* Ewah... dah macam karangan masa zaman sekolah dulu pula XD
Dulu, tv dekat rumah cuma pakai arial biasa je. Letaknya di belakang rumah. Tinggi menggalah. Yelah, kan ada teori kalau letak lagi tinggi, konon liputan siaran tu lagi jelas la. Kan?
Lama wo pakai arial biasa tu, bertahan juga la bertahun-tahun sampai masa tu Ntv7 dah mulakan siaran tapi aku rasa ketinggalan zaman sebab tak boleh tengok gara-gara arial biasa tu. Masa tu kalau nak tengok Ntv7, kena pakai arial yang ada booster. Orang panggil arial tulang ikan. Masa tu mahal wo nak pasang. Tak silap aku ada dekat seratus ringgit. Abah tak nak pasang sebab katanya, buat apa nak membazir beli arial baru, arial lama boleh pakai lagi (-___-")
Aku pula? Rasa ketinggalan zaman bila orang sibuk cerita pasal apa yang ada kat Ntv7 tu.
" Eh, kau tengok tak cerita Betty La Fea semalam? "
" Cerita kat Tv7 tu best gila "
Aku cuma boleh anggukkan saja kalau orang bercerita (T___T)
Kalau tak silap, dalam tahun 2001 rasanya arial rumah aku baru bertukar ke arial yang ada booster tu. Tapi masa tu bukan yang jenis tulang ikan tapi yang versi terbaru sikit. Itupun gara-gara abah beli tv baru dan letak kat ruang tamu, dekat depan sekali. Selama nie tv dekat rumah letak kat ruang tengah rumah je.
Rasa teruja gila ( BACA : teruja gila ) masa nak beli arial baru dekat kedai elektrik di pekan. Hehe XD
Puas la penjual tu suruh pasang Astru dekat rumah tapi masa tu bayaran pemasangan mahal lagi. Kena bayar RM199. Tak mampu la. Takpe, beli yang biasa-biasa je. Beli arial tulang ikan versi baru yang berharga RM70. Itupun rasa mahal lagi.
Aku dengan gigihnya memasang arial yang rangkanya cuma plastik tu. Chez, mahal sungguh kalau setakat plastik je. Taktik pemasaran semata-mata. Chez (*___*)
Dan dengan bantuan jiran, akhirnya arial tu berjaya ditegakkan di halaman rumah. Rasa bangga gila bila dapat tengok siaran Ntv7 masa tu.
Tapi masa tu, orang sibuk bercerita tentang Astru, drama-drama dalam Astru Prima la, etc (-___-") Sekali lagi aku ketinggalan zaman. Orang lain dah beranjak ke Astru, aku baru nak merasa satu teknologi ke belakang. Haha :P
Masa balik rumah, tengok jiran kiri kanan depan belakang semua dah ada piring Astru. Tak kisah la bayar sendiri ke atau anak menantu tolong bayarkan, janji ada Astru. Kami satu keluarga bertahan juga dengan arial plastik tu. Hehe :P
Sampai la aku dah kerja kat sini, bila masa cuti je, aku tengok abah menung depan tv. Sejak abah sakit, dunia abah cuma dalam rumah. Sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan peratus dunianya di situ. Berapa banyak sembilan da (-___-")
Kasihan tengok abah yang menekan-nekan alat kawalan tv, mencari siaran best untuk ditengok setiap pagi. Siaran percuma tv dekat Malaysia nie apa yang ada pagi-pagi. Setakat Selamat Pagi Malaysia, MHI, Barney and Friends, Sesame Street, etc. (T___T) Kamu ingat abah aku melayan Sesame Street ke pagi-pagi (-___-")
Aku fikir nak masukkan Astru la dekat rumah. Pergi ke kedai elektrik yang aku beli arial plastik tu, tanya pasal Astru. Masa tu, bayaran pemasangan RM80. Takpe la bayar sikit, janji puas hati, janji abah boleh tengok tv dengan hebatnya pagi-pagi. Terus tandatangan surat kontrak masa tu juga. Bersemangat. Dan tengah hari tu juga orang kedai tu datang pasang Astru dekat rumah. Sungguh efisien. Mentang-mentang dah bayar duit.
Mak bising juga sebab katanya nanti kalau ada rosak ke apa ke, siapa yang nak tengok-tengokkan. Almaklum la orang rumah bukannya reti menggodek benda-benda macam nie. Aku seorang je yang rajin menggodek segala benda.
Tapi takpe la, demi abah. Itu niat aku.
Aku sempat duduk sehari je melayan Astru sebab keesokan harinya aku kena balik ke Bangi. Balik je ke Bangi, abah dah telefon - mengadu yang takde siaran. Jenuh aku telefon jiran suruh tolong tengokkan, lepas tu telefon kedai elektrik tu balik - suruh tengokkan apa masalah decoder kat rumah tu.
Ah, ada aku kisah kamu nak ke tak datang ke rumah. Aku dah bayar okey?
Rupa-rupanya memang, decoder ada masalah. Dia hantar balik ke Astru untuk pemeriksaan semula. Aiceh ayat tak boleh blah :P
Sehari dua lepas tu dah okey dah. Aku ajar abah macam mana nak tekan nombor untuk siaran tv. Siap buat senarai siaran dan lekatkan di dinding - untuk mudahkan abah tengok. Mula-mula merungut juga, yelah, benda baru, benda asing. Remeh nak belajar. Kalau dulu satu remote je, sekarang dah dua. Remeh la tu kan untuk orang tua. Lepas tu nak kena tekan 101 untuk Tv1 walhal dulu tekan no 1 je dah boleh tengok Tv1 (-___-)
Aku dapat rasakan pagi abah tak sunyi lagi. Banyak yang dia boleh tengok. Kadang-kadang becok mulut dia bercerita tentang cerita P Ramlee yang tayang dekat beratus kali tu.
Rasa berbaloi bila dapat tengok semua reaksi tu :')
Itu cerita Astru aku dekat kampung. Dekat Bangi pula? Nanti aku cerita :)
Post a Comment