Write without regret by Devil Inc. at 11:25:00 AM, Tuesday, August 3, 2010
Kadangkala aku tersenyum bila melihat ada manusia-manusia yang bersungguh-sungguh bertalam dua muka semata-mata untuk mengambil hati orang lain. Betapa mereka sanggup bersikap hipokrit untuk menjadi orang yang disukai orang lain.

Bukan kata aku tak pernah buat macam tu tapi secara automatik aku akan berasa tak selesa sebab aku tau aku bukan jadi diri aku sendiri. Dan sungguh, aku tak faham macam mana manusia-manusia hipokrit tu boleh selesa berkeadaan macam tu untuk satu jangka masa yang lama. Aku cuma boleh jadi hipokrit tak sampai dalam masa seminitpun, nanti boleh nampak daripada air muka aku yang terang-terang tak selesa berkeadaan macam tu.

Sungguh, aku tabik dengan manusia-manusia nie.

Semua orang akan melalui fasa perubahan. Akupun sama. Tapi fasa perubahan tu tak menuntut kamu menjadi seorang yang hipokrit. Jadi diri sendiri. Apa susah. Lain la kalau perubahan demi kebaikan kamu, tu dah kira fasa perubahan lain :)

Akupun dah berubah. Dulu kecil sekrempeng, sekarang membesar bagai johan. Haha. Tapi rasanya perangai aku, tingkah laku aku, tak berubahpun. Masih yang kamu kenali dulu. Seorang yang banyak cakap, jalan macam ribut, kaki rempit, etc. Haha.

Ayat pertama seorang kawan yang baru je berjumpa aku kelmarin. Seorang yang aku tak berjumpa dah dekat sepuluh tahun. Dia kata -

" Alamak, kau tak berubah betul dari sekolah dulu. Jalan macam gangster lagi "

(-____-")

Tapi tu la yang aku dengar dari orang lain - yang aku masih macam dulu. Kadang-kadang rasa bersyukurpun ada. Aku masih tak melupakan asal usul aku, aku masih ingat dari mana asalnya aku.

Ya, mungkin kehidupan aku tak segah kamu. Kehidupan aku cuma biasa-biasa saja, takde cerita menarik untuk kamu kisahkan. Tapi yang penting, aku ingat siapa diri aku, aku ingat siapa kawan-kawan aku, aku ingat setiap satunya.

Yang penting, aku masih berpijak atas paksi yang sama.

Sungguh com3l tengok ada orang yang berpura-pura berbaik dengan kamu - hanya semata-mata mahu membanding-bandingkan kehidupan terkini antara dia dengan kamu sedangkan sebelum nie bertegur cuma sepatah dua. Tu mujur kalau bertegur. Kalau tak...?

Berbuat baik dengan orang lain,
Jangan kerana harapkan balasan,
Jangan kerana mahu menyibuk,
Jangan kerana terikutkan orang lain,
Jangan kerana mahu membodek,
Jangan kerana ada niat lain.

Dan jangan berubah kerana untuk memuaskan hati orang lain. Macam aku kata - " Ini aku, kamu kena terima seadanya aku "

Ya, kamu kena terima seadanya kamu. Boleh faham maksud aku?
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment