Semalam, balik je dari pejabat dan sampai ke rumah dalam sekitar pukul tujuh lima puluh petang, aku terus meletakkan beg dan berteleku duduk di depan tv. Semalam kan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.
Owh, jangan risau. Aku tak mahu mengulas apa-apa tentang tu sebab aku bukan pakar dalam bidang tu. Hehe :)
Menonton seorang diri je tapi bunyi rumah aku dah macam untuk tengok lebih dari lima orang. Hehehe. Berdentum-dentum bunyi tv.
Owh, yang hebatnya :
Aku berjaya mengemas rumah dengan hebatnya sambil menonton perlawanan bola. Haha. Mengemas yang bukan calang-calang, siap mop satu rumah dan lap semua kabinet dalam rumah tau. Heh.
Okey, lepas habis mengemas, sambung tengok tv balik sampai habis.
Masa baru nak bergolek atas incik V, satu persatu msg dari Facebook masuk. Ramai betul yang kemaskini status.
" Dengar cerita Jumaat ni cuti umum, betul ke? "
" PERHATIAN... JUMAAT PUBLIC HOLIDAY... YIP² HOOORAAAYY "
" Announcement : Jumaat nie public holiday "
" Yeah, tahniah skuad Harimau Malaya yang membaham Garuda laser. Malaysia boleh. Jumaat pun cuti... "
" Yeah, esok cuti!! "
" Salam percutian pada hari Jumaat "
" Esok cuti yes!! esok cuti yes!! "
Owh sangat terpinga-pinga masa tu. Cuti ke? Aku tengok cerita bersiri cina sampai tengah malam, tak perasan pula kalau ada pengumuman cuti masa tu. Hehe.
Tengah malam si teman menelefon - " Woi, Jumaat cuti. Hahahahaha "
Gelak besar lagi jahat kedengaran. Hehe.
Dan pagi nie bila datang ke pejabat, kedengaran ada yang sibuk bercerita tentang perlawanan semalam.
Kata seorang teman - " Ha, tu baru menang Piala Suzuki je dah boleh cuti sehari. Kalau menang World Cup, gamaknya boleh cuti seminggu kot? "
Hahaha :P
Jadi, hari Jumaat cuti. Bagus kumpul waktu kerja lebih masa la macam nie. Muehehe :D
P/s : Aku benci betul pengulas kedua bercakap - yang selain Hasbullah tu. Apa nama dia? Aku rasa dia tu patut bersara jadi pengulas la. Teruk betul cara ulasan. Mematikan mood nak tengok je. Hoh.
P/s/s : Owh, walaupun tak berapa lancar sangat skuad Malaysia main tapi penjaga gol sangat bagus. Tahniah :)
P/s/s/s : Eh, bukan aku kata aku tak nak ulas ke tadi? Kehkehkeh :D
Post a Comment