Write without regret by Devil Inc. at 8:40:00 AM, Friday, October 30, 2009
Apa perasaan kamu bila mengetahui kamu dibohongi?

Apa perasaan kamu bila orang yang membohongi kamu adalah kawan baik kamu?

Apa perasaan kamu bila keikhlasan kamu tidak mendapat balasan yang setimpal?

Apa perasaan kamu?

Aku? Speechless.

Semalam, dalam sekitar pukul 8.30pm, masa tengah hujan lebat kat luar, aku dapat satu msg dari seseorang - " Sy nk jjr dgn kamu blh x? "

Dalam ayat penuh - Saya hendak berlaku jujur dengan kamu boleh tak? [ assume kamu seorang yang tak tahu bahasa pendek sms, aku perjelaskan untuk kamu =D ]

Aku balas pendek - " Kenapakah? "

Dia membuka bicara - " Sbnrnya, nama sy bkn *** *******. Kt opis org panggil sy *** "

Aku terdiam. Tak tahu mahu bagi respon apa kepada dia.

Aku tanya - " Nape br skang nk b'trs trg? "

Dia kata - " Sy dh lama nk bgtau tp sy takut "

WTF. Aku nie makan orang ke yang nak ditakutkan sangat?

Aku kenal dia bukan bertahun lepas, aku kenal sekitar tahun nie. Secara kebetulan. Dia membuatkan aku punya teman untuk berbicara, untuk menyakat bila aku bosan, untuk meluah perasaan bila aku tertekan.

Mungkin bagi dia, dia cuma tipu nama. Tapi bagi aku, seluruh kepercayaan aku punah begitu saja. Aku takut aku dibohongi dengan entah apa lagi - aku takut nak bertanya lagi.

Tipulah kalo aku kata aku tak pernah ditipu selama berkawan. Nak-nak dengan kawan chat. Dulu kan aku addict dengan chatting. Ditipu dan menipu perkara biasa dalam chatting. Aku kalau dalam chatting, jangan harap nak tau apa nama sebenar aku, dekat mana aku tinggal. Hahaha. Tapi aku terus terang kenapa aku tak suka dua identiti tu didedahkan. Aku punya sebab aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku berterus terang terlebih dahulu. Kalau orang tu tak sukakan aku, dia boleh main jauh-jauh. Hehe. Tapi ada segelintir yang betul-betul baik dengan aku, bertuah la boleh dapat tau dua identiti tu. * Bertuah ke? =D

Percaya atau tak, aku ada sorang kawan chat yang aku kenal sejak umur aku 16 tahun dan kami masih contact sampai sekarang. Sekarang. Hebatkan? Aku ingat lagi gambar 1st yang dia bagi aku masa kitorang mula kenal dulu. Gambar dia dengan best friend dia. Comel. Hahaha.

Masa birthday dia yang ke 17 kalau tak silap, aku bagi dia 1 novel - Lagenda Budak Setan. Kamu pernah tahu kewujudan novel tu? Novel tu best wo. Aku minat betul dengan penulis dia - Ahadiat Akashah yang lately riuh pasal dia fight dengan ex-wife dia tentang nafkah anak. Eh, aku cerita pasal apa tadi? Okey, berbalik pada cerita asal. Aku bagi dia novel. Tebal wo novel tu, dalam 1000 muka surat. Bila dah tebal, mesti berat. Bila dah berat, bayaran untuk pos laju pun hebat juga la. Hehehe. Novel tu dia still ingat sampai sekarang - masih diungkit bila bersembang 2 - 3 bulan yang lepas. Kagum betul bila ada orang menghargai sampai ke tahap tu.

Tapi dia dah kahwin. Kalau tak, boleh mengurat (-__-")

Okey, berbalik pada cerita mula tadi. Aku sedih juga sebenarnya bila tahu aku kena tipu dengan dia sedangkan aku cukup ikhlas bila berkawan dengan dia, aku cukup jujur bila bersembang dengan dia. Tapi dia ...

Sedihnya (T____T)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment