Pergh... minggu nie memang minggu yang m'uji keimanan aku untuk surf net. Dah la dua minggu tutup Production sebab nak maintainance Hotcell. Secara auto, aku takde kerja. Bila takde kerja, menghadap pc je la jawapnya.
Tapi bila line internet slow nak mampus, nak surf apapun tak boleh. Nak buka login page blogger pun gila lama nak tunggu. Perghhhhh... memang betul-betul menguji iman dibuatnya. Tekanan sungguh.
Melepek depan pc la jawabnya. Tak boleh nak surf apa. Hangin betul.
Sepatutnya time macam nie la boleh relax, takde nak fikir pasal kerja, boleh surf net tanpa ada mata memandang serong. Haha. Tapi time tu juga la internetnya nak kong la apa la. Haihhhhhh (T_T)
Tekanan-tekanannnnn~
Semalam, si Fakhri, pegawai aku surf net. Dia surf - www.peteranswers.com. Seriously best. Kamu tanya apa saja soalan, confirm dia jawab. Itupun kalau dia jawab la. Tapi sangat kagum la sebenarnya. Contohnya :
Fakhri tanya : Apa yang ada atas white board? [ white board dalam bilik nie la ]
Peter answers : RM10
Pergh... betul wo ade RM10 atas white board tu. Duit Dr Zul tampal suruh kitorang jawab kuiz.
Fakhri tanya : Tadi siapa bagi kalendar?
Peter answers : Kazmedis
Betul la, syarikat Kazmedisystem datang hantar kalendar tadi.
OMG~ O.O
Tiba-tiba aku teringat benda nie macam menakutkan je. Macam mana dia tahu semua benda cepat gila?
Fakhri tanya : Dr Zul asal dari mana?
Peter answers : Melaka
OMG~
Kagum sungguh.
Balik tu aku try juga, mana tau kot menjadi. Tapi hampeh.
Peter answers : You don't trust me enough!
Cap cikai betul. Geram betul.
Cuba korang try, mana tau ada luck dia boleh jawab betul. Tapi bila jawab betul, memang rasa spooky betul. Huhuhu~
Post a Comment