Write without regret by Devil Inc. at 4:04:00 PM, Tuesday, October 20, 2009
Mint nie takde la besar manapun. Tambah lagi kitorang semua nie kerja dalam satu kawasan yang tertutup. Bergaul sesama sendiri. Jadi pergaulan yang ada tu cukup terbatas - susah nak jumpa orang luar. Yang menghubungkan kami dengan dunia luar semasa waktu bekerja cuma internet [ Chez... macam orang primitif pula ye? ]. Sebab tu bila time punch out je, semua orang meluru mencari kehidupan di luar sana. Hehehe.

Dunia nie memang kecil - pergi manapun kemungkinan untuk kamu berjumpa dengan orang yang kamu kenal tu amat tinggi sebenarnya. Contohnya aku yang dah melepak kat McD area Puduraya, boleh lagi terjumpa orang Mint kat situ. Sesungguhnya dunia nie memang kecil. Huhu~

Bila dah tak berhubung dengan dunia luar sangat, jadi orang di dalam Mint nie lebih close atau aku katakan lagi busybody. Hahaha. Yelah, dah tak tau nak buat apa, jadi ambil tahu pasal orang dalam-dalam je. Sungguh. Try buat satu cerita dan kamu ceritakan kepada seorang pekerja dalam Mint. Seorang je. Itupun dah cukup. Dan kamu perhatikan berapa lama masa yang diambil untuk berita itu sampai balik ke telinga kamu. Aku berani bet, tak sampai satu hari. Percayalah. Cubalah kalau tak percaya cakap aku nie.

Kadang-kadang aku rasa aku duduk kat kampung je, yang mana orang tua semua tau bergosip je, dah takde kerja lain nak dibuat walhal aku nie duduk kat Bangi, bandar yang baru membangun.

Tempat maju mana sekalipun, mentaliti orang tu tetap takkan berubah kan?
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment