Entah kenapa, hati terasa sangat-sangat-sangat [ BACA : terlampau ] sunyi sedari awal minggu lepas. Sampai aku nekad mahu bercuti saja pada ulangtahun hari lahir aku. Sunyi yang bukan sedikit, menggunung rasanya. Badan pula tak mahu bekerjasama dengan baik - terasa macam penat sangat walhal bukan berat mana rutin kerja aku. Demam usah ceritalah - memang dah jadi kawan baik rasanya, tak mahu berenggang langsung :P
Masa hampir ke detik tengah malam dua puluh enam hari bulan, semakin kuat rasa sunyi. Aku tahu kesunyian tu disebabkan oleh apa. Aku pasti kamu juga tahu.
Abah.
Ya, kesunyian itu disebabkan oleh abah. Tak salah lagi.
Abah salah seorang yang tak pernah lupakan tarikh lahir aku. Mak pula sebaliknya. Pelik kan? Sepatutnya perempuan, secara faktanya, lebih mengingati segala tarikh penting dan tak berapa nak penting :P Tapi dalam keluarga aku, semuanya terbalik. Hehe.
Abah belum pernah gagal ingat tarikh lahir aku. Dia tak pernah buat majlis hari lahir untuk aku, tak pernah nak bagi hadiah hari lahir macam ibu bapa orang lain, tak pernah nak beli makanan hebat-hebat lagi mahal [ BACA : KFC, etc. ] untuk meraikan hari lahir aku, jauh sekali nak ucapkan " Selamat Hari Lahir " kepada aku.
Tapi, selalunya sehari dua sebelum hari lahir aku, dia akan kata - " Eh, esok hari jadi adik kan? " :')
Seingat aku, dia tak pernah gagal lagi untuk berkata begitu :')
Mak pula sebaliknya. Dia jenis memang tak ingat segala tarikh yang ada. Nak tergelakpun ada bila dia bersembang dengan abah.
Abah : Esok hari jadi adik
Mak : Bila? Esok?
Abah : Yelah, esok dua puluh enam hari bulan
Mak : Hari lahir adik ke?
Abah : Hari jadi la, awak nie
Mak : Hari jadi lahir ke?
Abah : Hari jadi la
Mak : Sama je tu. Hari jadi lahir
Hehe. Kelakar. Sampai sekarangpun mak bahasakan " Hari Jadi Lahir " (-___-")
Abah tak macam bapa orang lain - yang bila tiba hari lahir anak, disambut meriah walaupun anak tu dah berusia dekat tiga puluh tahun sekalipun. Kami bukan keluarga yang beria-ia menyambut segala sambutan - hari lahir, ulangtahun perkahwinan, etc. Semua tu sekadar berpaksikan ingatan. Cukup.
Tak guna nak sambut meriah bagai, tapi habis je majlis, semuapun lupa sampai la sambutan meriah tahun depan (-___-")
Tahun lepas, masih lagi dengar abah mengingati tarikh lahir aku sehari sebelumnya.
Tapi tahun nie, dah takde. Sedih sangat. Aduhai (T___T)
Otak aku berkitar tentang abah - sepanjang malam. Menungan di tepi meja. Tv pun senyap, tak dibuka. Mahu menghayati kesunyian di malam itu.
Sungguh, aku terlalu rindukan lelaki itu. Terlalu.
Sesungguhnya, pemergian dia meninggalkan satu lompong yang besar dalam hati aku. Satu kekosongan yang tak mungkin terisi dengan sesiapapun. Kesunyian yang aku akan bawa sampai ke hujung hidup nanti.
:'(
Post a Comment