Write without regret by Devil Inc. at 12:04:00 PM, Friday, March 12, 2010
Status YM aku :

" Misi bulan empat : claim cuti ganti minimum 10 hari. Ya, minimum "

Kadang-kadang lelah bekerja separuh mati tapi hasil kerja kita tak dihargai. Penat bersengkang mata, penat mendapat dedahan sinaran radioaktif, penat segala-galanya tapi satupun tak siapa nak pandang. Yang kuat mengulau, yang selalu lari dari kerja pula yang dipandang.

Tekanan sungguh.

Ya, aku bukan pekerja yang terbaik, cemerlang jauh sekali tapi sekurang-kurangnya aku cuba perbaiki diri, aku cuba laksanakan segala kerja-kerja aku dalam masa yang ditetapkan dengan baik tapi...

Seriously, mood aku nak bekerja kembali jatuh merundum. Aku tak punya semangat mahu kerja lagi walhal baru je aku bersemangat nak kerja baru-baru nie.

Aku rasa aku nak cuti lama. Lama sangat. Biar sampai setengah bulan aku takde. Lagi baik kalau terus sebulan. Dan lebih baik kalau dua bulan macam aku terseliuh dulu. Tu lagi baik. Lagi lama aku cuti, aku rasa aku lagi tenang sebab tak payah nak mengadap tekanan nie lagi.

Jadi, misi aku yang seterusnya adalah pulun buat OT bulan nie dan bulan depan, akan jadi bulan pertama julung-julung kalinya aku akan claim cuti gantian, bukan OT. Ya, cuti gantian. Minimum sepuluh hari. Ya, sepuluh hari.

Aku mahu semaksima yang mungkin bulan depan. Aku lelah nak mengadap persekitaran aku lagi.

Orang tu sedar tak, bila dia buat macam tu, semangat kakitangan nak kerja menjadi tersangat-sangat kurang? Sedar tak?

(T__________T)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment