Write without regret by Devil Inc. at 1:14:00 PM, Thursday, September 17, 2009
Nak taip ex bf tapi kelakar bunyinya. Bukan aku orangnya untuk berbahasa bf-bf nie lagi. Dulu time gila chatting boleh la. Hahaha.

Apa reaksi korang kalau contact ex pakwe korang balik? Apa yang nak disembangkan? Cerita lama? Cerita terkini?

Mengenangkan detik-detik lama yang indah - yang mana kita sayangkan dia, sanggup berkorban apa je, dengan jiwang karatnya, etc. Tapi semua tu lenyap bila mengenangkan hanya satu detik sedih bersama dia. Hanya satu detik. Satu detik yang berupaya mengubah segala suasana perhubungan yang pernah bahagia satu ketika dulu.

Cuma satu detik.

Aku tak mahu mengenang detik sengsara tu. Aku tak mahu mengingatinya lagi.

Aku dah cukup sengsara melalui fasa kesedihan tu. Bukan senang nak melepasinya.

Aku baru je chat dengan ex pakwe aku tadi. Secara tak sengaja. Aku nak tengok email lama, tup-tup tengok dia online. Terkujat. Aku cuba tunjukkan yang aku nie tabah, aku dah kuat, aku cukup bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

Aku tak mahu diperkotak katikkan lagi oleh dia, aku tak mahu menoleh ke belakang lagi.

Aku mahu hidup setenang sekarang, aku mahu hidup sebahagia sekarang. Cukup. Noktah.

* Aku berbunga-bunga sikit dalam entry kali nie - maybe sebab aku terbayang-bayang balik kisah lama =(

* Yeah... nobody with a broken heart wants 2 hear a lurv song =(
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment