* Dah lama aku nak menaip benda nie tapi tak bertaip. Kertas nie pun dah bersawang atas CPU aku. Haha.
Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhilah orang yang gemar mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.
Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah pecah dan terluka.
Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan orang yang berjuang tidak pernah kenal putus asa.
Jadilah seorang yang mampu mengubah musibah menjadi anugerah.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah taqwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah dusta.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan.
Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya. Kerana teman saling mencontohi.
Jika kamu berada di rumah orang, jagalah matamu, jika kamu berada di tengah orang ramai, jagalah lidahmu dan jika kamu berada dalam majlis jamuan, jagalah perangaimu.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tanggannya sendiri.
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu.
Post a Comment