Write without regret by Devil Inc. at 2:14:00 PM, Friday, October 30, 2009
Kata orang, lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Betul ke? Hmm...~ Sejauh mana kebenaran tu?

Aku membesar dengan adanya seorang lelaki di sebelah aku. Haih, tu abah aku la ngek~! =D Betul la, aku anak abah. Semua orang kata macam tu. Masa kecik dulu aku tak pernah berenggang dengan abah. Ke mana abah pergi, aku pun ikut menjongket. Ha, tau makna menjongket? Cari la sendiri =D

Masa tu, orang kata aku bodyguard abah. Hahaha. Mata-mata mak. Hehehe. Tapi sungguh, ke mana je abah pergi, aku akan ikut. Walaupun sampai ke bilik mayat.

Bilik mayat?

Yelah. Ingat aku tipu ke? Abah aku dulu kerja bedah mayat wo. Cool kan? 1 pekerjaan yang aku betul-betul tabik selain penggali kubur. Seram wo. Hohoho.

Okey, boleh berhenti berasa seram dan berbalik pada cerita aku. Heh~

Masa kecik dulu, aku selalu kena usik dengan kawan-kawan abah - dari nurse sampai ke amah [ bukan amah si pembantu rumah tu, dulu attendan hospital pompuan dipanggil amah ], dari drebar sampai tukang sapu, semua usik aku. Dah la aku masa kecik dulu cengeng, cepat je melalak bila kena usik. Jadi bayangkan nasib aku masa tu (-_-")

Habit aku masa sekolah dulu kan, aku suka benar berkawan dengan lelaki. Pelik kan? Tapi aku selesa berada di kalangan lelaki berbanding perempuan. Pergi kenduri pun dengan abah, makan dekat meja lelaki (-_-")

Darjah 3 dulu boleh join budak lelaki main sumpit kat sekolah. Sumpit yang dibuat dari straw dan peluru dia cuma batu-batu kecil yang dikutip tepi jalan tu. Hahaha. Nakal sungguh.

Budak-budak lelaki masa sekolah rendah dulu akan ingat aku, seorang perempuan rambut bertocang yang ligat meligan sambil angkat kain. Eiy, aku pakai seluar track suit la time tu. Kain dalam tak main okey? =D

Masa Form 2, aku boleh join budak lelaki main lastik. Peralatannya cuma getah dengan peluru yang dibuat hasil lipatan kertas. Lagi bagus kalau dapat tiket bas. Pedihnya boleh keluarkan air mata. Hahaha. Akibatnya, aku kena kejar dengan guru disiplin.

* Aku tau aku dah lari topic dan aku akan perbetulkan sekarang. Hoh~

Aku dah lama kenal kawan baik aku yang seorang nie. Aku sekelas dengan dia masa Darjah 2. Masa tu aku tak baik lagi dengan dia. Kawan biasa-biasa. Sehingga la menginjak ke Form 4. Aku sekelas dengan dia. Start dari tu aku baik dengan dia sampai sekarang.

Dia peneman aku bila aku rasa nak marah, dia pendengar aku bila aku rasa nak mengadu.

Aku tak tau dia boleh temankan aku lagi ke tak kalau dia dah kawen nanti. Mana ada perempuan yang tahan kalau tau suami dia bersembang dengan perempuan lain kan? Aku risau juga. Aku harap dia akan jumpa seorang perempuan yang akan faham akan perhubungan kami.

Aku pentingkan diri?

Yeah... memang. Hehehe =D

See? Aku boleh berkawan baik dengan seorang lelaki. Kamu pula?
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment