
Hawa dijadikan dari rusuk kanan Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas,
Tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,
Dekat dengan lengan untuk dilindungi,
Dekat dengan hati untuk dicintai.
Bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas,
Tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,
Dekat dengan lengan untuk dilindungi,
Dekat dengan hati untuk dicintai.
Aku rasa semua orang pun pernah dengar rangkap puitis nie. dalam banyak-banyak rangkap dalam kad kahwin, aku rasa aku suka betul yang nie (^_____^)
Musim sekolah dah datang lagi. Tu bermakna musim orang kahwin. Yoshhh~ Ramai dah yang mengajak - ada yang menghantar kad kahwin secara pos [ selepas didesak pun ada XD ], ada yang soft copy melalui email, ada juga yang RSVP kat Facebook, ada juga yang call dan ada juga yang mengajak melalui sms. Arigato gozaimassssss~ (T______________T)
Dan memang dah namapun cuti sekolah, jadi hampir kesemuanya berlangsung secara serentak. Kalau dekat-dekat tu, aku rasa boleh je pergi. Nie seorang ke utara, seorang ke timur, seorang ke selatan, pening juga dibuatnya.
Seronok sangat bila dengar kawan-kawan yang tengah berdebar-debar nak tunggu ketibaan harinya. Aku? Wei, jangan tanya soalan sensitif boleh? XD
Mula-mula aku nak memohon 1001 kemaafan daripada setiap seorang yang dah mengajak aku ke kenduri mereka. Maaf sangat-sangat sebab aku tak dapat nak hadir. aku ada kerja untuk diselesaikan. Almaklum la waktu kerja aku tak macam orang lain. Aku rasa masa aku kahwin, aku buat hari bekerja boleh tak? Sebab hari minggu aku kena kerja. Huhuhu (T___________T)
Maaf sangat-sangat (T__T)
Aku nakkkk sangat datang kenduri kamu semua, nak jumpa kawan-kawan lama, nak tengok suasana meriah,
Pemikiran tipikal yang aku tau - kalau kamu tak datang kenduri aku, jangan harap aku nak datang kenduri kamu nanti.
Aku cuba nak luangkan masa tapi memang tak dapat. Tekanan sungguh (T___T)
Jadi, kawan-kawan sekalian, jangan boikot aku nanti. Huhu~ (T________T)
Insyallah, ada rezeki, aku cuba muncul juga dekat gerbang pelamin kamu nanti. Aku cuba usahakan. Kalau tak, kotak daripada aku je yang mungkin memunculkan diri di atas timbunan hadiah yang kamu dapat (T_____T)
Okey, tak nak sedih-sedih. Niekan hari gumbira untuk kamu semua. Jadi, mari membuat ucapan untuk setiap seorang daripada kamu.
P/s : Jangan marah aaaa sebab aku copy gambar kamu direct dari Facebook. Haha XD







Buat kawan-kawan yang lain - Roy dengan pasangannya Yus, Mas, Atiqah, Zul, Hafiz, Aman, Wan, Mie, etc - yang mana aku terlupa nak quote nama dan gambar, maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak hadir ke kenduri kamu semua.
Untuk setiap seorang daripada kamu, aku ucapkan tahniah.
Selamat memasuki alam baru, alam yang penuh bahagia.
Semoga jodoh kamu berpanjangan sehingga akhir hayat.
Semoga akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga kamu dan pasangan akan sentiasa murah rezeki dan bahagia selalu.
Selamat pengantin baru ya kawan-kawan :')
* Updated : 3/6/2010 - 2pm
Untuk setiap seorang daripada kamu, aku ucapkan tahniah.
Selamat memasuki alam baru, alam yang penuh bahagia.
Semoga jodoh kamu berpanjangan sehingga akhir hayat.
Semoga akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga kamu dan pasangan akan sentiasa murah rezeki dan bahagia selalu.
Selamat pengantin baru ya kawan-kawan :')
* Updated : 3/6/2010 - 2pm
Post a Comment