Write without regret by Devil Inc. at 11:23:00 AM, Wednesday, June 9, 2010
Pada mulanya aku mahu bercuti sampai hari Rabu tapi disebabkan abah dapat appointment baru hari Khamis, aku terpaksa menunda jadual aku semula. Nak menaip blog, malas betul rasanya nak memandang skrin handphone. Setakat update pasal Facebook, boleh la. Lepas tu, entah ke mana handphone direbankan dalam rumah. Letakpun merata-rata. Bila dah berbunyi, mula la kelam kabut mencari. Haha (-__-")

Okey, memang permulaan entry yang sangat membebel. Hehe XD

Terbaru, disebabkan aku tak dapat menghadiri setiap undangan perkahwinan yang aku dapat, maka yang mana termampu, aku cuba juga hulurkan hadiah. Yang mana tak dapat juga nak dibagi hadiah, aku bank in kan aje la duit ye? Haha :P

Apa lagi ya?

Ya, semalam dah tempah cermin mata baru lagi. Eh, bukan hari tu dah tempah ke? XD http://soalnyaaku.blogspot.com/2009/12/cermin-mata-baru.html

Tapi baru minggu lepas, cermin mata spare aku pecah dalam bilik air (T___T) Dengan power aku nie, memang kena ada cermin spare sebab kalau la satu tu pecah, sekurang-kurangnya aku ada satu lagi untuk dipakai. Bukannya tak boleh tempah tapi selalunya cermin aku mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk disiapkan. Dah dua hari tu aku nak pakai apa? Contact lens? Oh tidaaaakkkk~

Aku tak suka contact lens sebab aku susah nak fokus benda jauh. Haah, pakai contact lens memang nampak up-to-date, nampak elegant bila pakai yang berwarna warni macam mat saleh tu tapi aku rasa aku bukan orangnya. Bukan orangnya untuk bergaya macam tu.

Pertama kali pakai, boleh contact lens aku jatuh. Jatuh tu dah satu hal. Jatuh dekat KL Sentral lagi satu hal. Jatuh masa tengah duduk tunggu Komuter tu yang menyusahkan. Hahaha. Cepat-cepat aku cari air basuh contact lens tu... apa ke namanya? Haha :P

Kesimpulannya memang aku tak sesuai pakai contact lens. Setakat nak bergaya sejam dua tu boleh la nak pakai kot tapi untuk strain mata sampai ke lapan jam untuk bergaya tu, aku tak sanggup. Aku lagi selesa pakai cermin mata. Hehe :)

Berbalik pada cerita cermin mata baru tu. Aku ingat dapat le murah, nak dibandingkan dengan yang lama tu. Yelah, lagipun yang nie bukan nak bergaya sangat, takat nak pakai dalam rumah, yang tak ralat sangat kalau tertidur atas tu ke memandangkan aku jenis yang suka tertidur masa tengok tv. Haha XD Tapi bila total up semua, jadi RM650. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ (T_________T)

Minta diskaun lagi la jawabnya (-_-")

Kalau la uncle kedai cermin mata tu dapat sepuluh customer macam aku confirm dia boleh pengsan. Hahaha. I lap u la uncle~

Okey, yang nie aku bayar cash - takde ansuran macam cermin lama dulu. Ketar-ketar nak bayar banyak tu kat tuan punya kedai. Kehkehkeh :P

Jumaat nie aku boleh ambil cermin mata aku yang mahal tu dan balik ke Bangi. Yoshhhhhhhhhhhhhhhhh~ (^__________^)

Okey, sekarang aku boleh berhenti menaip sebab mata aku dah pedih mengadap skrin handphone nie. Haha (=___=)
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment