Write without regret by Devil Inc. at 4:08:00 PM, Thursday, September 23, 2010

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Apabila tiba ke penghujung ikatan janji dengan Pencipta kamu, maka kematian akan datang menjemput. Ianya tidak akan awal sesaat mahupun lewat sesaat. Tepat pada masanya, tetap pada janji-Nya.

Apabila Malaikat Izrail datang untuk menjemput kamu 'pulang', maka tinggallah segala kenikmatan dunia, kemanisan hidup, orang-orang yang disayangi, dan lain-lain.

Dan pada tanggal 11hb September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H, hari Sabtu, pukul 12.00 tengah hari, pergilah seorang kesayangan hati dijemput 'pulang' oleh Penciptanya. Seorang kesayangan hati yang digelar 'abah'.

Maaf, aku belum ada kekuatan untuk menggelarkan dia sebagai 'arwah' sebab aku rasa dia masih dekat dengan aku, masih ada di sisi aku. Maaf.

Dari hitungan tarikh lahir yang berdaftar, abah meninggal pada umur tujuh puluh lima tahun. Tapi biasalah, dulu-dulu, zaman Jepun, semua orangpun asyik bertukar tarikh lahir, abahpun tak terkecuali. Ikut hitungan yang sebenar, umur abah dah menanjak ke lapan puluh dua tahun.

Tua dah abah.

Aku pernah bercerita tentang abah kat sini - http://soalnyaaku.blogspot.com/2009/10/kawan-baik-aku-seorang-lelaki-kamu-pula.html

Abah dulunya bekerja sebagai Attendan Hospital di Bilik Mayat. Seram bunyinya kan? Dari kecil, aku dikelilingi oleh kawan-kawan abah yang majoritinya orang-orang yang bekerja di hospital juga. Aku menjadi figura kecil yang sangat popular di kalangan kawan-kawan abah masa tu sebab aku macam jadi pengawal peribadi khas abah - ke mana saja abah pergi, di situ ada aku. Dan kadang-kadang mak boleh menghela nafas lega dengan adanya aku di sisi abah untuk jadi mata-mata dia. Hehe :)

Ayat " Ke mana saja abah pergi, di situ ada aku " tu yang mahal sebenarnya. Ke mana je abah pergi, aku mengekor walaupun ke tempat kerja (O____O) Serius. Namapun bilik mayat. Namapun dah seram, belum lagi kalau duduk dalam. Abah sibuk buat post mortem, aku pula sibuk main air, berlari-lari atau buat hal sendiri kat tepi. Tak tau la pula kalau aku pernah kacau dia buat kerja. Seingat aku belum lagi la aku duduk menempek tepi mayat tu masa tengah di-post mortem. Huhu =P

Dan kerana pekerjaan abah tu la, aku mula lali dengan lampu merah ambulans yang berkelip-kelip di luar rumah pada tengah-tengah malam - memanggil abah untuk buat post mortem.

Kalau abah gerak sikit je, aku dah mula bingkas bangun mengekor. Belum lagi tengok abah tiba-tiba bersiap lawa sikit, aku mula merengek nak ikut. Tak dibagi ikut? Bersedia la untuk dengar raungan yang boleh memeritkan telinga. Hehe :)

Dan kerana perangai aku tu la, aku digelar 'anak manja abah' - seorang budak perempuan kecil yang rajin bertenggek di dalam raga motor kapcai Honda C70 lampu bulat, yang selalu melalak bila diusik-usik oleh kawan-kawan abah yang selalu mengacah-acah nak pukul abah ke, nak bawa balik abah ke (-____-")

Sungguh, kenangan tu sangat-sangat-sangat manis untuk dikenang :')

Abah pencen masa aku baru masuk Darjah Satu. Masa aku dalam Darjah Dua, abah kerja dengan koperasi. Setiap kali dengar bunyi motor abah dari kejauhan, aku akan meluru ke pintu pagar nak menyambut dia. Dan kerana tu la, kaki aku berparut sebesar duit lima kupang gara-gara kaki terlekat kat ekzos motor masa abah baru balik kerja (T___T)

Abah tak pernah merungut kesusahan dia mencari nafkah untuk menampung aku yang baru nak menapak dalam alam persekolahan walaupun kadang-kadang aku yang memang berpeel " nak apa semua kena dapat ". Anak bongsu la katakan. Semua kena ikut kehendak dia (-___-")

Abah tak pernah gagal membeli kasut sekolah putih cap Bata dua pasang setiap kali nak masuk sesi persekolahan baru untuk aku.

Abah tak pernah lewat membayar yuran bas sekolah aku dan masih ada buku yuran bas sekolah tu dalam simpanan dia sampai ke akhir nyawa dia. Aku tak faham kenapa disimpannya. Mungkin ada nilai sentimental disitu untuk dia :')

Teringat memori masa nak beli kasut sebelum masuk ke Tingkatan Satu. Masa tu aku dah berkenan dengan satu beg kecil. Ala, yang jenis kalau kamu tarik je tali tu, beg tu akan terjerut sendiri kat bahagian atas. Boleh imaginasikan bagaimana rupa beg tu? (-____-") Tak kisah la kamu boleh imaginasikan ke tak tapi beg tu la yang sangat menggamit perhatian aku masa tu. Tapi abah tak mahu belikan dengan alasan beg tu kecil, nanti nak simpan buku tak boleh banyak-banyak. Aku dengan muncung panjang lima enam depa keluar dari kedai tu.

Dan keesokan hari, bila abah balik kerja, abah bawa balik beg tu. Sangat terharu (T_____T)

Dan bila meniti zaman persekolahan menengah, semakin banyak belanja yang kena dikeluarkan tapi belum pernah lagi aku dengar abah merungut untuk keluarkan duit untuk persekolahan aku. Yang dia merungut kalau aku beria nak pergi ikut rombongan sekolah yang memang terang-terangan dibantah. Penyudahnya, memang masa zaman sekolah dulu, satu rombongan sekolah pun aku tak pernah ikut. Huhu~

Betapa tabahnya lelaki yang bergelar abah tu menyara aku :')
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment