Nota untuk semua :
Okey, dengan kesibukan yang melanda, aku tidak sempat untuk menyiapkan Tag yang aku berkobar-kobar mahu buat dari awal bulan hari itu. Jadi, anggapkan sahaja aku menjawab satu tag untuk satu hari. Aku sedaya upaya mahu menyelesaikan misi yang tertunggak ini (*___*)
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Hari ke sembilan bermakna adalah pada 9/7/2011. Apa yang aku banggakan beberapa hari sebelum itu ya? Hurm...~ Ya, aku baru teringat. Aku ada Peperiksaan Khusus untuk Pengendali Loji pada 8/7/2011. Apa yang aku mahu banggakan tentang itu?
Bangga lah bila mana aku boleh berjaga sampai tengah malam untuk mengulangkaji pelajaran. Haha. Walhal masa zaman sekolah dulu tidaklah begitu pun. Haha :D
Aku tidur selewat pukul satu pagi dan berjaga semula seawal pukul lima pagi untuk menyumbat segala fakta di dalam otak. Bangga habis lah dengan diri sendiri :P
Post a Comment