Disebabkan aku masih dalam mood untuk berbicara tentang perkahwinan, tiba-tiba aku teringatkan satu perkara nie - yang aku fikir semua orangpun tau tapi pura-pura tak tau. Hoho :)
Dalam entry mengucapkan selamat kepada kawan-kawan yang nak kahwin, aku kata - " Pemikiran tipikal yang aku tau - kalau kamu tak datang kenduri aku, jangan harap aku nak datang kenduri kamu nanti "
Aku rasa kamu sedar akan hakikat tu dan aku rasa kamu juga salah seorang daripada yang berbuat demikian. Hehe XD
Bagi aku, pelawaan tu sangat penting. Invitation. Cara mempelawa tu tersangatlahhh penting. Nampak remeh tapi tu la yang tersangat diambil berat oleh semua pihak.
Kalau kamu duduk dalam satu kampung tapi kamu tak ajak orang yang duduk di rumah hujung kampung, walaupun satu kampung, tapi aku rasa orang tu pun berkira nak datang ke tak.
Situasi nombor satu :
Berlaku kepada kawan aku. Si bakal pengantin cuma menghantar sms - " Aku kahwin 12/6 nanti. Jemput datang tau "
* Tarikh tersebut adalah rekaan semata-mata
Dan kawan aku menunggu kalau-kalau ada call daripada si bakal pengantin yang memerangkap kawan kelas dia dulu untuk mengajak secara live tapi hampa. Secara terang-terang dia cakap - " Aku tak nak datang kalau macam tu cara mengajaknya. Macam tak boleh nak call sekejap. Bukannya mahalpun nak bayar setakat seminit je "
Kamu buat kenduri tapi kamu mengajak pakai sms. Kamu fikir takkan ada kawan yang berkecil hati dengan tindakan kamu dan akhirnya dia tak mahu menjejakkan kaki ke kenduri kamu gara-gara berkecil hati?
Situasi nombor dua :
Mak si bakal pengantin berkata - " Eh kamu datang la kahwin anak makcik nanti si polan nie. Kamu satu kelas kan dengan dia dulu? "
Kamu buat kenduri tapi bukan kamu yang mengajak, sebaliknya mak bapa atau adik beradik kamu yang ajak sedangkan yang mahu diajak nie kawan kamu. Kamu fikir kawan kamu nie mahu datang ke kenduri kamu nanti tak?
Situasi nombor tiga :
Si bakal pengantin bagi kad kahwinnya kepada seorang kawan dan memesan - " Kalau kau jumpa si polan nie, bagi kad nie kat dia "
Kamu buat kenduri tapi kamu ajak pakai kad dan kad tu pula diberi kepada kawan yang lain untuk diberikan kepada kawan tu. Kalaulah kawan yang ditugaskan untuk menyampaikan kad tak bagipun kad tu kepada penerimanya, kamu rasa kawan kamu akan datang ke kenduri kamu nanti tak?
Tu antara situasi yang terjadi di sekeliling aku. Aku juga pernah mengalami situasi tu. Tambah pula sekarang penuh dengan segala teknologi canggih, setakat kad kahwin kirim dalam email pun jadi. Nak-nak Facebook boleh buat tag dengan RSVP, habis semua orangpun aku rasa dijemput dengan cara macam tu (-_-)
Memang, teknologi makin canggih tapi pemikiran orangnya tak secanggih teknologi yang ada. Feeling dapat kad yang boleh dipegang dan dibelek tu lain dari sms, email, etc. Sms dan email boleh hilang kalau di-delete, dah takde nostalgia dah. Sebab tu aku fikir kedai printing kad kahwin masih laku sampai sekarang. Hehe XD
Aku pula suka mengumpul kad kahwin kawan-kawan. Tak kisah la walaupun kamu cuma photostat je [ aku pernah dapat okey? :) ] untuk jimatkan duit tapi aku suka kumpul.
Jadi, buat kawan-kawan yang nak berkahwin dan merancang untuk berkahwin, fikir-fikirkan la hal nie. Nampak remeh tapi dalam masa yang sama, kamu bakal kehilangan seorang kawan. Sebab antara sedar atau tak, kamu sendiri akan bertindak begitu kepada orang lain sekiranya perkara yang sama terjadi kepada kamu. Lepas tu nanti, akan keluar ayat :
" Kamu tak datang kenduri aku, jangan harap aku nak datang kenduri kamu "
Nak menyenangkan hati semua pihak bukan senang kan? :)
Tu baru kes pelawaan. Belum lagi masuk bahagian bagi hadiah. Ha, nie satu hal pula. Pernah seorang kawan aku yang baru balik dari cuti kahwin, bercerita panjang :
" Hari tu masa aku kahwin, aku dapat banyak hadiah. Macam-macam aku dapat. Ada pegawai aku nie bagi water filter harga dekat tiga ribu. Set pinggan mangkuk yang kawan aku bagipun cantik, dia beli dari Langkawi. Cantik sangat "
Seronok dengar. Tapi aku telan air liur bila dia kata :
" Ooo... kau bagi kat aku rice cooker je ek? Dah la kecil, kongsi berdua pula tu "
Tu boleh tahan lagi. Lepas tu dia sambung :
" Aku simpan tau setiap kad hadiah yang aku dapat, lepas tu aku tulis apa yang diorang bagi. Nanti bila time diorang, aku bagi la hadiah yang sama harga. Kalau diorang bagi hadiah mahal, takkan aku nak balas yang murah je, malu la aku. Kalau untuk kau, aku bagi hadiah biasa-biasa je. Kau bagi aku pun yang murah je, takkan aku nak bagi untuk kau mahal-mahal pula "
Haih... aku tak tau apa nak cakap masa tu. Speechless.
Kalau la dia ambil kira kos aku nak sewa kereta, duit minyak, duit tol, penat sesat mencari jalan lagi, duit yang bagi kat tangan mak dia lagi, etc. (-____-") Kalau la dia ambil kira yang dia kahwin tengah bulan, di mana semua orangpun mencakar-cakar dinding nak cukupkan budget sampai ke hujung bulan. Kalau la dia ambil kira pengorbanan aku meninggalkan kerja aku hujung minggu tu semata-mata nak datang ke kenduri dia. Kalau la dia ambil kira aku sanggup schedulekan balik segala jadual aku semata-mata nak datang ke kenduri dia.
Kalau la dia ambil kira semua tu, aku rasa dia akan lebih hargai rice cooker kecil aku tu dari water filter beribu yang dia dapat.
Lagipun apa nak dibandingkan gaji aku yang cikai-cikai nie dengan gaji taraf pegawai. Kalau aku bergaji pegawai, nescaya kamu akan dapat hadiah bertaraf mahal dari aku :P
Aku tak tau pemikiran orang lain macam mana, mungkin ada yang berfikiran sama. Tu hak kamu. Bagi aku, ada orang datang ke kenduri kamu tu pun kira dah seribu rahmat untuk kamu. Kedatangan dia tu bagi aku seolah-olah dia mendoakan kebahagiaan kamu, dia juga turut bergembira dengan kebahagiaan kamu. Apa yang lebih berharga dari doa ikhlas seorang sahabat?
Aku masih dalam mood sedih sebab tak dapat nak tunaikan setiap permintaan, setiap pelawaan kahwin yang aku dapat. Maaf lagi sekali. Maaf sangat-sangat (T_____T)
Aku mungkin tak dapat datang tapi percayalah, setiap seorang daripada kamu menerima doa ikhlas daripada aku :')
Post a Comment