Aku tak pernah memperlekehkan segala jenis web network yang ada dari dulu - dari Friendster, ke Myspace, Tagged, Flixter, Pagii, etc. dan yang terbaru sekarang nie - Facebook. Aku cuma lelah mahu mengikut peredaran network nie walhal tujuan utamanya adalah keep in touch with others. Tu je. Method yang sama, cuma sekarang nie siapa lebih canggih. Hehe XD
Aku dah lama mahu cari seorang kawan nie. Lama sangat. Dia kawan sekelas aku masa Tingkatan Satu dulu. Dia berpindah ke Penang masa Tingkatan Dua. Semenjak tu, aku tak pernah gagal nak kirimkan surat kepada dia dan percaya atau tidak, aku masih menyimpan surat-surat dia sehingga ke hari nie.
Kali terakhir aku berjumpa dengan dia [ walhal nie la pertama kali dan kali terakhir aku berjumpa dia selepas dia pindah ke Penang ] adalah dekat Pasar Seni masa tahun 2001. Ya, 2001. Sekarang dah tahun berapa? 2010. Sembilan tahun aku tak ketemu dia. Sembilan tahun. Hilang seorang teman untuk berkongsi setiap cerita. Dulu, apapun teruja betul nak cerita. Masa tu Tingkatan Tiga, belajar pasal apa yang ada dalam hidung, pasal mukus. Terus dalam surat pun dia tulis mukus. Haha. Skema betul dulu-dulu =)
Setiapkali aku menulis, tak pernah kurang dari tiga helai kertas, yang penuh bertulis dari depan hingga ke belakang. Maknanya dia akan terima sekurang-kurangnya surat sepanjang enam muka surat. Lenguh nak baca tu kan? Tapi lenguh lagi tangan yang menulis XD tapi masa tu rasa seronok, jadi semuapun teruja nak diceritakan. Dia juga begitu. Sampai kembung-kembung la sampul pos ekspress berisi surat. Hehehe. Kalaulah masa tu pos ekspress start charge untuk lebihan diameter isi di dalam sampul, aku dengan dia confirm akan kena charge punya. Haha XD
Aku bangga untuk mengatakan aku tak pernah gagal lagi menghantar kad raya kepada dia setiap tahun. Ya, kad raya. Manual okey, bukan secara virtual, bukan secara sms. Kad raya. Klasik beb.
Tapi aku lost contact dengan dia lepas jumpa tu. Aku try contact no handphone dia tapi tak dapat. Pelik. Aku try call rumah dia kat Penang, pun tak berjawab (T_T) Aku cuba hantar surat pun tak dijawab semula. Aku tak jemu hantar kad raya sejak kehilangan dia, cuma dua tiga tahun kebelakangan nie aku tak kirim lagi sebab dah putus asa tak dapat balasan.
Aku tak tahu ke mana dia hilang, aku tak dapat kesan. Dalam setiap surat atau kad raya yang aku kirim, aku tak pernah lupa nak selitkan email aku, takpun no phone aku. Tapi tetap takde balasan. Pelik. Sedih sebenarnya (T_T)
Dan sembilan tahun pun berlalu begitu saja...~
Baru-baru nie, entah kenapa aku teringatkan dia. Secara tiba-tiba. Aku search juga namanya pakai Google tapi takde apapun. Pelik. Selalu Google kan sangat hebat, semuapun keluar. Tapi bila nak search pasal dia, takde pula (T_T)
Entah kenapa hari tu aku buka Facebook [ ya... aku ada Facebook sebenarnya, cuma tak add orang je XD ] dan search nama penuh dia. Wallah... ada profil yang wujud atas nama tu. Aku cuba view, dan aku yakin, itulah orangnya. Orang yang aku cari selama sembilan tahun. Dan dia dah berkahwin :')
Melalui hasil skodeng aku, dia hidup dengan aman sekarang. Alhamdulillah. Sesuatu yang aku selalu doakan sebenarnya. Aku gembira hidup dia sebegini sekarang. Sekurang-kurangnya aku tahu kehidupan dia berjalan dengan baik meskipun dah lama tak contact :')
Mata aku terbuka besar bila tengok profile si wife yang bertulis - menetap di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. What?! O.O Dekat rupanya. Betul kata orang, dunia nie kecil je. Pi mai pi mai tang tu juga. Hehe.
Berita baik : Dia cuma berdekatan dengan aku
Berita buruk : Aku takkan punya keyakinan mahu berjumpa dia
Berita samar-samar : Dia ingat aku lagi ke?!
Aku sebenarnya kurang gemar dengan penggunaan nama penuh dalam profile network nie. Aku dari dulu lagi tak pernah nak reveal nama penuh. Sebab aku rasa tu privacy. Kepada sesiapa yang tahu tu, tahu la. Yang tak tahu, tak payah nak ambil tahu. Haha XD
Tapi kata seorang kawan chat aku [ yang aku cerita kat sini ] :
" Napa awak tak taruk nama penuh je? Susah nak cari. Tengok macam saya, taruk nama penuh lagi "
Bukan tak mahu meletakkan nama penuh tapi entah kenapa aku memang kurang gemar bab tu. Biarlah orang tak jumpa. Senang. Tak payah orang lain nak kepochi. Hehe XD
Berbalik pada cerita aku tentang kawan aku tu. Okey, sekarang dia ada berdekatan. Lama kelamaan aku akan jumpa juga sebenarnya sebab aku punya perkara yang mahu diselesaikan sembilan tahun lepas. Aku juga mahu bersembang macam dulu, penuh meriah tapi dengan status dia sekarang, aku rasa mungkin terbatas. Ya, tu dah pasti kan?
Semoga hari-hari dia berlalu dengan penuh kebahagiaan =)
Post a Comment