Write without regret by Devil Inc. at 6:27:00 PM, Wednesday, December 29, 2010

Oh oh oh, peningnya nak mencari nama anak.

Anak?!
.
.
.
Bukan anak aku. Anak orang. Kehkehkeh. Ada teman meminta jasa baik aku untuk mencarikan nama untuk anak yang dikandungnya. Anak yang bakal lahir pada bulan Februari tahun depan.

Katanya mungkin anak yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki. Kalau anak perempuan, dia punya banyak nama untuk dipilih. Cuma mengalami kesukaran kalau nama anak lelaki.

Aku cadangkan kepada dia untuk mencari nama-nama yang sedap di majalah sekolah, terutamanya sekolah berasrama, takpun cari dekat senarai nama konvokesyen [ BACA : convocation ] atau peserta PLKN. Haha.

Eh betul la. Teori aku dari zaman sekolah dulu. Lubuk mencari nama-nama yang sedap lagi berbunyi hebat dengan banyaknya adalah di majalah sekolah berasrama, senarai nama konvokesyen dan yang terbaru nama peserta PLKN. Banyak woah nama yang menarik dekat situ.

Kalau sekolah biasa, nampak nama Nur Anis. Kalau sekolah berasrama, boleh nampak nama Zafirah Amalia Shina. Tu dia nama. Haha. Sekolah biasa-biasa susah nak nampak nama ganjil [ BACA : rare name ]

Katanya, incik suami dia mahukan makna. Lorh, nak ada makna baru nak cari nama susah la. Kena la cari nama dulu baru tau apa maknanya. Kan? :)

Aku? Lebih sukakan nama dengan ejaan unik. Contohnya, kalau kebiasaan nama Rafiq, aku lebih sukakan ejaan Rafique. Kalau nama Shah, aku lebih sukakan ejaan Syah.

Alah, macam ejaan Nur-Noor-Nor-Nour-Nurul-Noorul. Ejaan lain-lain tapi membawa satu makna : Cahaya.

Owh, berbalik pada cerita mencari nama anak tadi. Akupun dengan gigihnya mencari nama untuk si teman. Setakat yang aku dah simpan semalam, dah mencecah lapan muka surat. Haha.

Dan pagi nie dah sampai sepuluh muka surat. Takut mata si teman juling akibat tengok terlalu banyak nama, akupun berhenti mencari dan mula menghantar senarai tersebut kepada dia.

Selamat mencari nama anak ya teman? :)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment