Write without regret by Devil Inc. at 11:35:00 AM, Friday, December 24, 2010
Kepelikan aku adalah suka memberi nama kepada setiap barang-barang aku. Ya, setiap barang kepunyaan aku mempunyai nama yang tersendiri XD

* Macam Yui dengan Giita ;)

Bila difikirkan, kelakar juga. Aku punya nama untuk ini -

Ini -


Ini -



Dan ini juga (-___-") -



Teringat dulu, masa budak bilik beli patung beruang kecil untuk meneman dia tidur, entah kenapa aku terus bagi nama - " Meon " pada beruang tu. Haha. Sampai hujung semester melekat nama tu (-___-")

Lepas tu masa incik teman lelaki dia bagi patung burung kasawari warna merah jambu, aku dah ligat fikir nama pula untuk tu.

Aku : Okey, disebabkan dia warna pink, kita bagi nama Meah
Dia : Apa nie kak, nama teruk sangat
Aku : Okey la tu, yang tu nama Meon. Yang nie Meah. Meon Meah. Kan com3l.
Dia : muncung tanda protes :P

Selalunya, nama yang terlintas pertama kali dalam otak aku, itulah nama yang akan aku bagi. Walau macam mana orang lain tukar nama tu sekalipun, aku tetap akan panggil dia dengan nama pertama aku bagi. Contohnya macam nie -


Ikan kaloi yang besar nie dulu bahagian aku bela dalam akuarium tapi dah mati bulan Julai lepas. Pertama kali aku masuk ke sini, aku nampak dia dulu. Secara automatik otak aku terlintas nama Donny. Entah kenapa. Terus nama ikan kaloi nie jadi Donny. Haha.

" Morning Donny "
" Dah makan hari nie Donny? "

Cakap dengan ikan tu macam la ikan tu boleh bercakap balik dengan kita (-___-")

Tapi orang di tempat aku kata namanya Zubir. Jauh betul beza nama Donny - Zubir tu. Tapi tu la, walau macam mana orang panggil dia Zubir, pada aku dia tetap Donny :P

Walaupun incik Z [ sila rujuk entri sebelum ] belum sampai lagi ke rumah tapi dah bagi nama awal-awal supaya senang berkasih sayang bila dia dah sampai nanti.

Kehkehkeh :D
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment