Write without regret by Devil Inc. at 9:46:00 AM, Friday, September 24, 2010
* Mood untuk bercerita tentang abah masih menebal dalam hati. Jadi kamu akan baca banyak entry tentang dia selepas nie. Sila bersabar :)

Okey, sambung cerita aku yang makin nakal lepas masuk sekolah menengah.

Dari Tingkatan Tiga, aku cuma naik bas untuk pergi sekolah je. Balik abah akan jemput. Tak pernah gagal lagi. Tepat pada masanya. Abah akan menunggu seawal pukul dua belas setengah tengah hari, waktu lunch dia.

Masuk Tingkatan Empat, aku dah pandai nak duduk seharian dalam cyber cafe. Balik pukul satu petang, nanti aku akan keluar balik ke pekan, ikut abah keluar pergi ke kerja balik dalam pukul dua. Abah balik kerja pukul lima, akupun balik sekali.

Kalau nak meronggeng sampai ke bandar Ipohpun, aku kena pastikan aku balik sebelum pukul lima. Kalau tak, mesti kena bambu dengan abah.

Abah garang. Serius, aku memang takutkan dia. Bukan jenis yang memanja-manjakan sangat anak. Kalau salah, memang kena pukul. Takde kompromi di situ. Dan aku, jenis yang penuh dengan kedegilan, memang selalu kena dengan abah. Tapi adat lelaki, dah habis pukul-pukul, timbul penyesalan, baru nak dipujuk balik. Dan selalunya, aku akan dipujuk manja :')

" Mana abah tak marah, adik degil sangat. Memang la kena. Abah sayang adik, sebab tu abah marah "

Tapi adat orang, lepas kena bukan nak beringat. Degil juga. Hihi :">

Pernah aku kemalangan, dilanggar motor semasa nak melintas jalan dengan basikal depan masjid tengah pekan masa Tingkatan Satu. Aku dibawa ke bahagian kecemasan. Masa luka dicuci, berkali-kali aku ditanya siapa bapa aku sebab pihak hospital nak memaklumkan kepada dia tapi akupun berkali-kali menggeleng, tak mahu abah diberitahu hal nie. Takut kena marah.

Ada seorang attendan tu kenal dengan abah. Katanya - " Lah, tu ke abah kamu. Patut la kamu takut sangat "

Semuapun kenal dengan perangai abah yang satu tu (-__________-")

Tapi seminggu lepas tu, bila luka dah kering, aku lupa semua. Meronggeng juga ke pekan lagi dengan basikal. Hehe :P

Semakin menanjak ke umur dewasa, aku makin nakal, makin banyak helah. Okey, kamu memang anak yang baik, yang menurut kata tapi bukan aku. Aku jenis yang degil, panas baran - sama macam abah.

Aku selalu kata - adik beradik aku termasuk aku, ada empat orang. Campur mak dengan abah, jumlahnya enam orang. Tapi kami semua seolah-olah terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan abah, satu kumpulan lagi dengan mak. Sebelah abah, ahlinya anak ketiga iaitu abang aku dan aku sendiri. Kumpulan mak ada abang aku yang sulung dengan kakak aku.

Sebelah mak penuh dengan kesejukan. Orang-orangnya baik hati, lembut hati, yang jenis kalau kena aniayapun dia akan cakap - " Takpe, biarkan orang buat, nanti Tuhan akan balas "

Tapi sebelah abah, panasssss. Orang-orangnya jenis yang degil, panas baran, cepat naik darah. Boleh sangat la kalau nak dijadikan kawan untuk bergaduh. Hehe. Sebab tu kami - aku, abah dengan abang - tak boleh duduk dekat lama-lama, nanti mesti nak bertekak. Hehe =D

Tapi aku dengan abah, tetap menjadi kesayangan dia. Ke mana je dia pergi, aku tetap mengekori.
 
0 Comments:

Post a Comment





Post a Comment