淪賭海,於是不惜辭掉賭場的職位,與妻子接手了一間專門售賣肉乾、蛋卷等等的手信店子,希望十仔可以從此遠離賭搏的世界。但想不到,因此讓十仔認識了一個將會影響他一生的女孩童花順。

花順的父母本來是這間手信店的經營者,但因好賭欠下賭債,被迫將店子賣給波叔還錢,之後還留在店裡當上員工。因為這個緣份,兩小無猜的十仔與花順經常一起玩樂漸成好友,長大後更順理成章成為情侶。因為波叔的教晦聽得多了,十仔愛賭的天性,早已消失得無影無蹤,長大後的他腳踏實地在海關部門工作,更視賭搏為一種惡習,經常不厭其煩地勸勉別人戒賭,花順的爛賭父母尤其聽得最多。不愛賭的性格令他與花順的發展穩定,差不多到了談婚論嫁的地步。家庭、工作、愛情都平穩的十仔,認為這樣的人生已經是最美滿。不料一天,因受花順所托去尋回父母而再次踏足賭場,就這一次令他的人生起了重大的改變。

十仔步進賭場的一剎那,身體的所有細胞都像突然地興奮起來,他仿如小孩重返遊樂場般,不論贏輸,每局都是那麼精彩的。憑著他天賦對賭的聰穎,往往在賭桌上也有斬獲,這更令十仔完全沉醉在賭的世界之中,雖然他明知波叔與花順會反對,但卻抵擋不住誘惑,每天在大小賭場中樂而忘返,一步步墮進賭搏的深淵。最後,終於被花順發現了行蹤。絕不會愛上賭徒的花順要十仔作出抉擇,結果,不想失去花順的十仔承諾從此戒賭,花順亦因此答應與十仔結婚。

但在婚禮前夕,心癢癢的十仔終於按捺不住,決定往賭場作最後之旅,忘我的賭得天昏地暗,就連遇上了江湖老千老九也沒有察覺。他的錢一直輸下去,本來打算與花順用來建築愛巢的錢亦輸掉也在所不計,因他認為有賭未為輸。已穿上婚紗在等候出嫁的花順,發現新郎竟然在賭場,失望的她只好趕去想把十仔拉回來,這刻已輸得一幹二淨的十仔終於拿著一手必勝的牌!可恨賭本不足,但當老九提出可將花順作抵押時,十仔竟一口答應,結果他被騙了,這一局他將最深愛的女人也輸掉了!

為了贖回花順,十仔如瘋了般四出籌錢,連手信店的屋契也抵押了,也沒法償還賭債,結果只能眼白白看著花順被老九帶走!在萬念俱灰之下唯有以死作解脫。站在濠江大橋上,正想跳下的一刻,一個同樣站在橋頭準備跳河自盡的人出現,這人叫姜華,又名尖頭。兩人可算同病相憐,都在賭桌上把一切輸掉。就在他們感到生無可戀的時候,地上滾來一個閃閃亮的籌碼。雖然這個一百元籌碼並沒有為十仔與尖頭贏回一切,但卻引領著十仔再次踏足賭場,更機緣之下認識了一位千術高手,亦是一個老千集團的首腦佘耀中,又名幫主。

在幫主身邊,十仔體會到所有賭局其實只不過是一場場騙人的千局,他這才明白當日也是糊塗地墮入老九的騙局才會失去最寶貴的女人。以為與花順從此陰陽相隔的十仔,忽然收到消息,原來花順被一個男人救了,他就是濠江賭場王國大亨的兒子雷傑克!十仔不惜任何代價一定要接走花順,但傑克卻刻意刁難,要求與十仔在賭桌上較技。為了花順,十仔無奈接受挑戰。憑著幫主指導的一招千術,他佔盡上風,亦早已贏夠了贖回花順的錢,但意氣風發的他在好勝心驅使下,不願收手,最後一局中,傑克又再提出以花順作賭注,十仔望著手上必勝的牌,沒有受到教訓的他仍然堅信自己不會輸,還是一而再拿花順作賭注,結果他又再輸了!今次,就連花順的心也傷透了,二人的關係正式決裂!

情場失意的十仔卻沒有灰心,因他認為傑克的賭局只要仍然生效,他就有機會在賭桌上把花順贏回來。在這個動力的推使下,十仔開始積極地跟隨幫主學習千術,並與尖頭及幫主的養女袁菲一起在賭壇中打滾。對於第一次真正接觸的賭術世界,十仔只感大開眼界。因為他本身擁有的賭術天份,很快便能盡得幫主的真傳,而他第一個要贏的人就是當日騙他的老九。十仔的賭術今非昔比,老九所使用的千術或騙局,在他眼中就如小朋友的魔術表演,只是略施小技便將老九徹底打敗了。他為自己與花順報仇之後,與尖頭繼續合作,贏盡了許多大大小小的賭場,十仔再加尖頭,這個組合更被外間稱為「Blackjack組合」!

充滿雄心壯志的十仔,以為自己賭術已到達超凡入聖的境界,為公為私,竟往挑戰濠江最大的賭場,即是傑克的賭場。他一方面為了揚名,一方面以為贏了傑克就等於贏回花順的芳心,可是,貪勝不知輸的他不但報仇不成,反被道高一尺的傑克使計,利用花順與他對賭,最後還揭破了十仔出千的技倆,令他從此絕跡賭場。深受打擊的十仔在賭界的地位跌至谷底,以為從此再沒有翻身機會之際,卻意外地得到傑克的後母沈鳳鳴的賞識。因為傑克的父親突然病逝,賭城的產權頓時成為傑克與沈鳳鳴之爭。鳳鳴正急需人才,當她見過十仔的超凡賭術後,便決定邀請他在賭廳中負責捉拿出千的賭客,為賭場往大陸收取爛賬等等,十仔因此得到翻身的機會。

當十仔全心全意投入工作的時候,已離開他多年的父親王道忽然出現。經過多年來的牢獄洗禮,王道現只打算每天以養狗為樂,安享晚年。但十仔對這個鉛華盡洗的父親卻又愛又恨,既嚮往著他叱吒賭壇的傳奇往事,卻又不能原諒他拋棄自己的事。不過,父子情始終血濃於水,雖然養父母對王道的為人依然有所保留,但十仔也嘗試讓時間去重建這段父子關係。在鳳鳴的全力提攜下,十仔事業一帆風順,更初次成為賭廳的話事人,但正努力衝刺的他,卻無意間忽略了一直與他並肩作戰的尖頭生活出現了問題。而感情方面,雖然得到曾經共赴患難的袁菲所傾慕,但心裏始終向著花順而略有所失。

十仔對花順鍥而不捨的苦苦追求下,花順終於被感動,回心轉意答應與十仔結婚。而十仔也甘願放棄現在擁有的名利,退出賭壇,與花順過回簡單樸實的生活。但在婚禮前夕,袁菲出了意外,為了營救袁菲,十仔無奈地又再一次令穿上婚紗的花順失望而回。二人的波折並未因此完結,適逢賭場的爭鬥進入白熱化,濠江的賭權開放,引來許多外國賭場經營者的虎視眈眈,而其中一位投資者更十分欣賞十仔的才能,只希望與十仔及鳳鳴合作。十仔知道這是個難得的機會,加上鳳鳴、袁菲及父親王道推波助瀾之下,終於答應繼續留在賭壇中發展,但這個決定令他與花順的感情再次起了變化。

十仔不負所託,在賭權爭奪戰中發展順利,但身邊的花順覺得與他的距離越拉越遠,為了不想成為十仔的負累,黯然地離開,傷心失落的十仔只好寄情工作,終於一手建立了自己的賭場「金寶賭場」,而這個新賭場對傑克的賭場王國造成了前所未有的威脅。本來已視傑克為大敵的十仔,更因花順與傑克越走越近,心生妒忌。為了打敗傑克,在王道的慫恿下,變得更加心狠手辣,並向傑克提出挑釁,終於勝了傑克的一切。

除去了死敵傑克後,十仔的雄心仍未罷休,在王道的唆擺下,竟覺得一手提拔他的鳳鳴是個障礙,而且終於知道當年殺害生母的兇手就是鳳鳴!為報殺母之仇,要跟鳳鳴賭上一場,怎料鳳鳴竟找來尖頭與自己對賭!已經變成六親不認的十仔不但把鳳鳴的一切贏到手,還狠狠地將尖頭出老千的手法揭破,但他卻想不到這樣竟令尖頭走上絕路自殺了!摯友的死終於令他清醒過來,當以為自己已成為王者時,卻原來真正的王者是他的父親王道。王道與他建立的所謂父子情,也只是利用他的手段,現在王道將賭場壟斷了,十仔終於知錯已太遲,一切已沒法挽回。

眾叛親離的十仔雖有袁菲在身邊支持,但最想的人卻是花順,後悔當天沒聽花順的勸喻。本來早已放棄了十仔的花順,因不忍看著他繼續頹喪下去,再與他見面,並帶他去見傑克及鳳鳴。當知道鳳鳴被王道毀了容,傑克因為當天的失敗導致精神分裂,更感懊悔。於是重新振作苦練賭術,在賭王大賽中公然挑戰王道,最後利用傑克以為可穩操勝券之際,怎料王道竟挾持花順的性命作賭注。今次是為正義而戰,花順甘心成為十仔的賭注。得到花順的支持,成功將王道打敗,成為真正的王者!但可惜,王道卻不肯將花順的藏身地點告訴十仔,花順的性命正危在旦夕,十仔可否將花順救出險境,有情人終成眷屬?

* Fikir sendiri macam mana kamu hendak baca dan faham :P

Cerita Who's The Hero berkisar tentang kisah perjudian. Aku yang tak tahu nak main solitaire dalam komputer, memang susah nak faham apa yang mereka main, apa jenis daun terup, dll. (T____T)

* Rasanya kalau aku faham tentang permainan daun terup, cerita ini lagi seronok untuk ditonton (T___T)

Tolak ketepi drama bersiri Korea, Jepun, Melayu, Hindi, dll. Melayan drama bersiri Hong Kong dan Taiwan dengan penuh perasaan sekarang ini.

Owh, aku ada lagu-lagu setiap cerita yang aku katakan itu di dalam memori telefon bimbit aku. Hehe :P

Haih, kena cari masa untuk tengok balik cerita Korea, Jepun, dll. tu. Hadhoi~ (*_____*)
 
Write without regret by Devil Inc. at 2:29:00 PM, Wednesday, January 19, 2011
Chez, apa punya tag da. Tapi gatal juga mahu jawab. Hehe XD



* Ini pandangan jauh



* Ini pandangan dekat :D


P/s : Nak tag Zie dengan Anoi la. Sila tunjuk meja kerja anda. Haha XD
 
Write without regret by Devil Inc. at 11:18:00 AM,
*Sigh*

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, aku rasa malas nak pegang telefon bimbit aku. Akibatnya, aku letakkan di merata-rata tempat, kadang-kadang ditutup bila-bila masa aku suka. Rasa rimas mengelek telefon bimbit ke mana saja.


Dulu, beberapa tahun yang lepas, perasaan ini juga ada dan menyebabkan aku menyepikan diri selama hampir setahun lebih tanpa telefon bimbit.

Dan sejak akhir-akhir ini, terasa nak buat begitu kembali.

 
Write without regret by Devil Inc. at 2:23:00 PM, Tuesday, January 18, 2011

Pernah dengar ayat ini?

" Kerana duit, kawan jadi lawan,
Kerana duit, lawan jadi kawan "

Kerana duit.

Duit. Siapa yang tak mahukan duit? Aku, kamu, semua orang. Aku selalu kata kepada teman aku - " Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit "

Kerana duit, adik beradik boleh berparang berkapak. Kerana duit, saudara mara boleh berpecah belah.

Betapa besarnya nilai duit.

Ceritanya seorang teman kepada aku :

" Baru-baru ini, aku bertemu teman lama. Lama sudah tak bertemu, mungkin menjangkau hampir sepuluh tahun lamanya. Pertemuan pertama, berlangsung dengan baik. Betapa bangga aku dengar dia sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Perbualan berlangsung sekitar kenangan lama. Indah semuanya.

Pertemuan kedua juga begitu. Masih berkitar tentang kenangan lama, perkembangan terkini.

Tapi kali ketiga, tak jadi bertemu disebabkan percanggahan jadual kerja. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki untuk kami berjumpa walaupun aku sedikit terkilan sebab dia beritahu betul-betul masa aku tengah menunggu dia. Kalau dia beritahu awal sedikit, mungkin aku tak terasa begitu.

Selepas dari itu, aku lihat dia makin menjauhkan diri. Panggilan aku tak dijawab, sms aku juga tak dibalas walhal sebelum itu, dia rajin sangat sms aku.

Aku mula tertanya-tanya mengapa dia berkelakuan begitu. Gerak hati kecil aku berbisik - mungkin disebabkan duit.

Ya, mungkin.

Sebab sebelum kali ketiga bertemu, aku meminta tolong kepada dia berkenaan duit disebabkan aku ada hal kecemasan yang perlu diuruskan secepat mungkin dan orang yang terlintas di fikiran aku adalah dia. Alhamdulillah aku dapat uruskan kesemua itu sebelum dapat duit daripada dia dan aku berura-ura nak memberitahu dia berkenaan perkara tersebut - yang aku tak memerlukan duit dia. Tapi semasa aku nak hubungi dia untuk memberitahu perkara berkenaan, dia mula bereaksi dingin.

Dan apa yang terlintas di fikiran aku, cuma satu - dia menjauhi aku disebabkan duit.

Teman,
Aku cuma mahu kamu tahu aku tak berniat untuk mempergunakan kamu,
Aku cuma mahu kamu tahu aku ikhlas berkawan dengan kamu,
Aku cuma mahu kamu tahu aku tak mendekati kamu disebabkan kamu sudah berjaya sekarang,
Aku cuma mahu kamu tahu aku bangga dengan kejayaan kamu itu,
Aku cuma mahu kamu tahu aku takkan minta tolong kepada kamu lagi - walau sebesar zarah sekalipun,
Aku cuma mahu kamu tahu aku mahu jadi teman kamu selamanya - SELAMANYA,
Aku cuma mahu kamu tahu semua itu.

Aku tahu ramai yang mempergunakan kamu tapi dalam ramai itu, bukan aku. Kamu kena faham perkara yang satu ini.

Maaf kalau aku menyinggung kamu tapi kesenangan kamu itu langsung tak menarik perhatian aku untuk terus berkawan dengan kamu. Maaf kalau itu yang terlintas di fikiran kamu.

Aku kawan kamu sebab KAMU, bukan disebabkan perkara lain.

Itu yang kamu kena faham betul-betul. "


P/s : Kadang-kadang membuatkan aku terfikir - Duit boleh membuatkan dunia ini jadi huru hara (*___*)

* Dikemaskini pada dua puluh enam hari bulan Januari, pukul lima dua puluh lima petang
 
Write without regret by Devil Inc. at 4:23:00 PM, Tuesday, January 11, 2011
Kalaulah baki akaun aku macam ini, alangkah bahagianya hidup.

Kalaulah...~ (T____T)
 
Write without regret by Devil Inc. at 8:45:00 AM,

Baru tersedar yang aku sebenarnya terlupa nak betulkan semula aturan keizinan [ BACA : permission setting ]. Aku tutup sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan blog. Ewah ayat :P

Baru tersedar sebab ada yang bertanya kenapa aku tak bagi baca blog. Haha. Okey, maaf.

Sekarang kamu boleh baca semula. Maaf ya?
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:37:00 AM, Monday, January 10, 2011
Owh, kena tag lagi. Okey, tag kali ini :

" Mari mengenali tentang orang lain lebih dekat. Ceritakan 20 perkara tentang diri kamu yang orang lain tak tahu "

Dua puluh? Banyak tu (O_______O) Okey, aku cuba jawab sebanyak yang mampu sahajalah ya? :)

1. Boleh menghabiskan masa begitu lama menonton tv
- Setakat ini, rekod paling lama adalah seminggu berturut-turut. Berturut-turut itu bermakna aku cuma akan berhenti untuk sembahyang, tidur dan pergi ambil nasi dekat dapur. Haha :D

2. Boleh menghabiskan masa begitu lama dengan main permainan dalam talian [ BACA : game online ]
- Kejadian tersebut berlaku pada beberapa tahun yang lepas, semasa permainan dalam talian adalah sesuatu yang baru dan menarik. Rekod paling lama aku capai [ Chez... macam nak masuk Rekod Dunia pula :P ] adalah tiga hari berturut-turut dan berturut-turut dalam kes ini pula adalah cuma berhenti untuk ambil nasi dekat dapur je. Tak tidur tiga hari = tujuh puluh enam jam. Hehe :D

3. Tak minum air yang berunsurkan teh, kopi dan nescafe
- Ini adalah satu fakta yang rasanya tak adalah hebat sangat bagi orang yang rapat dengan aku. Entah, akupun tak tahu kenapa aku tak minum dah air-air tu walhal masa kecil dulu, masa pergi melepak dengan abah di kedai mamak, minum je air teh tarik. Tapi sekarang dah tak minum dah.

4. Akan rasa pening [ BACA : macam berdengung-dengung ] dalam kepala bila pertama kali berada di tempat baru
- Pelik tapi itulah yang aku rasa. Cuma pada kali yang pertama sahaja. Diulangi - sahaja. Mungkin sebab sistem badan nak menyesuaikan diri dengan tempat baru kot?

5. Sukakan sesuatu secara bermusim
- Ini selalunya merujuk kepada makanan.

Contohnya, kalau aku dah teringin nak makan kangkung, aku boleh makan masakan berunsurkan kangkung tu berterusan selama seminggu lebih tapi bila dah sampai tahap jemu, kebarangkalian untuk aku makan kangkung tu dalam masa terdekat memang payah. Setahun pun susah. Haha :D

6. Takkan makan sebelum mandi
- Kebiasaan yang mak dah sedia maklum

7. Mesti mandi lepas balik dari luar
- Ini habit aku dari sekolah lagi. Kalau keluar ke mana-mana, balik tu mesti mandi. Tak kisah la aku balik tu dah tengah malam, aku akan pastikan aku mandi lepas balik tu. Yang kronik, keluar dari rumah [ bukan la setakat depan rumah tu, maksudnya keluar dari rumah - pergi berjalan ke mana-mana ] walaupun cuma setengah jam, balik tu aku mesti mandi juga. Aish... (-____-")

8. Sangat suka menggunakan ikon emosi masa menaip sistem pesanan ringkas [ BACA : sms ], chatting, blog, dll.
- Rasanya kamu boleh nampak aku selalu gunakan ikon-ikon macam :) :( (T___T) XD /:)

9. Bilangan sms lebih banyak dari panggilan suara
- Purata bilangan sms aku sebulan adalah tiga hingga empat ribu. Gila kan? (*___*)

10. Dengar lagu bila marah
- Menurut pakar terapi khas aku, katanya aku jenis orang yang menenangkan perasaaan dengan muzik. Yaaa... bila aku tertekan atau marah, kamu akan tengok aku pakai earphone ke hulu ke hilir seharian dengan lagu-lagu yang membingitkan telinga. Boleh sangatlah nak layan lagu P.O.D. ke, Linkin Park ke. Kehkehkeh :D

11. Seorang yang banyak tenaga
- Aku dikategorikan sebagai seorang yang ada banyakkkkk tenaga oleh teman-teman. Manakan tidak. Balik dari kampung, sampai di sini sudah pukul sepuluh malam tapi aku boleh lagi ligat mengemas rumah sampai ke tengah malam, boleh lagi layan tv. Dan selalunya aku tak ada masalah untuk bangun seawal enam pagi walaupun aku baru je tidur dalam pukul empat pagi.

12. Bukan kaki tidur
- Masa aku sekolah rendah dulu, mak tak menggalakkan aku tidur petang dengan alasan :

" Nanti otak lembab "

Jadi, kebanyakan masa tu, aku habiskan dengan baca buku dan tengok tv. Kesannya, aku sekarang bukan kaki tidur petang. Jarang sangat-sangat-sangat nak tengok aku tidur petang. Yang membolehkan aku tidur petang hanya dua sebab - hujan atau kebosanan yang teramat sangat :D

13. Gabungan makanan yang pelik-pelik
- Aku makan Pringles dengan sos cili, makan nasi berkuah kari dan tambah kicap. Haha :D

14. Baju dan hujan
- Owh, aku ada satu habit pelik. Aku takkan pakai balik baju yang dah terkena hujan.

Contohnya, aku basah sedikit akibat terkena hujan rintik-rintik semasa hendak balik ke rumah. Kebanyakan orang akan menyidai balik pakaian, terutamanya seluar jeans untuk dipakai semula. Tapi aku tak. Selalunya aku akan basuh kesemuanya. Bukan basuh keesokan harinya tapi masa tu juga (-___-") Aku beranggapan baju aku dah kotor terkena air hujan. Huhu (-___-")

Kata pensyarah aku dulu, itu symptom Obsessive Compulsive Disorder [ OCD ]. Menakutkan (T___T)

15. Sendawa
- Hahaha. Aku seorang yang sangat-sangat-sangat susah nak sendawa walaupun sudah makan dengan banyaknya. Haha :P

16. Pandangan bersudut tak lebih daripada seratus lapan puluh darjah
- Ketahuilah bahawa mata aku cuma berskala kurang dari sembilan puluh darjah sahaja. Diulangi - SAHAJA. Dan selalunya mata aku cuma akan memandang ke hadapan, tak melilau kiri kanan di mana situasi tersebut membuatkan aku takkan perasankan kamu yang berada berdekatan.

Tak faham?

Contohnya semasa aku bawa motor, aku takkan perasankan kamu yang berada di jalan sebelah, jalan bertentangan kerana mata aku cuma memandang apa yang di hadapan aku sahaja. Jadi, adalah tidak pelik jika aku tidak perasankan kamu.

Selalunya teman-teman akan berkata - " Eh, kau tak perasankan kami tadi ke? Kami berhenti sebelah kau, jenuh ketuk cermin kereta, kau tak perasan juga "

Maaf (T___T)

Maaf sebab pandangan aku terhad. Huhu~

17. Jenama dan kesetiaan terhadap jenama [ BACA : brand and loyalty brand ]
- Aku sangat percayakan jenama sesuatu barangan sebab aku fikir, kalau ada jenama, tentu ada kualiti dan ada sesetengah barangan yang aku guna, memang aku sangat setia menggunakannya dari dulu.

Contohnya Colgate untuk ubat gigi, Kicap Cap Tamin [ aku tak boleh makan kicap cap lain (T__T) ], Oral B untuk berus gigi, Johnson's untuk losyen dan baru-baru ini Windsir untuk cadar :D

18. Air Ribena dan sandwich
- Dua benda yang aku akan teramat inginkan bila aku demam. Masa demam sahaja. Mengada-ngada :P

19. Barangan perempuan
- Owh, aku memang tak banyak barangan perempuan macam beg tangan, beg duit, kasut tumit tinggi.

Beg tangan yang aku ada cuma satu je. Itupun setelah dipaksa beli oleh budak rumah lama dulu. Nampak macam dalam keadaan yang teruk je bila kali terakhir aku keluarkan dari almari. Haha.

Kasut perempuan? Aku pernah beli masa mula-mula sebelum kerja di sini. Selepas kerja, ada juga beli tapi dua tiga bulan lepas belek balik, semua dah hancur. Yang tinggal cuma satu je (T__T) Dan aku telah membeli sepasang kasut Playboy semata-mata untuk pergi majlis kahwin pegawai aku bulan November lepas. Itu sekali sajalah aku pakai. Lepas itu dah tak ada - simpan cantik dalam almari kasut. Haha :P

20. Bersila semasa makan
- Habit aku paling buruk rasanya. Aku selesa bersila semasa makan walaupun sebenarnya aku duduk di atas kerusi.



Okey, dah habis jawab dah. Adhoi~ Letih aku nak fikir satu per satu. Hehe :D


P/s : Ha, siapa rajin nak jawab tag ini? D? Zie? Anoi? Jawab sekarang :P
 
Write without regret by Devil Inc. at 10:36:00 AM,
Aiceh, tajuk entri macam apa je. Tak boleh blah langsung. Hehe.

Ya, bercerita tentang semalam. Dari hari Sabtu aku dah dalam dilema bila mula sedar malam hari Ahad ada satu perlawanan dan satu pertandingan lagu yang aku kena tengok.

* Perlawanan Manchaster United dengan Liverpool

* Anugerah Juara Lagu ke dua puluh lima

Dilema yang mengalahkan nak jawab soalan SPM. Haha :P

Jadi, pagi-pagi buta hari Ahad semalam, aku godek tv lama aku. Cari balik arial dalam laci. Tv tu aku selalu tengok dvd je, dah tak tengok siaran tv biasa disebabkan siaran tak elok kalau pakai arial biasa.

Godek punya godek, akhirnya berjaya mendapatkan siaran Tv3. Kira habis jelas la siaran masa tu.

Dalam kepala fikir yang malam nanti, tv dekat ruang tamu boleh pasang perlawanan bola MU dengan Liverpool dan tv dalam bilik boleh layan AJL. Haha.

Boleh kamu bayangkan bagaimana keadaan dalam rumah aku malam semalam? :P

P/s : Kira dah nasib baik sangatlah jiran sebelah tak ketuk pintu suruh perlahankan paras suara tv yang dah berdentum-dentum semalam. Jerit-jerit sebab detik-detik cemas perlawanan bola, ditambah pula jerit-jerit masa Faizal Tahir menyanyi :D

* Jerit macam mana pun, akhirnya perempuan ini juga yang menang (-____-")
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:49:00 AM,
Okey, kebelakangan ini dah makin kerap teman-teman membebel betapa susahnya nak membaca blog aku disebabkan latar belakang yang berwarna gelap. Heh. Sengaja buat gelap-gelap, nanti orang tak berminat nak baca.

Macam aku kata mula-mula dulu :

" Hidup aku tak semenarik orang lain, tak seindah si polan, tak seseronok si dia tapi masih punya nilai cerita yang boleh dikongsikan. Story value. "

Tapi itulah kan, sejak akhir-akhir ini, teman-teman dah sibuk suruh tukar latar belakang yang lebih menyenangkan mata mereka untuk membaca.

Jadi, inilah dia. Semoga mata kamu, kamu dan kamu tak sakit lagi bila membaca.


P/s : Aku pula yang jadi sakit mata sebab tekun membelek script dari pukul lapan setengah pagi sampai sebelas setengah tadi. Pergh, ketekunan ini untuk kamu, kamu dan kamu. Hehe :)

P/s/s : Aku cuba perbaiki segala entri aku selepas ini :)

P/s/s : Ya, aku tahu ada dua kotak komen di bawah dan aku cuba perbaikinya. Huhu~
 
Write without regret by Devil Inc. at 9:45:00 AM, Monday, January 3, 2011
Hey, dah masuk tahun baru rupanya. Tak sempat nak tulis apa-apa masa tahun baru walaupun ada di tempat kerja disebabkan masalah talian [ BACA : network ]. Hari bercuti, mana ada orang IT nak datang. Jadi, pagi nie baru diselesaikan segala masalah dan disebabkan itulah entri nie baru ditaip :)

Selamat Tahun Baru 2011. Beranjak setahun lagi. Azam tahun lepas kamu dah tercapai ke? Aku? Azam aku tahun lepas adalah di sini.

Seperti yang kamu baca, aku tak azamkan apa-apa tahun lepas. Aku cuma nak stabilkan hidup. Tak mahu apa-apa lagi.

Sepanjang tahun lepas, kalau dilihat kembali perjalanannya sepanjang tahun, rasanya hidup aku lagi banyak huru hara dari stabil (T___T) Dah banyak yang jadi tahun lepas, yang terlalu banyak merubah hidup aku.

Rasanya perkara yang paling besar adalah pemergian abah :'( Aku masih dalam proses mencantumkan kembali semangat yang bertaburan.

Dan tahun nie, aku agak kelu. Tak punya azam baru, malah detik tahun baru pada tengah malam tu pun aku dah tertidur gara-gara demam. Dan hari cuti dari hari Jumaat, selain dihabiskan di tempat kerja, aku cuma berbaringan di sofa sambil tengok tv.

Cuti lama pun bosan juga.

Dan hari nie, hari pertama persekolahan.



Tiba-tiba rasa - rindunya nak pergi sekolah :'(

Sekolah adalah tempat yang paling seronok untuk aku. Untuk kamu tu aku tak tahulah. Sekolah tempat aku untuk berseronok. Seronok ponteng, panjat pagar, bergosip belajar. Kehkehkeh :D

Walaupun dikejar dengan pengawas, dimarah chekgu, penat nak memanjat tangga ke blok atas sana, kadang-kadang diserang sindrom malas nak belajar, tapi sekolah tu tetap tempat yang seronok untuk aku.

Aku berani bertaruh, semua orang rindukan zaman persekolahan mereka. Fikiran keanak-anakan yang polos, ringkas dan tak terbeban dengan segala masalah yang ada.

Aku rindu nak panjat pagar lagi pakai baju sekolah, keluar dari rumah awal pagi, melepak-lepak tepi bilik komputer sambil tunggu perhimpunan pagi, keriuhan dalam kelas, berlari-lari dekat tangga dari blok atas ke bawah, duduk makan dalam makmal, sembang-sembang di kantin, bising-bising dalam Pusat Sumber sampai Pengawas Pusat Sumber dah menjeling-jeling macam nak ambil teman lelaki dia, dll.

Rindu betul.

Jadi, kepada adik-adik yang bersekolah hari nie, selamat bersekolah balik ya? Kalau bosan, sila panjat pagar sekolah dengan hebatnya ya? :D