Write without regret by Devil Inc. at 5:30:00 PM, Monday, January 25, 2010
Baru tadi bersembang dengan seorang kawan sekolah pasal kerja. Dia tertekan sebab terpaksa berurusan dengan orang pejabat dia yang banyak kerenah. Biasa la kalau dah kerja dengan orang yang menguruskan dokumen, memang banyak yang tak puas hati. Aku dulu kerja dengan dokumen, pening kepala juga dibuatnya.

Aku bukan pekerja yang terbaik, jauh sekali nak menjangkau ke tahap tu aku rasa tapi sekurang-kurangnya aku cuba. Yeah, bukan sikit orang yang mengata, tau je la mulut orang macam mana kan? Aku tepikan segala cakap-cakap di belakang dan teruskan apa yang dibuat sebab aku tau apa yang aku buat tu betul.

Disebabkan bergaul terlalu banyak dengan lelaki, jadi pergaulan aku lebih kasar, percakapan aku lebih sinis, teguran aku lebih terbuka.

Itu yang terjadi apabila aku dengan seorang pegawai aku yang berumur 40-an.

Aku bercakap dengan dia layaknya dia tu seorang kawan. Aku tau dia pegawai senior tapi aku tak membataskan perbualan aku dengan dia. Aku hormat dia macam abang aku mungkin. Kalau bapa tu... aku rasa tak boleh lagi kot?

Macam yang kamu tahu, aku seorang je perempuan dalam team Production. Di kelilingi lelaki yang melayan dia macam kawan sebaya, aku rasa akupun ada terpengaruh juga. Hehe. Cakap lepas tu biasa tapi kalau cakap bunyinya kasar, ada maksud di sebaliknya - mungkin aku tengah bad mood atau marahkan kerja-kerja dia yang kadang-kadang berterabur.

Orang cuma nampak luaran, nampak di saat aku marahkan dia. Tang bila layan elok, menaipkan segala kerja dia, takde pula yang nampak, takde siapa pula mahu puji.

Adat manusia, cuma nampak keburukan.

Bohong la kalau dalam pejabat kamu sendiri tiada puak-puak yang mengata sana sini. Tapi aku straight forward. Kalau tak suka, kamu boleh nampak jelas di air muka aku yang aku bencikan kamu. Kalau tak suka, aku takkan melayan kamu. Yelah, kadang-kadang terlepas juga satu dua pandangan, satu dua kutuk mengutuk tentang orang lain tapi takde la teruk mana rasanya. Rasanya la. Hehe.

Tertekan bila ada yang mengata aku tak hormatkan dia walhal kamu tak tau situasi apakah yang ada di antara kami semua. Kalau kamu pandang segala segi, kamu akan tahu apa yang aku maksudkan.

Kamu tau tak ada yang melayan dia lagi teruk dari aku?

Haih... tertekan pula dibuatnya. Perempuan... biasa la. Sentiasa mencari salah, suka cakap belakang. Depan-depan buat baik, buat muka manis tapi belakang... erm... Allah je yang tau.

Jangan nilaikan orang dengan apa yang kamu nampak sedangkan kamu tak tau apa-apa pun berkenaan perkara tu.

Jangan.
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment