Aku dah berapa hari tidur lewat, selalu lelapkan mata dalam pukul 2 - 3am. Habit pelik aku yang aku sedar dari zaman sekolah rendah adalah sistem badan yang sangat ditentukan di hujung minggu. Tak faham? Aku perjelaskan untuk kamu XD
Aku sangat menjaga setiap sistem dalam hidup aku pada hari Ahad dan Isnin - hari permulaan minggu baru. Sistem yang dimaksudkan adalah dari segi pemakanan, waktu tidur, waktu bangun, kesihatan, mood, etc. Nie sebab keseluruhan minggu aku tu nanti sangat dipengaruhi oleh dua hari nie.
Aish, aku memang failed nak terangkan dengan perkataan yang mudah (-_-")
Contoh :
Kalau aku lewat tidur hari Ahad atau Isnin, secara automatiknya aku akan tidur lewat minggu tu - tak kisah la aku memang penat sangat atau tak.
Kalau aku demam hari Ahad atau Isnin, secara automatiknya aku akan demam minggu tu dan demam aku akan reda dalam hari Jumaat atau Sabtu.
Kalau aku lewat bangun hari Ahad atau Isnin, secara automatiknya aku akan bangun lewat sepanjang minggu tu walaupun aku tidur awal malam sebelumnya.
Boleh faham?
Jadi, aku terpaksa jaga setiap sistem dalam hidup aku setiap hari Ahad dan Isnin. Tapi malangnya hari nie dah hari Rabu. Aku asyik lewat tidur dari hari Sabtu lepas, pukul 3am baru nak tidur, pukul 6am dah bangun = secara automatiknya aku mengantuk kat pejabat.
Alahaiiii...~
Post a Comment