Owh, kena tag lagi. Okey, tag kali ini :
" Mari mengenali tentang orang lain lebih dekat. Ceritakan 20 perkara tentang diri kamu yang orang lain tak tahu "
Dua puluh? Banyak tu (O_______O) Okey, aku cuba jawab sebanyak yang mampu sahajalah ya? :)
1. Boleh menghabiskan masa begitu lama menonton tv
- Setakat ini, rekod paling lama adalah seminggu berturut-turut. Berturut-turut itu bermakna aku cuma akan berhenti untuk sembahyang, tidur dan pergi ambil nasi dekat dapur. Haha :D
2. Boleh menghabiskan masa begitu lama dengan main permainan dalam talian [ BACA : game online ]
- Kejadian tersebut berlaku pada beberapa tahun yang lepas, semasa permainan dalam talian adalah sesuatu yang baru dan menarik. Rekod paling lama aku capai [ Chez... macam nak masuk Rekod Dunia pula :P ] adalah tiga hari berturut-turut dan berturut-turut dalam kes ini pula adalah cuma berhenti untuk ambil nasi dekat dapur je. Tak tidur tiga hari = tujuh puluh enam jam. Hehe :D
3. Tak minum air yang berunsurkan teh, kopi dan nescafe
- Ini adalah satu fakta yang rasanya tak adalah hebat sangat bagi orang yang rapat dengan aku. Entah, akupun tak tahu kenapa aku tak minum dah air-air tu walhal masa kecil dulu, masa pergi melepak dengan abah di kedai mamak, minum je air teh tarik. Tapi sekarang dah tak minum dah.
4. Akan rasa pening [ BACA : macam berdengung-dengung ] dalam kepala bila pertama kali berada di tempat baru
- Pelik tapi itulah yang aku rasa. Cuma pada kali yang pertama sahaja. Diulangi - sahaja. Mungkin sebab sistem badan nak menyesuaikan diri dengan tempat baru kot?
5. Sukakan sesuatu secara bermusim
- Ini selalunya merujuk kepada makanan.
Contohnya, kalau aku dah teringin nak makan kangkung, aku boleh makan masakan berunsurkan kangkung tu berterusan selama seminggu lebih tapi bila dah sampai tahap jemu, kebarangkalian untuk aku makan kangkung tu dalam masa terdekat memang payah. Setahun pun susah. Haha :D
6. Takkan makan sebelum mandi
- Kebiasaan yang mak dah sedia maklum
7. Mesti mandi lepas balik dari luar
- Ini habit aku dari sekolah lagi. Kalau keluar ke mana-mana, balik tu mesti mandi. Tak kisah la aku balik tu dah tengah malam, aku akan pastikan aku mandi lepas balik tu. Yang kronik, keluar dari rumah [ bukan la setakat depan rumah tu, maksudnya keluar dari rumah - pergi berjalan ke mana-mana ] walaupun cuma setengah jam, balik tu aku mesti mandi juga. Aish... (-____-")
8. Sangat suka menggunakan ikon emosi masa menaip sistem pesanan ringkas [ BACA : sms ], chatting, blog, dll.
- Rasanya kamu boleh nampak aku selalu gunakan ikon-ikon macam :) :( (T___T) XD /:)
9. Bilangan sms lebih banyak dari panggilan suara
- Purata bilangan sms aku sebulan adalah tiga hingga empat ribu. Gila kan? (*___*)
10. Dengar lagu bila marah
- Menurut pakar terapi khas aku, katanya aku jenis orang yang menenangkan perasaaan dengan muzik. Yaaa... bila aku tertekan atau marah, kamu akan tengok aku pakai earphone ke hulu ke hilir seharian dengan lagu-lagu yang membingitkan telinga. Boleh sangatlah nak layan lagu P.O.D. ke, Linkin Park ke. Kehkehkeh :D
11. Seorang yang banyak tenaga
- Aku dikategorikan sebagai seorang yang ada banyakkkkk tenaga oleh teman-teman. Manakan tidak. Balik dari kampung, sampai di sini sudah pukul sepuluh malam tapi aku boleh lagi ligat mengemas rumah sampai ke tengah malam, boleh lagi layan tv. Dan selalunya aku tak ada masalah untuk bangun seawal enam pagi walaupun aku baru je tidur dalam pukul empat pagi.
12. Bukan kaki tidur
- Masa aku sekolah rendah dulu, mak tak menggalakkan aku tidur petang dengan alasan :
" Nanti otak lembab "
Jadi, kebanyakan masa tu, aku habiskan dengan baca buku dan tengok tv. Kesannya, aku sekarang bukan kaki tidur petang. Jarang sangat-sangat-sangat nak tengok aku tidur petang. Yang membolehkan aku tidur petang hanya dua sebab - hujan atau kebosanan yang teramat sangat :D
13. Gabungan makanan yang pelik-pelik
- Aku makan Pringles dengan sos cili, makan nasi berkuah kari dan tambah kicap. Haha :D
14. Baju dan hujan
- Owh, aku ada satu habit pelik. Aku takkan pakai balik baju yang dah terkena hujan.
Contohnya, aku basah sedikit akibat terkena hujan rintik-rintik semasa hendak balik ke rumah. Kebanyakan orang akan menyidai balik pakaian, terutamanya seluar jeans untuk dipakai semula. Tapi aku tak. Selalunya aku akan basuh kesemuanya. Bukan basuh keesokan harinya tapi masa tu juga (-___-") Aku beranggapan baju aku dah kotor terkena air hujan. Huhu (-___-")
Kata pensyarah aku dulu, itu symptom Obsessive Compulsive Disorder [ OCD ]. Menakutkan (T___T)
15. Sendawa
- Hahaha. Aku seorang yang sangat-sangat-sangat susah nak sendawa walaupun sudah makan dengan banyaknya. Haha :P
16. Pandangan bersudut tak lebih daripada seratus lapan puluh darjah
- Ketahuilah bahawa mata aku cuma berskala kurang dari sembilan puluh darjah sahaja. Diulangi - SAHAJA. Dan selalunya mata aku cuma akan memandang ke hadapan, tak melilau kiri kanan di mana situasi tersebut membuatkan aku takkan perasankan kamu yang berada berdekatan.
Tak faham?
Contohnya semasa aku bawa motor, aku takkan perasankan kamu yang berada di jalan sebelah, jalan bertentangan kerana mata aku cuma memandang apa yang di hadapan aku sahaja. Jadi, adalah tidak pelik jika aku tidak perasankan kamu.
Selalunya teman-teman akan berkata - " Eh, kau tak perasankan kami tadi ke? Kami berhenti sebelah kau, jenuh ketuk cermin kereta, kau tak perasan juga "
Maaf (T___T)
Maaf sebab pandangan aku terhad. Huhu~
17. Jenama dan kesetiaan terhadap jenama [ BACA : brand and loyalty brand ]
- Aku sangat percayakan jenama sesuatu barangan sebab aku fikir, kalau ada jenama, tentu ada kualiti dan ada sesetengah barangan yang aku guna, memang aku sangat setia menggunakannya dari dulu.
Contohnya Colgate untuk ubat gigi, Kicap Cap Tamin [ aku tak boleh makan kicap cap lain (T__T) ], Oral B untuk berus gigi, Johnson's untuk losyen dan baru-baru ini Windsir untuk cadar :D
18. Air Ribena dan sandwich
- Dua benda yang aku akan teramat inginkan bila aku demam. Masa demam sahaja. Mengada-ngada :P
19. Barangan perempuan
- Owh, aku memang tak banyak barangan perempuan macam beg tangan, beg duit, kasut tumit tinggi.
Beg tangan yang aku ada cuma satu je. Itupun setelah dipaksa beli oleh budak rumah lama dulu. Nampak macam dalam keadaan yang teruk je bila kali terakhir aku keluarkan dari almari. Haha.
Kasut perempuan? Aku pernah beli masa mula-mula sebelum kerja di sini. Selepas kerja, ada juga beli tapi dua tiga bulan lepas belek balik, semua dah hancur. Yang tinggal cuma satu je (T__T) Dan aku telah membeli sepasang kasut Playboy semata-mata untuk pergi majlis kahwin pegawai aku bulan November lepas. Itu sekali sajalah aku pakai. Lepas itu dah tak ada - simpan cantik dalam almari kasut. Haha :P
20. Bersila semasa makan
- Habit aku paling buruk rasanya. Aku selesa bersila semasa makan walaupun sebenarnya aku duduk di atas kerusi.
Okey, dah habis jawab dah. Adhoi~ Letih aku nak fikir satu per satu. Hehe :D
P/s : Ha, siapa rajin nak jawab tag ini? D? Zie? Anoi? Jawab sekarang :P
Post a Comment