Write without regret by Devil Inc. at 9:45:00 AM, Monday, January 3, 2011
Hey, dah masuk tahun baru rupanya. Tak sempat nak tulis apa-apa masa tahun baru walaupun ada di tempat kerja disebabkan masalah talian [ BACA : network ]. Hari bercuti, mana ada orang IT nak datang. Jadi, pagi nie baru diselesaikan segala masalah dan disebabkan itulah entri nie baru ditaip :)

Selamat Tahun Baru 2011. Beranjak setahun lagi. Azam tahun lepas kamu dah tercapai ke? Aku? Azam aku tahun lepas adalah di sini.

Seperti yang kamu baca, aku tak azamkan apa-apa tahun lepas. Aku cuma nak stabilkan hidup. Tak mahu apa-apa lagi.

Sepanjang tahun lepas, kalau dilihat kembali perjalanannya sepanjang tahun, rasanya hidup aku lagi banyak huru hara dari stabil (T___T) Dah banyak yang jadi tahun lepas, yang terlalu banyak merubah hidup aku.

Rasanya perkara yang paling besar adalah pemergian abah :'( Aku masih dalam proses mencantumkan kembali semangat yang bertaburan.

Dan tahun nie, aku agak kelu. Tak punya azam baru, malah detik tahun baru pada tengah malam tu pun aku dah tertidur gara-gara demam. Dan hari cuti dari hari Jumaat, selain dihabiskan di tempat kerja, aku cuma berbaringan di sofa sambil tengok tv.

Cuti lama pun bosan juga.

Dan hari nie, hari pertama persekolahan.



Tiba-tiba rasa - rindunya nak pergi sekolah :'(

Sekolah adalah tempat yang paling seronok untuk aku. Untuk kamu tu aku tak tahulah. Sekolah tempat aku untuk berseronok. Seronok ponteng, panjat pagar, bergosip belajar. Kehkehkeh :D

Walaupun dikejar dengan pengawas, dimarah chekgu, penat nak memanjat tangga ke blok atas sana, kadang-kadang diserang sindrom malas nak belajar, tapi sekolah tu tetap tempat yang seronok untuk aku.

Aku berani bertaruh, semua orang rindukan zaman persekolahan mereka. Fikiran keanak-anakan yang polos, ringkas dan tak terbeban dengan segala masalah yang ada.

Aku rindu nak panjat pagar lagi pakai baju sekolah, keluar dari rumah awal pagi, melepak-lepak tepi bilik komputer sambil tunggu perhimpunan pagi, keriuhan dalam kelas, berlari-lari dekat tangga dari blok atas ke bawah, duduk makan dalam makmal, sembang-sembang di kantin, bising-bising dalam Pusat Sumber sampai Pengawas Pusat Sumber dah menjeling-jeling macam nak ambil teman lelaki dia, dll.

Rindu betul.

Jadi, kepada adik-adik yang bersekolah hari nie, selamat bersekolah balik ya? Kalau bosan, sila panjat pagar sekolah dengan hebatnya ya? :D
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment