Write without regret by Devil Inc. at 12:03:00 PM, Monday, March 29, 2010
Yosh, akhirnya minggu nie tiba juga~! Yattaaaaaaaaa~ (^_^)V Happy betul aku nak menunggu minggu nie. Mana taknya, minggu nie bakal menjadi minggu cuti yang panjang untuk aku. Aku bercadang mahu cuti dari Khamis nie sampai la ke hari Rabu depan. Yosh~ XD

Dah lama rasanya aku tak balik ke rumah pada hari Sabtu. Aku sendiripun dah terlupa bila kali terakhir aku balik hari Sabtu. See? Itu menyatakan memang dah tersangatlah lama sampai empunya badan pun boleh lupa. Haha =P

Bukannya aku merancang nak bercuti ke mana-mana tapi aku mahu habiskan cuti aku di rumah. Aku mahu mengemas rumah kat sana pula. Dah lama tak kemas elok-elok. Nak harapkan mak, makpun bukan larat nak mengemas macam dulu. Jadi, inilah masanya aku menjadi bibik kat rumah. Hehe XD

Haih, tak sabar rasanya nak bercuti panjang~
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment