Write without regret by Devil Inc. at 2:23:00 PM, Tuesday, January 18, 2011

Pernah dengar ayat ini?

" Kerana duit, kawan jadi lawan,
Kerana duit, lawan jadi kawan "

Kerana duit.

Duit. Siapa yang tak mahukan duit? Aku, kamu, semua orang. Aku selalu kata kepada teman aku - " Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit "

Kerana duit, adik beradik boleh berparang berkapak. Kerana duit, saudara mara boleh berpecah belah.

Betapa besarnya nilai duit.

Ceritanya seorang teman kepada aku :

" Baru-baru ini, aku bertemu teman lama. Lama sudah tak bertemu, mungkin menjangkau hampir sepuluh tahun lamanya. Pertemuan pertama, berlangsung dengan baik. Betapa bangga aku dengar dia sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Perbualan berlangsung sekitar kenangan lama. Indah semuanya.

Pertemuan kedua juga begitu. Masih berkitar tentang kenangan lama, perkembangan terkini.

Tapi kali ketiga, tak jadi bertemu disebabkan percanggahan jadual kerja. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki untuk kami berjumpa walaupun aku sedikit terkilan sebab dia beritahu betul-betul masa aku tengah menunggu dia. Kalau dia beritahu awal sedikit, mungkin aku tak terasa begitu.

Selepas dari itu, aku lihat dia makin menjauhkan diri. Panggilan aku tak dijawab, sms aku juga tak dibalas walhal sebelum itu, dia rajin sangat sms aku.

Aku mula tertanya-tanya mengapa dia berkelakuan begitu. Gerak hati kecil aku berbisik - mungkin disebabkan duit.

Ya, mungkin.

Sebab sebelum kali ketiga bertemu, aku meminta tolong kepada dia berkenaan duit disebabkan aku ada hal kecemasan yang perlu diuruskan secepat mungkin dan orang yang terlintas di fikiran aku adalah dia. Alhamdulillah aku dapat uruskan kesemua itu sebelum dapat duit daripada dia dan aku berura-ura nak memberitahu dia berkenaan perkara tersebut - yang aku tak memerlukan duit dia. Tapi semasa aku nak hubungi dia untuk memberitahu perkara berkenaan, dia mula bereaksi dingin.

Dan apa yang terlintas di fikiran aku, cuma satu - dia menjauhi aku disebabkan duit.

Teman,
Aku cuma mahu kamu tahu aku tak berniat untuk mempergunakan kamu,
Aku cuma mahu kamu tahu aku ikhlas berkawan dengan kamu,
Aku cuma mahu kamu tahu aku tak mendekati kamu disebabkan kamu sudah berjaya sekarang,
Aku cuma mahu kamu tahu aku bangga dengan kejayaan kamu itu,
Aku cuma mahu kamu tahu aku takkan minta tolong kepada kamu lagi - walau sebesar zarah sekalipun,
Aku cuma mahu kamu tahu aku mahu jadi teman kamu selamanya - SELAMANYA,
Aku cuma mahu kamu tahu semua itu.

Aku tahu ramai yang mempergunakan kamu tapi dalam ramai itu, bukan aku. Kamu kena faham perkara yang satu ini.

Maaf kalau aku menyinggung kamu tapi kesenangan kamu itu langsung tak menarik perhatian aku untuk terus berkawan dengan kamu. Maaf kalau itu yang terlintas di fikiran kamu.

Aku kawan kamu sebab KAMU, bukan disebabkan perkara lain.

Itu yang kamu kena faham betul-betul. "


P/s : Kadang-kadang membuatkan aku terfikir - Duit boleh membuatkan dunia ini jadi huru hara (*___*)

* Dikemaskini pada dua puluh enam hari bulan Januari, pukul lima dua puluh lima petang
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment