Write without regret by Devil Inc. at 6:12:00 PM, Saturday, January 2, 2010
Yeah, bekerja di waktu orang tak bekerja memang menyeronokkan. Betul. Kamu boleh berlari-lari dari hujung ke hujung tanpa ada yang marah, kamu boleh cakap memekik-mekik tanpa pedulikan siapa nak dengar, kamu boleh menyanyi dengan begitu sumbangnya tanpa kisah siapa yang akan datang, kamu boleh berlagak macam satu pejabat ini kamu yang punya. Haha.

Jangan kisah pasal cerita-cerita hantu yang kamu dengar sebab bagi aku, selagi kita tak kacau dia, dia pun takkan kacau kita. Lagipun kamu cuma kerja, bermakna kamu mencari rezeki, bukannya kamu nak kacau dia pun. Tapi aku tengah menaip blog nie, macam mana tu? (-_-")

Kekasih separuh masa aku pernah cakap - " Eh, apa kata awak tukar je ke tempat lain. Saya tengok macam kerja awak nie bosan je "

Chez. Ada ke dikatakan bosan. Seronok apa main radioaktif. Erks, seronok ke? Okey, maybe pendapat tu keluar disebabkan side effect banyak sangat bermain radioaktif kot? Hahaha.

Memang la macam bosan bunyinya sebab bila waktu kerja biasa, team kitorang nie tak banyak kerja. Kerja biasa je - cuci Hotcell, buat packaging box, bancuh chemical. Habis cuci Hotcell, takkan nak tidur dalam tu pula. Dah habis bancuh chemical, takkan nak buat parti buih dalam tu pula. Haih, apa la.

Dah habis bancuh chemical, cuci tangan, lepas tu unlock password pc dan teruskan surfing.

Habis buat packaging box, lepas tu unlock password pc dan teruskan surfing.

Habis cuci Hotcell, lepas tu unlock password pc dan teruskan surfing.

Jadi kebiasaannya, kamu boleh nampak icon YM aku sentiasa available bila waktu kerja. Memang la tak selalu chat pun sebab time aku available, semua orang pun macam busy semacam. Tapi kalau kamu nak mencari aku tu, senang nak jumpalah kiranya. Hari kerja biasa adalah hari yang agak membosankan untuk aku sebab bukannya ada kerja sangat.

Tapi bila tiba hari Khamis dan seterusnya, aku mula sibuk. Nak-nak bila hari Production. Tiga hingga empat jam duduk dalam Hotcell tu memang tak terasa melainkan perut dah mengaum macam harimau biskut Tiger. Haha.

Sebab tu aku terfikir apa yang orang lain buat bila hari cuti? Tidur je ke? Tengok tv je ke? Sebab adalah sangat-sangat jarang untuk aku meluangkan masa pada hari hujung minggu di rumah. Jadi aku dah tak terkinja-kinja nak makan sambil mengadap cerita keling Tv2 pada hari Ahad, tengok Melodi, tengok Bleach kat Tv3 dan aku selalu miss tengok cerita Nur Kasih dulu sebab asal aku balik je, mesti dah ending title. Kejam sungguh.

Kadang-kadang aku miss news pun ada. Jadi, aku agak ketinggalan zaman dalam berita terkini, hiburan sensasi. Haih... (-_-")

Cerita yang aku tak miss selalunya The Nanny. Walaupun berulang kali tayang, aku tetap tengok. Satu, dia selalu tayang masa aku balik dari kerja, dalam pukul 6.30pm macam tu. Dua, dia selalu tayang pukul 12am, masa aku nak masuk tidur dan boleh membuatkan aku terpaku depan tv sampai pukul 1am. Tiga, dia tayang awal pagi pukul 8am, masa aku selalunya tengah bersiap nak pergi kerja. Haha.

Sekarang aku cuba view cerita kat tv untuk tengok apa cerita yang terbaru, jadi aku boleh mengikutinya dari awal. Aku selalu ketinggalan nak tengok cerita berepisod. Bila dah cerita episod ke tujuh atau ke lapan, jangan harap aku nak tengok sebab aku tak tahu apa jalan cerita dari awal. Jadi, aku kena tengok dari awal. Kalau terlepas episod tengah, boleh kira lagi sebab aku dah tau apa ceritanya.

Animax baru tayang Bleach dari episod 1, jadi mungkin aku boleh ikut perkembangan cerita tu walhal sebenarnya aku dah tengok cerita tu sampai episod latest 250 (-_-")

Yang terbaru semalam aku tengok iklan kat KBS World. Cerita Korea baru nak tayang dalam sehari dua nie. Kena tengok tu.

Sepatutnya, aku habiskan dulu tengok dvd yang berlambak-lambak dalam almari, yang ada berplastik lagi tu XD
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment